Paris, Indah Khabar dari Rupa - Siri Eksplorasi Dunia 2013 (UK dan EROPAH)

10:04 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

Salam REEFISM semua...

Bonjour...Finally saya berjaya siapkan post kisah #throwback trip saya di Paris. Terima kasih sebab sanggup bersabar dan menunggu untuk sambungan Siri Eksplorasi Dunia 2013. Terharu saya....hihihi..

Bukan senang nak ingat balik trip tahun 2013 ni. Nasib baik memori saya masih kuat......hihihi.... Kalau ada rezeki travel ke sana lagi Insha Allah ingat lagi jalan2 di sana.

Baiklah. Saya terus sambung kisah #throwback trip saya ke Eropah (untuk kisah terdahulu boleh klik di sini ye). Hari terakhir saya di London kitorang siap-siap nak pi St Pancras Railway Station sebab nak pi next destination iaitu Paris, France.

Kitorg pi naik train bawah laut uolsss....EUROSTAR namanya.... Journey amik masa 2 jam sajok... tiket train ni saya dah book di Malaysia lagi. Korang just layari website EUROSTAR di http://www.eurostar.com/uk-en untuk info.

Stesen Eurostar ni dia dah macam kat airport tau. Lepas scan tiket yang saya dah print awal2 di Malaysia kita kena lalu security check dan beg kena scan jugak tau. Pastu nanti sebelum dapat masuk ke platform kena cop passport tau. Apa yang saya tahu ramai warga Paris dan London berulang alik menggunakan EUROSTAR ni sebab tuntutan kerja. Yelakan kalau nak compare currency diorg consider murah jugak lah naik train ni (kalau nak pi Brussels pun boleh guna train ni tau).

Train kami masa tu kol 2.00pm.

Sepanjang perjalanan view dia not bad. Bila masuk je terowong bawah laut ingatkan nampak lah view laut tapi sangkaan saya meleset. Yang kami dapat hanyalah gegendang telinga berdengung. Nak jadi cerita tetiba train stop dalam terowong. Cuak sekejap. Yelah kalau jadi pape kan masa tu tawakal sajok. Alhamdulillah nothing happened. Sampai ke tanah Perancis terus nampak padang yang luas. Cantik view dia. Sampai ke station kat Paris, saya terkesima melihat sekitar stesen tu. Nape buruk dan kotor? so saya kata dalam hati maybe dalam stesen je kot kotor (bersangka baik). Kita terus cari kaunter tiket untuk beli Travel Pass. Sementara beratur nak beli depan kitaorg ada 2 couple daru USA ni cam serba tak kena. Si isteri senang meraba dan menyeluk poket suaminya macam mencari sesuatu. Saya pun macam curious menyapa diorg dan bertanya ada masalah ke? Rupanya memang masalah besar sebab suami dia baru je kena pick pocket masa dalam train. Walawey...saya terus cam risau dan takut. Memang before datang sini saya ada dengar dan baca sal kes seluk saku memang popular di Paris ni tapi tak la sangka sampai experience depan mata. Saya dan kawan saya tanya lah ada ke duit nak balik hotel? Dia kata ada lah skit tapi tak taulah cukup ke tak. Kitorg pun hulurkan duit skit sebab kesian sangat. Yelah couple tu dah tua sangat tau dan usia diorg saya rasa dalam 50+ tahun tapi kena hadapai dugaan macam ni kat negara orang. Terus saya cakap kat kawan saya kita pi hotel naik taxi jela. Biar mahal tapi Insha Allah selamat. Esoknye saje kitorg beli travel pass tu.

So saya terus beratur tunggu taxi and suprisingly tempat tunggu taxi diorg agak tidak proper ye. KL Sentral nye tempat taxi much better ok. Kitorg dengan muka kereknya (buat muka kerek untuk faktor keselamatan) tunjuk kat TAXI DRIVER alamat hotel. Mostly taxi disana guna kereta mewah tau.

