Segmen Makan Di Mana? Mr Steak House Kota Damansara

2:15 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

Salam REEFISM semua.

Semoga sihat hendaknya. Jadi tahun 2016 telah pun memasuki kalendar kita semua. Adakah anda semua telah bersedia mengharunginya? Ingat! Apa sahaja impian, target, azam dan yang seangkatan dengannya yang paling penting anda haruslah sentiasa positif dan happy. Hanya anda sendiri yang mampu membahagiakan diri sendiri.

Pembuka tirai entri untuk tahun 2016 adalah tentang kunjungan saya di MR STEAK HOUSE di Kota Damansara pada 31 DISEMBER 2015 (malam tahun baru).

Ramai warga kota yang mengambil kesempatan dengan mengunjungi acara sambutan tahun baru dan menyaksikan pelbagai bentuk hiburan serta meraikan detik menjelang tahun baru dengan melihat acara bunga api. Saya tak berapa minat nak celebrate malam tahun baru sebab pasti akan sesak dengan manusia dan trafik mesti teruk.

Jadi saya dan rakan just lepak di MR STEAK HOUSE yang terletak di Kota Damansara untuk menikmati makan malam disana. Actually dah lama plan nak ke sini untuk mencuba tapi selalu mengalami kekangan.

Lokasi kedai ini adalah di :

NO 27 GF, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara.

Kedai betul-betul satu blok dengan Pusat Pergigian Rohaya dan sederet dengan kedai AYAMAS. Kedai ini juga berhampiran dengan Pizza Hut, McD dan KFC Kota Damansara. Kedai ini beroperasi dari pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Suprisingly kedai ini juga ada menyediakan juadah nasi campur dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang (hari Jumaat tutup). Jadi kedai ini bukan hanya menyediakan juadah masakan barat tapi juga masakan tempatan.

Signboard kedai

ada juga nasi campur disini

sisi belakang kedai

selamat datang

depan kedai ni saja dan berhampiran McD Kota Damansara

tingkat atas adalah Klinik Pergigian Rohaya

Bila kami sampai sahaja di kedai ini kami lihat suasananya seperti berada di zaman cowboy. Interior kedai ni simple aja dan ruang makannya luas dan mampu menampung ramai pengunjung dalam satu masa.

ramai famili datang makan sini

wajah kelaparan

kaunter bayaran


ruang makan

sesi menambah ilmu bahagian daging

kaunter makanan dan minuman

lampu dia diperbuat daripada tayar kayu

pilihan menu

ada cawangan lain juga

menu dan harga

Pihak MR STEAK HOUSE sedang mengadakan contest di INSTAGRAM. Satu marketing strategy menarik. Mari join reramai.

hadiah contest dia lumayan juga

Servis pun kira bagus sebab makanan yang kami order cepat je sampai. Dari segi harga memang tak dinafikan murah jika hendak dibandingkan dengan menu yang pihak kedai offer. Satu set Chicken Chop cuma berharga RM 10.90. Sapa nak bagi harga semurah tu?

Chicken Golden Blue (RM14.90).
Setengah kedai panggil Chicken Cordon Blue.

Beef Sizzling Steak (RM19.90)

Lamb Chop (RM16.90)

Chicken Combo (RM17.90)

Personally saya dan rakan suka dengan masakan di sini. Sedap dan harga sangat berbaloi. Bila kami hendak pulang, kedai penuh dengan pelanggan. Kedai ini juga pernah di highlight dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3.

Untuk info lanjut boleh layari FACEBOOK mereka di https://www.facebook.com/westernrestaurant.mrsteakhouse atau boleh sahaja telefon di 012-2819780. 


Jadi, apa tunggu lagi! Segera serbu kedai MR STEAK HOUSE KOTA DAMANSARA untuk menikmati sendiri keenakkan masakan mereka. Mencari tempat makan malam terbaik bersama keluarga anda? MR STEAK HOUSE adalah tempatnya. Kami pasti akan datang lagi untuk cuba menu yang lain pula.

Till then.... Selamat Mencuba......daaaaaa



0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.