Amazing Amsterdam - Siri Eksplorasi Dunia 2013 (UK dan Eropah)



Salam REEFISM semua. Apa khabar semuanya? Semoga hari-hari anda indah hendaknya.

Ampun dan maaf sebab lately ni saya agak busy dengan urusan peribadi dan sudahnya blog saya lambat hendak di hupdate. Thanks ye sebab sudi menanti dengan sabar. Hehehehe.....

Ok. Sudah tiba ke akhir episod #throwback trip saya ke Eropah. Huhuhuhu... rasa macam baru ja trip ni berlaku. Malas nak bermelankolik so saya proceed saja kisah seterusnya. Sila tatap.

Dari Prague kami terbang ke Amsterdam untuk trip kami yang terakhir sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Kenapa Amsterdam? Ok. Semua orang tahu akan Amsterdam dan bila sebut saja Amsterdam pasti akan terfikirkan terusan di tengah bandar dan juga kincir angin.

Basically, Amsterdam terletak di negara Netherlands atau Belanda. Belanda adalah salah satu negara dalam kesatuan Eropah. Bahasa rasmi adalah Dutch.  

Sampai saja di Amsterdam Airport Schiphol kami terus keluar mencari teksi untuk ke hotel. Hotel yang kitorg book adalah Quentin Hotel. Lokasi di Leidsekade 89. Betul-betul depan terusan tau. Anda boleh layari web hotel diorg di http://quentinamsterdam.com/ untuk details ya. Saya suka sangat hotel ni sebab lokasinya yang sangat strategik, interior hotel yang klasik dan juga staff yang friendly. 


intai-intai tepi hotel kaedahnya

view di Amsterdam memang banyak camni

senja

kat sini tak sesak ngan kenderaan

fefeeling depan hotel

inilah hotel kami stay

Jaringan pengangkutan di Amsterdam ada macam-macam. Dari tram, keretapi, subway, kereta dan yang paling popular adalah basikal. Yeap....basikal tua yang kita selalu naik masa kecik2 dulu. Diorg siap modified lagi kasi lebih hipster tau. Apa yang saya dengar di sini minyak agak mahal jadi untuk mengurangkan kos so diorg banyak naik basikal to move around city and its cool tau. Siap ada lane untuk basikal lagi.


Metro dan Tram map di Amsterdam

Untuk mendapatkan lebih info tentang Amsterdam korang boleh layari beberapa websites seperti http://www.amsterdam.info/sights/http://www.holland.com/uk/tourism/cities-in-holland/visit-amsterdam.htmhttp://www.dutchamsterdam.nl/http://www.netherlands-tourism.com/things-amsterdam-ultimate-top-50/http://www.amsterdamtourist.info/.

For traveller, korang boleh juga dapatkan day pass untuk public transport. Cara nak dapatkan? Korang pi ja kat IAmsterdam Visitor Centre diorg yang terletak betul2 depan Amsterdam Centraal. Pastu bagitau nak beli Day Pass for public transport. Mudah kan? Nak lagi mudah jalan kaki saja macam saya buat sebab bila kita jalan kaki lagi banyak perkara kita boleh belajar tentang tempat tu.

Day 1 tak banyak aktiviti kitorg buat sebab dah sampai pun agak petang. Lepas check in saja kitorg rehat-rehat dan keluar jalan2 kawasan sekitar sebab nak mencari kedai makan halal. Kitorg ada jumpa satu kedai makan Indonesia (korang akan perasan ramai Indonesian di Amsterdam sebab dulu kan Belanda pernah menjajah bumi Indonesia). Dekat saja dengan hotel kitorg stay. Memandangkan tiada tanda halal di kedai itu dan kami pun sudah kelaparan maka kitorg order vegetarian food sajok. Tawakal.....