All the way ke hotel saya lihat kawasan sekitar agak kotor. Expectation saya terhadap Paris masa tu cam lari skit. Kitorg stay kat area yang jauh skit dari bandar sebab murah tapi dekat dengan ngan metro station. Nama hotel tu Grand Hotel di area Clichy (kalau nak stay sini just browse website diorg di http://www.grandhotel-clichy.com/ ye). Macam biasa hotel saya booked via booking.com (hotel ni dekat dengan kilang Loreal tau). Harga untuk bilik for 2 pax selama 4 hari 3 malam cuma 195 EURO sajok.

besar kan bilik kami

selesa sangat

view dari bilik hotel

Pas bayar duit taxi kat driver yang kerek dan tidak senyum langsung tu kami pun masuk dalam hotel. Masa saya nak check in minah receptionist tu agak kerek jugak tau. Entahlah uols.... Maybe sebab saya ni Asian kot atau saya tidak berbahasa local. Allahualam. Tapi hellooooo...takyah nak kerek sangat ok. Sekurangnya aku dah sampai tempat ko hokey...ko dah sampai negara aku??hahahaha....ayat kekwat. Memang kena kekwat tau kadang2 bila sampai kat negara orang demi kelangsungan hidup merantau.Tapi yang menjadi persoalan adakah memang orang tempatan kerek sebab budaya diorg atau kerek towards foreigner?Atau nasib saya je yang jumpa kerek people kat sana? Allahualam.

Pas setel urusan check in, kitorg rehat2 dan bermalasan jap before kuar mencari makan malam. Saya suka hotel ni walaupun receptionist dia kerek sebab bilik dia besar gak. Selesa la dan nak ke city pun taklah jauh pun. The best part adalah siaran tv di sana. No censored hokey...sapa yang tak kuat iman dan berfikiran terbuka tak tau lah...hahahahah

Day 1 basically kitorg just jalan2 kawasan sekitar dan studi the nearest metro station kat mana (Mairie de Clichy adalah nearest metro station dan jarak dalam 600 meter sajok) . Kitorg ada jumpa satu kedai makan arab dekat2 hotel. Kitorg apa lagi..serbuuuuu...lapar wei... Biasalah bila makanan arab kalau tak kebab, nasi arab, atau falafel. Saya sampai sana baru tau dan dengar perkataan falafel tau (sila google untuk erti falafel). Saya perasan kawasan saya stay tu agak ramai kominiti muslim sebab tgk dari segi pakaian diorg. Allahualam. Pas makan balik bilik dan rehat2 sebab esoknya baru nak explore kaw2 bandar Paris ni.

Sebelum tu saya nak story mory skit sal jaringan pengangkutan kat Paris ni. Jaringan pengangkutan di Paris ni terbahagi kepada Zone 1 sampai Zone 5 . Samada nak naik metro train, express train, taxi, buses, semua boleh. Tapi saya prefer naik metro sajok. RER pula adalah express train yang menghubungkan Paris dengan kawasan pinggir kota. Train dia 2 tingkat tau. Kami beli Paris Visite Pass untuk 3 hari. Apa itu Paris Visite Pass? Dia ada 1,2,3 atau 5 days pass tau dan Zone 1-Zone 3 atau Zone 1-Zone 5 (including Orly Airport). Pass ini valid on Bus, Metro, RER, and Ile-de-France trains (not TGV-bullet train)

Paris Visite Card Discounts

As of January 2014
  • Arc de Triomphe: 20% off
  • Conciergerie: 20% off entrance
  • Dali’s Universe Museum: 6€ instead of 11€
  • Army Museum/Invalides: 20% off entrance to permanent collection
  • Bateaux Parisiens: 25% off cruise of Seine river
  • Open Tours: 25€ instead of 29€
  • Chateau de Fontainebleau: 2€ off entrance
  • Disneyland Resort Paris: 20% off a one day/two park pass
  • France Miniature: 30% off entrance
  • Grevin museum: 30% off entrance
  • Provins: 7,50€ entry instead of 11,40€ on adult price to visit 4 monuments around the UNESCO world heritage site medieval city
  • Tour Montparnasse: 30% off entrance
  • Shopping at Galeries Lafayette: 10% off + 1 free bag with minimum 40€ purchase

Kalau korang nak tau details pasal trains di Paris korang boleh rujuk web http://www.seat61.com/ tau sebab web ini sangat informatif pasal penggunaan train di seluruh dunia.


Paris Visite Pass ni datang sekali dengan map tau dan make sure tulis nama korang serta tarikh pada pass tu

