Ho Chi Minh 2013 - Real Story From My Lens

12:00 am Shariffudin Azhar Omar 2 Comments

Salam REEFISM semua...

How's everything? Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Let's rock the world...gitokkkk...

Ok...Untuk entri kali ini saya nak share tentang #throwback trip ke Bandar Shopping Kain Cotton dan Telekung, Ho Chi Minh City

Apa kaitan kain cotton, telekung dan Ho Chi Minh City? Cer tanya makcik2 atau wanita2 yang pernah pi Ho Chi Minh City apa nawaitu utama diorg? mesti jawapan diorg beli kain cotton atau telekung...kann..kan..kan.......sila jawab dengan jujur...hahahaha

Ho Chi Minh City (juga dikenali dengan nama Saigon) adalah bandar bekas jajahan Perancis yang terletak di selatan Vietnam. 

Saya berkesempatan ke sana bersama travel buddy saya pada 25hb hingga 28hb Januari 2013 (4 hari).

Kenapa Ho Chi Minh city? Ok, saya mengaku yang tujuan utama saya  ke sana sebab nak beli kain cotton dan telekung...kantoi....hahaha...tapi bukan untuk saya tapi untuk jual. Time tu musim kain cotton tengah trending dan demand sangat tinggi tau so saya amik kesempatan la untuk cari duit lebih. Secara tak langsung saya leh tengok negara orang kan...sambil menyelam minum air konsepnya..

Actually trip ini tak rancang sangat itinerary nya sebab memang plan nak explore dulu apa yang menarik kat sana dan jika ada pakej yang menarik baru nak amik. Currency diorg adalah Vietnam Dong tapi US Dollar dan Ringgit Malaysia boleh digunakan secara meluas untuk urusan jual beli. Diorg lagi suka tau guna duit US Dollar atau RM sebab mata wang diorg kan lemah (make sure sapa2 nak pi sana just tukar duit Dong ngam2 saja tau dan abiskan sebab kalau nak jual balik bila sampai Malaysia memang tak laku).

Pas selamat landing di Tan Son Nhat International Airport
dan selesai urusan imigresen serta luggage, kitrg terus cari taxi untuk terus ke hotel (amik taxi nama Vinasun Taxi ja tau). Hotel saya dah book siap2 book via Agoda. Kitorg stay dekat The White Hotel (boleh klik web diorg di http://www.thewhitehotel.com.vn/ untuk details ya). Hotel yang terletak di area District 1 (One) ini katanya 3 bintang tapi dekorasi bilik dia dah macam 5 bintang. Nama hotel pun dah white so bilik dia memang white je la...so classy....hahaha..kitorg dapat harga rm365 untuk 4 hari 3 malam.


mula2 cari taxi dulu

pas cari taxi tunggu taxi pulak

pastu naik taxi

naik taxi Vinasun taxi sajok tau

sudah sampai di area city

view dari bilik hotel

bilik kami

so suci tema bilik ini

view bilik

sapa2 nak stay sini boleh contact no ini


Untuk Day 1 di HCMC, sampai je hotel kitorg rehat2 jap sebelum keluar jalan2 kawasan sekitar dan mencari kedai makan halal. Sebelum sampai saya adalah survey2 kedai makan halal dan juga peta kawasan sekitar via Google Maps. Bandar dia ini dibahagikan kepada District tau. Macam District 1 sampai District berapa tah...paling convenient stay kat area District 1 sebab dia adalah pusat pada bandar tu dan dekat dengan Ben Thanh Market (landmark penting kalau sesat) dan banyak Malaysian stay kat area situ. Makanan halal pun memang banyak di area tu. Selesai makan kitorg terus pergi terjah Ben Thanh Market untuk memulakan tujuan asal saya ke sana iaitu borong kain cotton. Sampai je Ben Thanh Market memang rambang mata sebab boleh dikatakan banyak kedai jual kain cotton cuma kena pandai bargain jela. Pusing punya pusing last2 kitrg jumpa kedai yang kitorg selesa berurusan sebab harga dia ok dan penjual tu sangat friendly ye. Kain2 cotton kat sana tidak dinafikan sangat2 murah tau. Settled beli kain kitorg suruh peniaga tu tolong hantar kain2 tu ke hotel sebab berat sangat nak usung...hahahaha..pas setel urusan kain main ni kitrg siap2 nak keluar explore night life di HCMC.


