Jakarta/Bandung 2012 - Pandangan Pertama

11:30 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments

Salam semua REEFISM.

Sihatkah???? Semoga semuanya always in the pink of health....gitokkk....lama tak guna ayat-ayat sekolah ni...hik3..

Ok...Untuk entri kali ini saya nak share dengan anda semua tentang pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Indonesia. Semestinya destinasi pilihan adalah ibu kota Indonesia, Jakarta. Memandangkan ini adalah trip pertama kali ke tanah jajahan Belanda ini, maka saya singgah juga ke Bandar Shopping Indonesia, Bandung. Trip ini berlaku dalam tahun 2012.

Saya tak ingat sangat dah itinerary nya sebab masa tu tak pernah terfikir nak buat blog. Jadi banyak info dah ingat-ingat lupa. Apa yang saya boleh recall saya share ngan anda semua ya. First impression saya bila sampai ke tanah Indonesia ni adalah Wow!!!!Kota ini...MACET (kesesakan trafik yang teruk).......hahaha...tapi macet diorang pun still gerak tau...sbb diorg sangat mahir guna hon kereta...kagum dua saat masa tu...hahaha

Siri Eksplorasi Jakarta/Bandung ni happened selama 4 hari iaitu dari 15-18 Jun 2012. Actually trip ni nak reward diri sempena besday saya pada 17 Jun...hik3...so fefeeling celebrate kat oversea la kannn...... saya dan travel buddy saya naik Mandala Airlines iaitu anak syarikat Tiger Air...tiket sangat-sangat murah tau... RM 206 ja masa tu..return tix hokeyyy... All in...sebab tu saya grab ja masa dia offer. Now dah tak dpt rege tu dan dengar kata Mandala Airlines dah bankrup dan tak beroperasi lagi.

P/S: Sila rujuk Wikipedia di https://en.wikipedia.org/wiki/Tigerair_Mandala untuk details pasal Mandala Airlines.

Bila settled urusan cop passport bagai kitaorg tunggu Supir amik kitorg. Supir ni kitaorg dah book siap-siap dekat Malaysia lagi (sorry ye lupa nak simpan details sal supir tu so tak dapat nak share ngan uollsss). Sampai je pak supir terus dia bawak kitaorg pi makan dulu dan lepas tu terus ke Muzium Bahari. Selesai melawat Muzium Bahari terus dia hantar kitaorg ke hotel untuk urusan check in. Kitaorg duduk dekat Hotel Jusenny di Jalan Senayan (lokasi sila tanya cik google Hotel Jusenny kat mana).


Masa ni baru ja sampai Jakarta

tengah tunggu supir

on the way ke city

atas highway ke city

sepanjang jalan ke city

masa ni macet

Muzium Bahari

Muzium Bahari

Muzium Bahari

Muzium Bahari

yang ni bukan bahari ya...hahahaha

Hotel booking dibuat melalui web Asia Web Direct. FYI, web ni adalah yg paling awal saya kenal dalam carian hotel sebelum booking.com...sekarang ni Asia Web Direct is a brand by Hotels.com tau. Manakala di Bandung kami stay di Buminanienie Family Guest House di area Wira Angun-Angun Street (booked via agoda).


lobi Hotel Jusenny

inilah entrance Hotel Jusenny

bahagian depan hotel 

depan hotel

depan hotel banyak taxi so tak susah nak bergerak

inilah kereta yang bawak kitaorg sepanjang kat sini

Hari pertama kami stay di Jakarta kemudian hari kedua terus ke Bandung dan overnight di sana. Hari ketiga kami pulang ke Jakarta hingga hari terakhir.

Trip pertama kali ni tak banyak gambar saya amik sebab masa tu saya kurang suka bergambar dan amik gambar (sekarang tidak lagi...hahahaha). Tambahan pula first time ke Indonesia so tak studi sangat dan memang banyak harap pada supir ja bawak ke mana-mana.


jalan-jalan di bandar Jakarta

lupa pulak nama tugu tu

tugu ni antara landmark di Jakarta

antara mall mewah di Jakarta

mall ni pun mewah

sekitar bandar Jakarta

depan Plaza Indonesia

apa yang cuba disampaikan pada arca ni ek

Grand Hyatt Jakarta

ni antara landmark utama di Jakarta.

depan Plaza Indonesia

hotel mewah

mall ni not bad

kalau pi Jakarta wajib amik gambar kat sini tau

area Plaza Indonesia

lagi

Pantai Ancol di Jakarta

masa ni ada live band performance

mercu tanda di area pantai Ancol

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini ni besar tau

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Istana Anak-Anak Indonesia namanya....Macam Disneyland.....

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah

boleh cuba naik cable car tengok panorama di Taman Mini ni

Bandung

Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu dan saya...hahahaha

masa ni nak settlekan hal tiket Merpati Air yang dikansel last minit

opis Merpati Air

leh cuba makan disini

kreatif

comey

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

Trans Studio Bandung

takyah pi Paris sebab sini pun ada Eiffel Tower

Trans Studio Bandung

Baskin Robbins pun ada kat sini..Yummmyyyyy

Apa yang saya boleh simpulkan pasal trip ni adalah Indonesia ni best tau sebenarnya. I am amazed and in love with Jakarta city (Bandung dengar kata sekarang pun dah happening). Walaupun bandarnya tidaklah segah bandar Kuala Lumpur tapi saya rasa ada jiwa pada bandar ini. Saya teringin sangat nak repeat ke sana sebab nak betul2 explore the city. Makanan di Indonesia pun sedap bangat....rata2 saya tanya mereka yang pernah ke Indonesia suka akan makanan dan shopping tapi bagi saya Indonesia menjanjikan lebih dari itu. Budaya, sejarah dan rutin hidup mereka menjadikan mereka unik dan mempersonakan di mata dunia.


masa ni kat airport dah nak balik Malaysia

takde kena mengena ngan KFC ye....

depan tu dah nak masuk boarding gate. moga ketemu lagi ya Jakarta

Insha Allah kalau ada rezeki satu hari saya nak jelajah seluruh Indonesia sebab negara ni sangat besar dan terbahagi kepada pulau-pulau. Setiap daerah ada keistimewaan tersendiri.

Kalau REEFISM ada idea dan tips sal trip ke mana-mana destinasi di Indonesia terutama yang bukan Tourist Spot leh roger2 ok.

P/S: Teringin nak pi Manado di Sulawesi, Flores, Cirebon, Acheh dan juga pi tengok live show Sarah Sechan.

Till then guys...daaaa....


1 comment:

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com dan www.dhanitourbandung.com

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.