train map di Paris

Day 2 bangun2 kitorg siap awal sebab  nak kejar metro sebelum waktu keja diorg (takut time peak metro sesak ngan manusia). Terus terang mula2 mengunakan metro diorg saya agak confius dan blur. Maybe minda saya belum pick up lagi pagi2 ni...hahaha... Kitorg plan nak pi area Eiffel Tower pagi tu. Nak jadi cerita kitorg sesat turun kat station mana tah. So terpaksalah menapak menuju ke area Eiffel tu. Nasib baik nampak Eiffel Tower so just guna sebagai tanda untuk ke sana. Oh ye lupa nak habaq...sepanjang trip ini saya menggunakan apps Tripadvisor untuk tunjuk arah tau sebab dia ada satu fungsi kompas bagitau kita berapa jauh dan tunjuk arah destinasi kita nak pi (masa tu tak pandai nak roaming2 dan beli simcard local). Tapi kan bila sesat2 ni actually bagus sebab bila sesat kita akan jalan je menyusuri kawasan sekitar dan tengok daily routine life diorg. Bila nak sampai area Eiffel tu kitorg nampak deretan cafe so kitorg amik peluang breakfast ala2 orang Paris gitok...saja nak feeeling duduk kat cafe tepi jalan sambil menghirup secangkir kopi dan menyapu roti dengan butter...gitokkkk. Masa nak order tu waiter yang amik order kitorg agak kerek tau. Dia cam pandang semacam ngan kitorg. Helloooo... kitorg makan tempat ko bayar hokey bukannya mintak free...

So sampai la kitrg kat kawasan Eiffel Tower. Masa kitorg di sana, cuaca yag sepatutnya summer jadi ujan dan windy sepanjang hari. Hujan pulak sejenis sekejap2 tapi kerap. Dah la dengan takde baju hujan atau payung. Di Paris ni banyak orang jual payung kecik atau baju hujan so kitorg pun beli la...harga 5 EURO.


kitorg sesat kat sini

nampak muncung Eiffel Tower tu

taaa  raaaaa

ramai dah beratur beli tiket

masa kitorg datang diorg tengah renovate

Masa kitorg dok leka amik gambar tetiba kitrog disapa. Sapa pulak yang cakap melayu ngan kitorg ni..pusing2 rupanya satu kakak melayu. Dia tanya nak tolong amik gambar ke...kitorg just cakap takpe terima kasih...bila saya mula nak ramah sembang ngan kakak tu tanya dah lama ke sampai sini tetiba dia leh buat ayat dan nada suara kekwat. "akak dah lama dok sini dan baru ja berkesempatan datang Eiffel Tower". Pastu kakak tu terus blah macam tu ja...Lantak ko la kak oi....Malas nak layan (kadang2 saya tak faham ngan peel sebilangan Malaysian terutamanya melayu yang travel oversea yang suka buat kerek dan kekwat bila jumpa Malaysian lain). Sepatutnya bila kita jumpa kat negara orang la ukhwah kita main kuat kan.

Lupakan kisah akak tu.

Actually saya dah beli tiket untuk naik Eiffel Tower via online tapi time saya amik tu kol 5 petang (saya booked tiket Eiffel Tower di http://www.toureiffel.paris/). Better book online tau sebab nanti bila nak masuk dia ada laluan khas untuk yang booking online so takyah beratur panjang. Kitorg amik yang boleh access smpi sommet (top). Harga sila rujuk gambar di bawah.

harga tiket


Sementara tunggu petang kitorg pergi area lain dulu.

Langsung kitorg gerak pi Notre Dame Cathedral. Tak lama pun disitu dan terus menapak lagi pi Pantheon dan juga Centre Georges Pompidou. Centre Georges Pompidou ni cam tempat kesenian diorg la. Bangunan dia sangat unik. Pas tu kitorg gerak terus ke Eiffel Tower balik.

menapak

Notre Dame Cathedral

hujan2 pun gigih amik gambar

kawasan sekitar

cantik bangat taman diorg

klasik

dah smpi area Pantheon

area Pantheon

lagi

dan lagi

renovation lagi

gah sangat

area ni dalam penambahbaikan

Centre Pompidou

walaupun kasut dah basah tetap gigih

area Pompidou

kreatif

lagi

jalan balik ke Eiffel Tower


posing before naik

tugu Eiffel

Negaraku

amazing view

lagi

dan lagi

level Sommet (Top)

amik gambar lagi

windy tau time ni

mini museum

sila baca

masih utuh besi Eiffel Tower

masa ni tunggu nak turun

this way please

tangga ke atas

sejarah Eiffel Tower

level bawah

ramai tol orang

Setel kat Eiffel Tower je kitrog terus lari pi Arc de Triomphe. Untuk ke sini just naik metro or jalan kaki dari Eiffel Tower pun boleh sebab cuaca tak panas pun.


kereta banyak sangat kat sini

area Arc De Triomphe

wajib snap gambar di sini

Day 3 Kitorg plan nak pi Disneyland Paris. Kitorg beli tiket pun online sajok (sila layari web diorg di http://www.disneylandparis.com/). Harga tiket masa kami beli tu 118 EURO for 2 pax. Untuk ke Disneyland korang naik RER train ke Marnee le Vallee station (Kalau nak datang direct dari London ke Disneyland Paris via EUROSTAR pun boleh tau). Kitrog tak lama pun kat Disneyland tu sebab bagi kitorg ia hanya sesuai untuk kanak-kanak.


