5 SEBAB ANDA KENA MAKAN DI MINISTRY OF FISH HEAD CURRY, MENARA GLOMAC

10:20 pm Shariffudin Azhar Omar 4 Comments

Tajuk pun dah dapat mengambarkan betapa meningkatnya hormon adrenalin saya bila pertama kali mencuba makan di restoran ini. MINISTRY OF FISH HEAD CURRY yang terletak di Menara Glomac, Jalan Damansara ini telah setahun beroperasi. Sebenarnya sudah lama teringin nak makan disini tapi masa betul-betul jeles dengan iols.

Jadi kesempatan yang ada ini saya dan rakan terus terjah untuk merasai apa yang hebat sangat restoran ini. Adakah segah namanya?

Pertama kali mencari lokasi restoran ini tidak susah cuma ia terlindung sikit. Lokasi dia betul-betul sebaris dengan Bank Rakyat dan 7 Eleven. Alamat nya ialah di A-12-G, Menara Glomac, Jalan Damansara, Bukit Kiara, 6000 Kuala Lumpur. Kedai ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam dan dibuka setiap hari kecuali Ahad.

main entrance

restoran ini sebelah bangunan Glo Damansara saja

ruang makan di luar

nak delivery order pun boleh via Foodpanda


Bila melangkah masuk saya amat terpesona dengan dekorasi yang bercirikan hipster cafe. Simple tapi ekslusif. Restoran ini ada 2 tingkat dimana tingkat atas hanya digunakan untuk private event. Anda boleh lepak samada di bahagian indoor atau outdoor.

hipster

2 tingkat

menanti makanan sampai

selesa

best deal

kami order ini

Plain Naan with Chicken Curry

Nasi Beriyani

ruang atas restoran

ruang solat juga disediakan

Masa kami nak order makan kami agak keliru nak order apa. Kemudian kami terus disapa oleh pengurus kedai tersebut lalu diterangkan tentang menu di restoran ini. Semestinya signature dish restoran ini adalah kari kepala ikan dimana kami diberitahu rempah ratus yang digunakan adalah diimport terus dari Pakistan.

Apa yang membuatkan restoran ini harus dikunjungi?


  1. Suasana kedainya yang cosy dan rekaan dalaman yang hipster.
  2. Menu dia yang pelbagai dan apa yang menarik tentang kedai ini adalah menu nya adalah gabungan resepi dari Pakistan serta Malaysia. Cara makanan dihidangkan juga sangat menarik seperti makan di hotel.
  3. Harga menu di sini sangat berpatutan. Saya ingatkan harga di sini mahal tapi ternyata tidak. Contohnya lunch set hanya bernilai RM12.90 termasuk desert dan minuman. 
  4. Layanan serta servis yang diberikan sangat baik. Saya sempat berbual dengan pengurus restoran ini saling berkongsi idea serta pandangan.
  5. Rasa makanan dia tidak mengecewakan. Dalam erti kata lain SEDAP! Mula-mula kami nak cuba kari kepala ikan tapi disebabkan portion nya agak banyak untuk 2 orang jadi kami sekadar mencuba set Nasi Beriyani dan set Kari Ayam bersama Roti Naan. I love the chicken curry. Daging ayam dia sangat lembut dan kari dia sangat berasa. Nasi Beriyani dia pun sedap. Ayam dia lembut dan tidak terlalu berempah. Just nice.
Saya sangat teruja untuk kembali ke sini lagi dan semestinya saya akan mencuba Kari Kepala Ikan nya. Terima kasih kepada cik Yasmin selaku pengurus restoran ini kerana layanan 5 bintang yang di berikan kepada kami. Beliau sangat friendly dan sudi menjawab setiap pertanyaan kami.


stail menu dia

beverages menu

banyak pilihan untuk breakfast


Jadi anda semua jangan lupa untuk datang ke restoran ini dan mencuba ya. Trust me. You guys will love it! Untuk reservation atau sebarang pertanyaan boleh call terus di 03-77339656 atau 019-2655508. Anda juga boleh layari Facebook restoran ini di www.facebook.com/mofcurry, atau Instagram mereka di www.instagram.com/ministry_of_fishhead atau boleh terus layari laman sesawang mereka iaitu www.mofrestaurant.com.

Till then guys....daaaaa.....



4 comments:

  1. wa this looks very delicious! Must try it out soon

    ReplyDelete
  2. great to know in a bar they have "ruang sholat", the menus seem delicious too and I love the resto deco

    ReplyDelete
  3. Yalahkan.. Sangat menarik deco dan pasti mendapat sambutan hebat jika ada publisiti gempak

    ReplyDelete
  4. Wahh terbaik lah, tengok kedai ni teringat Nick Jannah berlakon jadi waiter kedai ni..

    :)


    www.mejuez.com

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.