Happy New Year!!!!!!! Apa Resolusi 2016 Anda?

7:36 pm Shariffudin Azhar Omar 1 Comments

Salam REEFISM semua...

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun 2015. Pantasnya masa berlalu sebab tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk ke tahun baru. Kemana anda semua meraikan malam tahun baru? Ada juga yang suka celebrate di luar negara. Saya belum lagi berkesempatan nak celebrate new year di luar Malaysia. Biasanya saya just lepak makan-makan di mall tak pun duduk rumah saja sebab sejak meniti usia ni (macam tua sangat kan) saya tak suka sesak-sesak dengan orang ramai ni. Dengan nak menghadap jem teruk lagi di malam tahun baru. Tak kuasa meks........

Sumber Google


Actually saya takdelah letak apa-apa azam pada tahun 2015. Sekadar berharap agar diberi kesihatan yang baik, kehidupan yang lebih bermakna. Cuma tahun ini saya bersyukur sebab i managed to get zero MC tau. Satu self achievement sangat. Walaupun sakit demam tapi saya gagah jugak pergi kerja sebab bagi saya selagi boleh bergerak dan buat kerja buat apa nak MC kan. Kadang-kadang kita jangan manjakan sangat badan kita ni.

Sumber Google


Tahun ini agak mencabar sebenarnya dengan suasana politik negara yang pelbagai warna, ekonomi global yang tak menentu serta kisah2 berita sensasi seperti kes kapal terbang terhempas la, GST la, kes di Paris lah, Syria la. Macam-macam kisah dunia sekarang ni. Naik pening memikirkannya.

Tahun 2016 bakal memasuki siri kalendar dan dijangka juga ekonomi dunia semakin teruk. Jadi korang semua kenalah bersedia merancang kehidupan harian dengan baik.

Tahun 2016 ini saya nak letak beberapa sasaran dalam hidup.

Antaranya:

  1. mengamalkan cara hidup sihat sebab tahun 2015 saya kurang bersenam. Dulu saya ni gila jogging. Tapi lately ni busy sangat dengan aktiviti harian. Jadi tahun depan saya nak aktifkan semula aktiviti riadah. No excuse!
  2. mencari side income sebab sekarang ni semua benda naik harga sejak GST dilaksanakan. Dari tambang LRT, toll, barang keperluan, dan dengar kata tambang pengangkutan awam lain juga akan naik. Alahai...kena work harder. Dulu saya ada juga buat bisnes kecil-kecilan seperti jual kek, kerepek dan juga ada buat part time model dan menyanyi di majlis-majlis keraian. So untuk 2016 ni saya ingat nak cuba buat modelling semula. Semoga masih laku...hahahaha
  3. terus meneroka dunia walaupun keadaan ekonomi dunia yang tak menentu sebab saya percaya untuk explore dunia ni duit bukan isu utama tapi keinginan untuk belajar tentang erti hidup adalah kunci utama. Tahun 2016 saya ada beberapa siri eksplorasi dunia tau yang saya dah plan 1 tahun lebih awal, jadi korang kena lah tunggu update dari saya.
  4. plan untuk mega trip 2017 pula sebab saya ada beberapa destinasi impian. Antaranya saya teringin nak explore USA, Rusia dan juga Eastern Europe. Insha Allah, semoga jadi kenyataan. Amin....
Apa pulak target anda untuk 2016? Ada yang dah susun cantik azam mana nak dibuat dahulu kan. Ada yang plan nak tukar gajet baru kah? Atau pun target untuk menamatkan zaman bujang barangkali? Apa2 pun azam dan resolusi anda saya berdoa agar impian dan cita-cita anda dapat direalisasikan. Tidak salah untuk bermimpi kerana setiap realiti datang dari mimpi disusuli dengan usaha keras.

Sumber Google


Jadi jangan hanya bermimpi tau. Korang kenalah work hard and work smart untuk capai mimpi-mimpi tu. Doa pada Allah supaya dipermudahkan. Sentiasa positif dalam diri. Insha Allah pasti Allah membantu hamba-hambaNya.

Sumber Google

Sumber Google

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca terutamanya pembaca setia saya yang tak jemu-jemu tunggu update dari saya (Eh, ada ke?). Saya akan cuba menyajikan kisah-kisah menarik kepada anda semua yang pastinya lebih ilmiah dan dapat membantu kehidupan anda hendaknya.

Once again, Happy New Year 2016 tau. May the Force be with you. Eh...salah tagline....Larikkkk...........

Don't drink and drive ye...hahahaha

Till then...daaaaa....

1 comment:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.