kawasan Marnee le Vallee station

keluar je dari station ni nampak dah Disneyland

pintu utama

sebelum masuk amik gambar dulu

Disneyland

Jom masuk

budak-budak pasti suka

ni lupa bahagian mana

dan lagi

lagi

filem ni best tau

naik train ni then ada show tau

terasa cam dalam Hollywood movie masa naik train ni

salah satu scene dirg tunjuk

pusing-pusing

so real

hey Mickie

dah 20 tahun dah usia Disneyland masa ni

ada tram dalam ni

Disneyland

cam tempat mat saleh buat wedding

Memorial

nampak kan castle tu

klasik sangat

suka building ni

kalau masuk sini wajib amik gambar kat castle ni

taaaraaaa

lupa bahagian apa ni

lagi

dan lagi

dan lagi

gerun

Jack Sparrow ada tak?

suka minah tu dapat menari

kalaulah umah aku cam ni mesti best

lagi

comel budak2 pakai kostum

lagi

comel kan....

kecik2 pandai posing

colorful sangat area ni

lagi

dan lagi

pandai diorg jaga bunga2 kat sini

Dalam kol 11 camtu kitorg dah cabut untuk ke La Vallee Village ala2 Bicester Village di London (beza satu station dengan Disneyland Paris sajok).

Kitorg ada jumpa satu kedai Malaysia. Namanya Lagenda de Malaise. Lokasi dekat ngan Holiday Villa Hotel. Metro station yang terdekat adalah Cadet Station. Kitrg makan kat situ sajok. Pas tu cam biasa kitorg pi cari Hard Rock Cafe dan lokasi dia pun berada di kawasan sekitar sajok. Kitorg jalan kaki je. Kalau nak naik metro just turun dekat Grands Boulevards station.

Kitorg jugak sempat pergi Musee De Lourve yang menempatkan lukisan Monalisa tapi kitorg tak masuk pun sebab beratur panjang sangat2. Rupanya Musee de Lourve tu link dengan mall tau. So sapa2 nak pi better book online tau tiket masuk supaya tak yah nak beratur. Time summer kan sana cuti so banyak pelancong.


area Musee de Lourve

lagi

sampai sudah

dan lagi

sini banyak tol monumen

lagi

cantik sangat bangunan di sini

tempat wajib kalau datang ke Paris

jalan ke mall bawah tanah di Musee de Lourve

Day 4 kitorg just standby nak ke Orly Airport sajok sebab nak ke destinasi seterusnya iaitu Rome, Italy. Kitorg dah book siap2 flight ke Rome ini melalui Easyjet Airlines. Actually saya tak rekemen sangat naik Easyjet ni sebab saya ada kisah tak best masa naik dari Prague ke Amsterdam. Nanti saya cite kat entri akan datang. Barulah suspen...hahaha. Untuk ke Orly Airport boleh je nak naik apa2 jenis pengangkutan awam. Kitorg naik taxi je sebab nak cepat. hahaha...yang penting taxi dia BMW ye dan mahal kalau convert duit kita. Redha.......

Swiss Alps..nampak tak?

Personally saya suka Paris tapi taklah crazy sangat. Bagi saya Paris ni bandar dia klasik. Bangunan-bangunan lama memang cantik bila di rakam lensa kamera. Saya kurang pasti gelaran Kota Cinta itu sebab i felt no love when i was there. Orang tempatan yang kami jumpa tidak semesra mana. Dari segi kebersihan pun so so saja sebab kitaorg boleh bau hancing kencing di sesetengah metro station. Satu ja yang saya puji tentang Paris iaitu Eiffel Tower memang satu senibina yang boleh dikagumkan.

Till then guys.... Merci Beaucoup....hihihi








P/S: Nantikan sambungan cerita seterusnya ya...

P/S: Di Paris ni banyak warga kulit hitam dok mundar mandir jual souvenir. Kalau boleh elakkan beli dari diorg walaupun murah sebab kalau polis tangkap penjual dan pembeli kena angkut tau...

P/S: Setengah attractions tu better beli online sajok sebab kadang2 beli online lebih murah dan juga memudahkan pengiraan kos supaya nanti bila travel kita just bawak duit nak makan dan belanja yang perlu sahaja. Masa pun boleh dijimatkan sebab tak perlu beratur panjang macam dekat kaunter tiket Eiffel Tower dan Musee de Lourve.







0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.