Day 2 adalah masa untuk explore the city....Yeay.... Kitorg start jalan kaki dari hotel menuju ke Amsterdam Centraal. Sepanjang perjalanan kitorg singgah ke beberapa attractions di sana. Mula2 awal pagi kitorg singgah di Hard Rock Amsterdam. Actually HRC dengan hotel kitrg dekat saja. Dalam 5 minit jalan kaki. Sampai di HRC kitrg dengar staff diorg dok sembang pasal HRC Melaka yang baru nak bukak masa tu. Kitorg pun mencelah lah bagitau yang kitrg dari Malaysia. Rupa-rupanya salah seorang staff situ memang Malaysian. Dia datang HRC Amsterdam atas urusan kerja. Sempatlah bual2 kosong. Dia kata kalau ada masa pi la Brussel sebab HRC sana cantik.


uncle tengah atur strategi nampak...... lokasi : depan HRC Amsterdam

Usai je di HRC kitaorg jalan lagi menuju ke city. Antara attractions yang kitorg singgah ialah Dam Square yang ada National Monument (tepi Dam Square ada Madame Tussauds), Red Light District iaitu tempat pelacuran disana tapi jangan terkejut tau sebab tempat ini adalah antara main attraction di sana cuma jangan amik gambar saja sebab nanti kena tau (dikenali juga dengan nama De Wallen). 


tram diorg jenis moden

Dam Square

cuaca waktu ni best giler...

panas tapi windy

opssss...sorry terambik gambar pulak

time ni lah local amik peluang berjemur

Damrak

depan tu la Amsterdam Centraal

gigih atok ni kan....

nak amik canal cruise kat Damrak ni pun boleh

depan Amsterdam Centraal ni ada banyak bas

klasik sangat

bila la nak merasa naik boat camni kan

rancak berbual nampak

view cam ni lagi

boat tu lah yang kitaorg naik untuk cruise

rokok membahayakan kesihatan

tenang dan damai

terompah dutch style

perfect weather

Sambil jalan-jalan kitrg ada jumpa satu kedai makan Malaysia (satu-satunya kedai malaysia yang kitrog jumpa di sana). Nyonya Malaysia Restaurant namanya. Owner dia chinese dan dah lama buat bisnes kedai makan di Amsterdam. Sangat friendly dan kedai dia pernah masuk surat khabar tau. Lokasi? Di Kloveniersburgwal 38 /HS (dekat jer dengan Red Light District). Korang boleh layari website diorg di http://www.nyonya-malaysia-restaurant.com/.


saya nak order ni, dan ini, dan ini dan ini.....


Masa on the way nak balik ke hotel kitaorg terjumpa satu muzium yang pelik. Sex Museum namanya. Kitrg amik peluang masuk sebab tak pernah dengar lagi muzium sedemikian. Lokasi? betul2 depan canal cruise area Amsterdam Centraal (Damrak St.) Harga tak silap dalam 4 Euro. Bila korang masuk muzium tu kena open minded tau. Budak bawah umur tak dibenarkan masuk tau walaupun datang bersama ibu bapa.

untuk tontonan 16 tahun ke atas sahaja

Kitorg jalan lagi dan tetiba terjumpa satu tempat yang ada blok I Amsterdam. Kitorg jumpa pun secara kebetulan saja masa jalan-jalan.

kitaorang jumpa blok IAmsterdam kat sini - Rijksmuseum

lepak

hari riadah

inilah spot yang wajib snap gambar
lokasi : depan Rijksmuseum sajok

Van Gogh Museum

meriah naw ngan manusia kat area Museumplein

dapat jumpa sinar matahari macam dapat emas tau time ni

The Concertgebouw

pergi tangan kosong balik penuh

Time kitorg disana ada sales untuk perfume tau. Apa lagi kitrg tak nak lepas kan peluang lah...memang murah giler2 tau. Contohnya di malaysia harga dalam rm200 tapi di sana cuma rm60 saja. Sapa yang tak gila????? (Kalau korang nak beli perfume beli kat kedai nama DA).


hasil tangkapan

Day 3 Kitorg dah booking siap2 secara online nak naik canal cruise keliling bandar. Harga tak silap dalam 13 Euro saja. Kitrog amik time paling awal iaitu pukul 10 pagi. Cruise tu akan bawak korang pusing2 lalu terusan di bandar Amsterdam. Cruise tu akan mengambil masa dalam 1 jam tak silap. Bolehlah nak mencuba kalau berada disana. Harga tak mahal pun.


canal cruise

best kan dapat duduk kat rumah camni

naik cruise ni boleh tengok building cantik-cantik

lagi

dan lagi

besar kapal ni

ada geng kat belakang

cantiknyeeeee

Zilveren Toren Conference Center

dah sampai kat tengah bandar

lain macam building ni

Science Center NEMO

kalau rumah saya camni....bestnya.....