kedai ni dekat ngan hotel kami stay dan Ben Thanh Market

dalam kedai makan

penyambut tetamu kah????

sign kedai

bangunan yang tinggi tu ialah Bitexco Financial Tower

itulah Ben Thanh Market

sibuk memilih kain

habis dipunggahnya

minah ni sikit2 cakap abang sayang abang sayang

lobi hotel

Malamnya kitorg jalan-jalan sekitar bandar sambil mencari lokasi Hard Rock Cafe sebab travel buddy saya ni die hard fan HRC katanya. Kalau travel mana2 yang ada HRC wajib singgah. Saya ikutkan saja kemahuannya. FYI, lokasi HRC Ho Chi Minh adalah di Hai Ba Trung Street (dekat InterContinental Asiana Saigon Residences).


senyuman happy lepas hajat tertunai

Saigon City Hall waktu malam

view waktu malam

itu bangunan Parkson

post office dah macam stesen keretapi

Notre Dame Cathedral

rakyat sini suka lepak kat taman tau

Ben Thanh market waktu malam

night market ni dekat ngan hotel sajok

On the way hotel kitorg singgah area Ben Thanh Market sebab ada Night Market kat area situ. Kitorg just window shopping dulu la. Sambil jalan-jalan tu kitorg jumpa satu kedai makan yang sangat sempoi dekat lorong tepi Ben Thanh Market tu. Rupanya kedai tu ownernya boleh cakap Bahasa Malaysia. Apa lagi sembang sakan la kitorg dengan mamat tu. Dia kata dia pernah kerja kat Malaysia sebab tu boleh berbahasa Malaysia. Kitorg tanya lah kot2 dia tau mana leh dapat pakej ke Mekong River atau Cu Chi Tunnels yang murah. Dia cakap dia boleh arrangekan untuk kitorg. Memang awesome la mamat tu. Settle satu perkara...hahahaha... Kitorg pilih pakej ke Cu Chi Tunnels dan trip tu pada hari ketiga kitorg kat HCMC.

Day 2 kami bangun awal sebab nak explore sekitar bandar HCMC ni. Antara attractions yang ada di tengah bandar seperti Saigon Central Post Office, Reunification Palace, Notre-Dame Cathedral, Ho Chi Minh City Hall dan lain-lain. Kemudian kami juga menyusuri shopping complex disana seperti Union Square (mall jual barang2 luxury brand) dan juga Parkson di jalan Le Thanh Ton. Basically kitrg just jalan2 buang masa je hari kedua sebab nothing much boleh buat di city.


neno neno neno

gigih pakcik ni kan...

Central Park of Saigon katanya

belakang tu Reunification Palace

Notre Dame Cathedral waktu siang

lagi

sisi depan 

depan Notre Dame Cathedral

Saigon Central Post Office

depan post office

so klasik

masa untuk pose fefeeling model

dalam post office

style sangat post office diorg

my travel buddy fav spot

belakang tu hotel tau

Untuk Day 3, kitorang berkesempatan untuk pergi ke Chu Chi Tunnels. Journey dari city ke sana mengambil masa dalam 2 jam. Apa itu Cu Chi Tunnels?

