Persediaan Asas dalam Travel

FOTO: GOOGLE





Salam semua warga REEFISM! Sihat hendaknya...Orait...Now saya nak share pasal basic things untuk travel terutama bagi First Time Traveler. Ingin diingatkan bahawa catatatn ini adalah based kepada pengalaman saya dalam mengembara.

Setengah orang travel secara backpack(jimat) dan ada yang travel secara mewah. Konsep saya pulak Backpack with Style. Macam mana tu? Style saya travel masih lagi backpack cuma masih lagi mampu nampak stylistok. Hahaha....Makanya lain orang lain cara dan ini adalah cara saya dan boleh je nak ikut kalau kena dengan cara dan style anda. Bersediakah adik-adik yang dah menggeletar tubuh tak sabar nak travel oversea buat pertama kali? hahahaha....Let's explore!


  • First sekali adik-adik kena la ada passport bukan? Kalau tak camne nak keluar negara. Check sama ada boleh keluar negara atau tidak dengan melayari web Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/ dan masukkan no IC anda pada pautan yang disediakan. Kalau dia papar TIADA HALANGAN, terus ke mana-mana UTC atau Jabatan Imigresen berdekatan untuk buat passport. Sekarang harga passport rm200 untuk 5 tahun.
  • Then adik-adik fikir negara mana adik nak pi. Letakkan target atau sasaran destinasi pilihan. Senaraikan! Biasanya first timer dia akan explore yang dekat-dekat dengan Malaysia seperti Asean countries sebab mudah sikit. Cam saya suka belek google maps untuk dapatkan idea destinasi mana nak pi. Sampai dah jadi habit setiap hari mesti nak tengok maps. Hahaha...

FOTO: GOOGLE






  • Dah letak list negara-negara yang ingin diterokai then adik-adik fikir dan pilih destinasi mana yang dekat sangat dihati untuk diterjah. Ingat!!! Ikut kata hati kadang-kadang membantu!
  • Now adik-adik dah berjaya buat pilihan kan...now adik tengok kat akaun bank adik ada bajet berapa untuk travel? RM200 kah RM500 kah atau RM1000 kah. Semuanya bergantung pada individu. Biasanya first time traveller dia akan plan at least 6 bulan sebelum supaya boleh himpun duit sikit-sikit. Tidaklah rasa terbeban kan.
  • Dah tau bajet anda kan....Now adik-adik fikir berapa hari nak pi pula. Bagi yang bekerja sila rujuk baki cuti rehat anda mencukupi ke idok untuk travel dan adakah time nak pi tu kerja banyak ke idok. Tak pasal-pasal boss tak approve cuti. Nangis tepi bucu. Huhu. Untuk minimum disarankan 3 hari 2 malam tapi saya suka travel at least 4 hari 3 malam sebab hari pertama dan hari terakhir masa banyak dah habis kat perjalanan ke destinasi, meaning ada 2 hari full je nak explore.

Sila print kalendar tahunan siap-siap! Senang nak buat preparation. Macam cara saya saya akan print kalendar untuk 3 tahun terus so saya boleh rancang destinasi dan bajet saya.

Sediakan satu buku jurnal untuk tulis apa-apa info pasal destinasi kembara anda...nak guna smartphone pun boleh...cuma saya percaya tak ramai orang guna phone anda sepenuhnya melainkan untuk Social Media dan Whatsapp kan.....kan.....kan...so guna ja cara oldskool cam saya...hik3