ini tak silap National Maritime Museum

ada style kapal ni

jalan lagi

dan lagi

rumah diorg rapat-rapat kan

rugi tak snap gambar.....hahaha

indahnya view


rumah sapa lah ni


Selesai je naik cruise kitorg terus bergerak menuju ke Amsterdam Centraal sebab kitorg nak pi ke tempat kincir angin yang popular. Zaanse Schans Wind Mill namanya. Untuk ke sini korang just naik train saja dan stop di Koog-Zaandijk station. Journey dalam 20 minit saja dari Amsterdam Centraal. Keluar je dari station tu korang akan nampak peta ke Zaanse Schans. Ikut ja arah dia. Korang akan melalui kawasan kilang koko masa on the way ke sana. Dalam 10 minit korang dah boleh nampak Zaanse Schans. Best tau tempat ni. Rasa tenang je. Korang boleh layari web diorg di http://www.dezaanseschans.nl/en/.

kalau korang jumpa windmill ni maksudnya dah dekat ngan Zaanse Schans

go auntie...caiyok caiyok

indahnya

dah sampai

rumah cam mainan

cam gambar kalendar

model kalendar

cantik

banyak windmill kat sini

aiskrim pakcik ni jual manis naw....

pose pose

ye ye....

Lewat petang saya ke kedai perfume lagi sebab nak beli stok perfume. Alang2 dah ada sana baik saya beli dan buat jual kan??Dapatlah cover duit trip ni sikit. Cerdik tak saya???hik3... so korang kalau gi travel mana2 kan cuba explore apa yang boleh buat duit di sana. Contohnya kalau di Australia perfume sangat murah tau. Korang beli atau amik order dari Malaysia dan jual balik. Korang boleh untung tau dan sekurang2 nya boleh cover duit tiket flight korang. Think out of the box kaedahnya.

Eduard Douwes Dekker, better known by his pen name Multatuli, was a Dutch writer

cafe ni betul- betul tepi corner dekat ngan hotel kitorg stay

Day 4 adalah hari terakhir trip kitorg di bumi Eropah setelah 2 minggu menjelajah. Huhuhu...sedih rasanya hendak pulang ke Malaysia namun apakan daya kelansgsungan hidup harus diteruskan..gitewwww... memang rasa cam tak nak balik tau tapi yelah kan cuti pun dah abis. Kitorg check out dan tunggu taxi untuk hantar kitaorg ke airport. 

Flight kol 12 tengari dan kitorg naik Malaysia Airlines. 

Masa nak masuk menuju ke boarding gate, sekuriti diorg sangat ketat tau. Siap guna mesin scan badan lagi. Canggih sangat. Airport dia memang best tau. Dah macam shopping mall dengan dekorasi yang devass. Cuma satu ja yang tak best iaitu kedekut wifi. Negara maju tak kan tak leh bagi free wifi kot cam kat KLIA dan KLIA2 kan..... 

Sepanjang 13 jam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kitaorg just makan, tido, tgk movie. Itu ja la yang boleh buat pun. Sepanjang dalam flight, cabin crew dia sangat friendly tau. Ada seorang cabin crew ni namanya Ranjan. Dia sangat peramah. Asyik datang kat seat kitrg sembang2 dan tanya kot2 kitaorg nak apa2 ke. Sampai ke kat KLIA dia siap bagi kitorg stok kacang banyak tau sebab kata dia kalau tak amik pun diorg akan buang. Rezeki jangan di tolak. Kitorg sempatlah bertukar no telefon.

Personally saya suka dengan Amsterdam. Istimewa Amsterdam terletak pada terusan2 di tengah2 bandar dan juga kincir angin. Persekitaran bandar mendamaikan ditambah dengan senibina bangunan yang klasik.

Sana diorg abis keja agak awal tau. Pas waktu kerja korang akan perasan kafe di sana akan meriah ngan orang tempatan sebab diorg memang suka lepak2 ngan kawan pas kerja.

Itulah cerita pengalaman saya berjalan ke bumi Eropah buat pertama kali dalam hidup saya. Satu self achievement tau sebab semua urusan dari A sampai Z saya buat sendiri. Walaupun pengalaman travel sikit saja tapi saya managed untuk merealisasikan impian saya. Bukan senang tau. Tapi saya percaya pada diri. Kalau saya boleh anda pun boleh. Hanya perlu usaha betul2.

Oklah semua....till then...daaaa...

P/S: Next cerita adalah trip saya ke Phuket. Tunggu!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY

0 Comments