Terowong Cu Chi merupakan rangkaian yang besar menghubungkan terowong bawah tanah yang terletak di daerah Cu Chi Ho Chi Minh (Saigon) , Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada rangkaian yang lebih besar daripada terowong yang menjadi asas banyak negara. Terowong Cu Chi merupakan lokasi beberapa kempen tentera semasa Perang Vietnam , dan merupakan asas Viet Cong ke atas operasi bagi Tết Serangan pada tahun 1968.
Terowong telah digunakan oleh tentera Viet Cong sebagai tempat bersembunyi semasa pertempuran , serta berkhidmat sebagai komunikasi dan bekalan laluan, hospital, makanan dan senjata cache dan tempat kediaman untuk banyak pejuang Vietnam Utara. Sistem terowong adalah amat penting kepada Viet Cong dalam tentangan mereka kepada tentera Amerika , dan membantu untuk menentang usaha tentera Amerika yang semakin meningkat (Sumber Wikipedia)

Pagi tu kitorg tunggu van amik dekat kedai mamat yang tolong kitorg tu. Pakej yg kitorg amik tu termasuk singgah kat Handicraft Center dan makan tengahari (halal sebab trip tu muslim trip). Kitorg kat sana sampi tengahari camtu dan trip ini menerangkan tentang sejarah dan salasilah zaman perang yang berlaku di Vietnam (anda akan dihidangkan dengan makanan ubi rebus bila nak abis tour). Lepas tu terus gerak balik ke city. Sampai je city kitorg just jalan2 kawasan sekitar sajok untuk membuang masa sambil mencari kedai makan halal for dinner.


semua berduyun nak tengok hasil kraftangan

macam betul kan....

style no plat diorg

sembang ke buat kerja???

otai masih berbisa katanya

kreatif

hasil kreativiti

sila periksa tiket anda

sila masuk

sesi tayangan video pasal perang

antara pameran di Cu Chi tunnels

antara demo di sini

kawasan sekitar Cu Chi

mesti orang dulu2 halus kan boleh muat lubang tu

nak tunjuk magik

taaa daaaaa

terowong

mamat tu bagitau cam mana orang dulu guna terowong tu

budak ni berjaya keluar dari terowong

yeayyy...

perangkap pintu

perangkap musuh

pandai patung ni buat bom ye

jenis-jenis bom

dan lagi

ni tak tau mende

bapak besar sandal tu

Nam tu lelaki dalam bahasa Vietnam

seramik untuk dijual

ni apa ek???

kafe ni halal tau

view depan kedai

kitorg makan sini for dinner

tempting sangat gambar2 ni

makan sini so so sajok rasanya

Hari terakhir (Day 4) kitaorg just standby nak ke airport saja. Lepas mintak receptionist call kan taxi, taxi pun datang tak lama pas tu. Sampai je airport kitorg terus check in luggage dan kain2 tu. Tetiba timbang2 je terlebih berat. Alamak!!! Masa tu saya dah cuak dah...yelah..dah la cash dah abis. Pas tu pulak staff yang jaga kaunter tu cam kerek semacam. Last2 saya kena bayar excess luggage sebanyak 900 USD (masa tu sama dengan RM 2700). Memang mood saya masa tu dah lari tapi saya redha ja. Yelah..silap saya jugakan ( masa tu pengalaman travel sendiri masih baru) Nasib baik travel buddy saya ada, so dia tolong bayarkan dulu guna credit card. Thanks buddy!!!

After settle je check in kitorg terus masuk boarding gate sebab tak tau nak buat apa dah plus sedikit kecewa...huhuhu....
Masa tunggu flight tetiba nama kawan saya di panggil melalui announcement. Alamak!!! Apa lagi masalah ni???? Tetiba ground staff airport bawak kami pi balik kat area check in luggage. Staff kastam diorang tetiba bagitau kitorg kain2 ni kena declare dan pusat declare barang dah tutup masa tu so kena buat esoknya.... WTF???? Saya masa tu dah super bengang dah...so kawan saya ni lah tolong kawtim dengan minah kastam tu. yelah...flight kitorg lagi bape minit nak take off dah kot. Memang kes naya tol. Mula2 minah kastam tu layan kerek je. Pas kitorg begging dia kata ok dia leh lepaskan tapi...hulur la skit duit.....hey...itu dah rasuah namanya...Masa tu tak fikir apa dah...saya pun keluarkan rm50. Pastu boleh dia kata tak cukup. Hey...ko nak berapa ????? (cakap dalam hati). Saya pun cakap saya cuma ada RM150 je cash. Last2 dia amik duit tu. Saya pun bagi jela sebab fikir nak balik Malaysia dengan selamat bersama kain2 tu.