  • Ok now pi kat cik Google dan taip 'Destinasi Anda' Attraction atau melancong ke 'Destinasi Anda' atau things to do in 'Destinasi Anda'. Pasti banyak info anda akan dapat...compare kan info-info itu untuk kesesuaian anda.
  • Rajin-rajinlah buka web airlines. Macam saya hari-hari saya buka before start keja. Sampai dah tahu airlines A dan airlines B selalu sales hari apa...hahaha...nak senang guna ja carian skyscanner.com untuk buat compare cheapest tix fares. Ada yang kata kalau buka web airlines time off peak macam awal pagi tiket murah. Saya tak pernah cuba so tak boleh nak komen...hik3
  • Now adik-adik dah ada destinasi pilihan, bajet dan info. Mulakan langkah anda dengan booking tiket dulu. Macam AirAsia contohnya adik beli saja tiket kosong dulu. Pastu luggage dan seat bagai boleh buat kemudian.
  • Dah book tiket pastu pergi tengok tempat nak tinggal. Boleh guna carian macam trivago.com atau booking.com ke atau agoda.com ke sbb banyak web pasal accomodation ni. Kena pandai pilih dan compare. Cam saya suka guna booking.com sebab saya selesa dengan web tu. User friendly dan tiada hidden charges. Call Centre dia pun bagus dan helpful. Boleh juga nak direct booking via web hotel atau hostel tu kalau murah. Janji kena pandai compare. Macam web airbnb.com sesuai untuk traveller yang ramai macam famili ke sebab lebih jimat. Saya perasan ada sesetengah negara famous dengan setengah web carian macam Singapore dia famous dengan web homeaway.com.my (dulu dikenali dengan travelmob), web airbnb.com famous kalau nak travel ke Japan. Macam hostelbookers.com dan venere.com lebih digemari kalau nak travel ke Eropah. Boleh cuba juga hotels.com. Itu dari pemerhatian saya la. Allahualam!

  • Cuba buka web tripadvisor atau lonelyplanet. Banyak info anda boleh dapat pasal sesuatu destinasi terutama review pasal sesuatu tempat tu so anda boleh dapat gambaran dengan review dari mereka yang pernah pergi tempat tu ataupun stay kat hotel tu. Kadang-kadang kalau kita blur cam nak pi sesuatu attraction tu boleh je baca review dari web tu. Contohnya cam saya pernah travel ke Japan dan saya blur pasal travel pass kat sana so saya akan refer dengan tripadvisor sebab akan ada review yang akan bagitau the best way untuk guna travel pass.


FOTO: GOOGLE


  • Dah settle book tiket dan tempat tinggal now adik-adik boleh buat basic itinerary pasal eksplorasi adik-adik. Tulis Day One nak buat apa sampai Last Day so disinilah pentingnya adik-adik baca blog-blog dalam internet dan web-web pasal travelling ni. Web pelancongan sesebuah negara pun boleh membantu adik-adik terutamanya berkenaan kalendar tahunan pelancongan negara tersebut.


So now adik dah ada tiket flight, hotel dah book dan itinerary dah ada jadi tunggu sahaja hari nak pi nanti. Make sure sentiasa studi pasal destinasi yang nak pi tu dengan selalu baca blog-blog. Lain blog lain pengalamannya.

Kalau takut nak pi seorang diri cari travel buddy. Syaratnya travel buddy tu kenalah sekepala ngan kita. Nanti susah kalau tak klik ni. Lagipun pi berdua senang sikit nak tolong amik gambar dan jimat untuk penginapan sebab boleh share kan dan kalau ada emergency ke pun senang nak refer atau minta tolong. Kalau boleh elak dari pergi travel ramai-ramai sangat sebab nanti banyak karenah nanti.

Ingat!!! Nak travel secara backpack ni perlukan usaha dan kerja keras juga ya. Kena rajin cari info. Banyak sumber nak dapatkan info seperti melalui Facebook, Instagram dan blog-blog. Melainkan adik-adik ada duit kepok-kepok then proceed je ke travel agency mana-mana. Hahaha....

Saya akan cuba untuk highlight tentang blog-blog yang best berkenaan travel pada post yang akan datang. Sebab dengan blog-blog itu saya mendapat inspirasi dan idea untuk travel.

So apa lagi! Mulakan langkah anda and Explore the World!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY



0 Comments