Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Part 3)

10:58 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 2 Comments

Salam REEFISM semua.

Apa khabar semua? Saya mengharapkan yang terbaik dari anda semua. Baiklah. Saya tidak mahu membuang masa. Saya teruskan saja sambungan kisah #throwback trip saya di bumi Melbourne. Bagi kisah terdahulu boleh lihat di IntroPart 1 dan Part 2.






Day 4 kami di Melbourne adalah kunjungan kami ke Phillip Island. Kami telah booking tour ini melalui bantuan Pak Nil. Tour ini adalah di bawah agensi Extragreen Holidays.

Trip ke Phillip Island ni bergerak agak lewat iaitu pukul 11.45 pagi. Memandangkan kami ada banyak masa pagi tu jadi kami mengambil kesempatan untuk ke Queen Victoria Market (QVM) awal pagi. Kebetulan QVM ni dekat saja dengan hotel kami. Jadi senanglah sikit. Selesai bersiap dan breakfast kami terus menaiki tram di depan hotel menuju ke QVM.

Apa ada di QVM ni? Basically QVM ini adalah pasar basah dan kering di mana ia menjual dari sayur, ikan, daging sehingga ke souvenir, baju dan macam-macam lagi. Kiranya macam-macam ada di sini. Kedai makan pun ada. Kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kalau anda semua ke Melbourne kena datang sini dan alami sendiri suasana pasar disini. Totally different compare dengan pasar yang ada di Malaysia. Apa yang membuat saya impress adalah kebersihan pasar tersebut. Kagum. Gerai-gerai tersusun kemas dimana bahagian barangan basah dan kering diasingkan. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga tersusun kemas. Kalau anda datang menaiki tram boleh turun di beberapa stesen sebab QVM ni dekat dengan laluan tram. Sebarang info mengenai QVM seperti waktu operasi dan lokasi mereka boleh layari web mereka di http://www.qvm.com.au/.

dah sampai

macam-macam ada

pasar baru buka jadi kurang manusia

acara memborong bermula

sakan shopping nampak

beli jangan tak beli

seronok shopping ye kak

pekerja di kedai ini boleh berbahasa Indonesia

OH Australia

murah sangat

nak barang dapur pun ada

besar tempat ini

market ni dah lama wujud rupanya

ayuh pulang ke pangkal jalan

Dalam pukul 10 camtu kami terus menapak untuk pulang ke hotel dan meletak barang-barang yang dibeli. Takkan nak angkut bawak pi Phillip Island pulak kan. On the way ke hotel kami singgah di butik H&M yang terletak di Melbourne GPO sebab kawan saya nak beli baju sejuk.

Melbourne GPO


hasil tangkapan

Kami kena berkumpul di depan opis pukul 11.30 pagi kerana tour akan bergerak pukul 11.45 pagi. Tour ini kami hanya menaiki van pelancong sahaja sebab bilangan peserta tour tak ramai pun. Jarak perjalanan ke Phillip Island mengambil masa dalam satu setengah jam bergantung kepada trafik.

catwalk sebentar

nak jugak

acah-acah

inilah travel agency tu

perjalanan bermula

Apa ada di Phillip Island? Basically Phillip Island ni ada beberapa wildlife park di mana antaranya anda boleh menyaksikan penguin naik ke darat di Penguin Parade, boleh melihat anjing laut di Nobbies Centre, Koala di Koala Conservation Centre. Selain itu Phillip Island juga ada Grand Prix Circuit dan juga A Maze & Things. Sebarang info mengenai Phillip Island boleh layari http://www.visitphillipisland.com/.

lokasi Phillip Island

Destinasi pertama tour ini adalah Maru Animal Park. Di sini kami berpeluang melihat antaranya kangaroo, koala, wallabies, parrots dan dingoes secara live. Selain itu ada pertunjukan mencukur bulu kambing biri-biri tau atau Sheep Shearing Demonstration.






maru garu haru biru

sekitar kawasan hadapan

alas perut dahulu

tour guide cum driver kami

layan nampak

hiasan semata-mata

boleh masuk sudah

nak ambil gambar dengan koala kena bayar jadi ambil dari jauh saja

comel

sesi bagi makan kangaroo

tengah makan

ilmu

kitaran hidup Koala

tido ka

kangaroo putih

bawak balik boleh tak?

bulu kangaroo kasar

nak makan lagi ke?

sekawan

hello anybody?

burung unta kah?

mmmmbekkkk

lapar ye

mari berdansa

santai sado

jom melompat macam saya

main jengket-jengket pulak

wefie time

kangaroo putih

jangan sesat

wallabies
macam kangaroo kan

ada macam-macam jenis haiwan di sini

sesi mencukur bulu biri-biri

dengar sini murid-murid

kuat pakcik ni

hasil cukuran

mula-mula cukur bahagian ini

kena jadi model pulak

cam family photo pulak

Selesai kami di Maru terus kami di bawa Koala Conservation Centre. Untuk ke Phillip Island anda akan melalui San Remo iaitu satu perkampungan nelayan yang kecil.

ayuh

nak ke mana kita

tido je keja

wefie lagi

tenang

apa tu

tunggu koala tak muncul-muncul jadi wefie je lah

ada pun dia

mari pulang

eh apa tu kawan-kawan?

seram tengok pokok tu

sesi hadam minda

this way please

bye bye

sempat lagi shopping

Penguin Parade ni lama sikit sebab di sini penguin hanya akan mula naik ke darat bila keadaan betul-betul gelap. Kami terpaksa menunggu sampai senja. Sejuk tak usah cakap lah. Angin dia betul2 mencucuk sampai ke tulang. Kalau anda datang ke sini sila bawa baju sejuk tebal-tebal tau. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bila masuk ke dalam penguin parade. Jadi tiada gambar boleh di ambil di sana.


boleh ambil gambar dekat sini saja

we really had a great fun here

Day 5 adalah hari terakhir kami di kota Melbourne. Sedih rasanya sebab nak tinggalkan kota ini. Flight kami untuk ke destinasi seterusnya iaitu Sydney adalah pukul 11 pagi. Jadi kami check out awal dan minta staff hotel call kan maxi taxi untuk ke airport.

Personally saya suka bangat dengan kota Melbourne. Kenapa? Pertama sekali i love the weather. Dingin saja. Lagipun kota dia tak busy sangat tau. Rasa tenang ja. Kemudian saya perhati ramai orang luar yang duduk di sini. Mungkin seronok dan best tinggal di Melbourne ni. Kalau ada rezeki nak je kerja dan tinggal di Melbourne ni. Pastinya saya akan kembali lagi ke sini untuk explore lagi apa yang ada di sini.

kalau ke Australia wajib beli perfume sebab sangat murah






beli di kedai My Chemist tau

Nantikan sambungan kisah #throwback trip saya seterusnya iaitu Sydney.

Till then guys...daaaa

2 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.