check out

depan hotel

depan hotel

dah sampai airport

wajah happy nak balik Malaysia



wajah stress beg berat

Ok HCMC, till we meet again

Sampai Malaysia je bila lalu kat imigresen untuk check luggage abang kastam ni pun panggil saya. Saya dah agak dah akan kena lagi ni. Dia tanya saya meniaga ke? Saya cuma cakap kain2 saya beli tu adik beradik dan kawan2 pesan. Itu ja. Pastu dia cakap kalau banyak cam ni ikutkan kena cukai 30% dari total bill tau sebab kain pasang. So saya pun explain lah kat dia yang saya dah kena rm2700 masa kat airport di HCMC. Dia cam tergamam jap. So dia kata takpelah bayar rm100 saje. Masa nak bayar tetiba dia cakap takpe cuma bayar rm50 sebab dia kesian kat saya. Masa tu saya cam nak nangis dan terharu sebab abang kastam tu cam memahami sangat2...saya pun ucap terima kasih sangat2...

Itulah al kisahnya trip saya ke Ho Chi Minh City ni. Masa tu ilmu travel sendiri masih ciput tapi saya bersyukur jugaklah sebab banyak saya belajar tentang travel bila kes cam ni berlaku. Lepas saya balik je rupanya banyak cerita tak best saya dengar sal Malaysian travel ke sana.

Honestly i don't like Ho Chi Minh City that much. It's not my dream city either. Macam takde chemistry antara saya dan HCMC. Orang tempatan kebanyakannya kekwat tau (yang peramah cuma staff kat hotel, penjual kain cotton yang saya beli kat Ben Thanh Market dan juga abang yang boleh cakap Bahasa Malaysia kat kedai makan yang kitaorg selalu lepak sepanjang kat sana). Dari segi attractions pun nothing much. Satu hari jalan kaki dah boleh explore satu bandar. Makanan halal kat sana agak pricey tau. Jadi sesiapa yang plan nak ke HCMC better rujuk blog2 lain sal pengalaman ke sana sebab mostly yang saya baca bagi negative feedback tau sal HCMC tapi kalau nak experience sendiri boleh ja. Lain orang lain minat dan lain pandangan kan....

Untuk entri akan datang saya akan share ngan uollsss semua tentang #throwback trip saya buat pertama kalinya dalam hidup saya ke negara Eropah.

Till then...daaaaaaa.....

P/S: Kain2 cotton tu nasib baik sold out tau so dapatlah untung sikit. Alhamdulillah.

P/S: Ho Chi Minh City (HCMC) juga dikenali sebagai Bandar Motorsikal sebab bilangan motorsikal di jalan raya sangat banyak berbanding kenderaan lain serta pejalan kaki.

P/S: Sana mengamalkan pemberian tip@upah tau so kalau taxi driver tolong angkat beg contohnya atau bell boy kat hotel tolong angkat beg kita bagi je tip@upah.

2 comments:

  1. seriously RM2700..?? Perkhhhh giler..
    bape banyak amik kain cotton time tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mia. Saya borong banyak masa tu sebab memang plan ke sana nak beli kain buat jual. Dalam dua beg besar (lebih 50 pasang kot). Masa tu bengap sal travel ni. Tu yang excess baggage tu dalam 900 USD masa tu RM2700. Silap sendiri... hik3.. itu pun belum kena paw ngan kastam sana lagi sebab kata dia beli banyak kena declare.

      Delete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.