ADAB KETIKA MENONTON WAYANG!

8:03 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 2 Comments


Sumber Google

Salam REEFISMMenonton wayang merupakan salah satu aktiviti santai yang digemari oleh ramai orang termasuklah saya dan saya percaya REEFISM pun sama. Setiap tahun banyak filem-filem baru baik dalam mahupun luar negeri membanjiri pawagam. Ditambah pula dengan fasiliti yang disediakan oleh pihak pawagam yang semakin improve dari segi servis serta kualiti audio visual membuatkan menonton wayang merupakan sesuatu yang seronok untuk dilakukan.

Namun apa yang membuatkan saya kecewa dan bengang adalah mentaliti dan sikap crowd ataupun penonton kita itu sendiri. Ya. Walaupun tidak semua tapi ibarat KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Saya pernah banned diri dari menonton filem di pawagam disebabkan tidak tahan dengan sikap dan perilaku penonton tapi bila saya fikir semula kenapa saya perlu berkorban dari menikmati filem-filem hanya disebabkan oleh orang lain yang tidak beradab dan tidak tahu akan budaya menghormati orang lain.

Sumber Google

Anda pastinya pernah mengalami situasi dimana sedang kusyuk menonton filem tiba-tiba dengar jiran anda berbual dengan nada yang boleh kasi satu pawagam dengar serta bercerita setiap 5 saat seperti dia adalah pengarah dan penulis skrip. Ada juga situasi dimana kerusi anda ditendang dari belakang, bunyi makan popcorn seperti tidak pernah jumpa makan. Itu belum lagi situasi penonton masuk ke hall lambat dan mengganggu kosentrasi penonton lain. Itulah realiti yang berlaku dalam komuniti kita sekarang even sebenarnya isu ini telah lama berakar dalam masyarakat kita dari tahun 80 an lagi.

Malaysian! Tolonglah buang mentaliti jamban itu atau tinggalkan saja di rumah anda. Jangan bawa sikap dan perangai bodoh itu dalam public. Anda memalukan diri anda sendiri indirectly. Kesian bila orang menyumpah dan mencerca anda disebabkan perilaku anda. Anda pastinya tidak suka dan marah bila orang menegur sikap anda. Anda melenting bila orang viralkan sikap bengap anda di media sosial. Tapi anda sendiri yang menjadi punca kepada semua ini. Ingat, setiap cacian dan makian itu juga mampu menjadi doa untuk anda.

Jadi, sebelum hendak pergi menonton wayang pastikan anda tahu adab dan tatasusila yang betul.

Tak tahu atau tak pernah tahu atau tak pernah diajar? Nah! Saya ajar anda dan senaraikan. Sila baca!


  • 15 minit sebelum wayang bermula biasanya hall akan dibuka. Jadi sila datang dan masuk awal. Jangan bila dah start tayangan baru nak terhegeh-hegeh masuk. Buang segala air besar kecil siap-siap sebelum masuk hall.

  • Bila dah masuk dan lampu hall telah dimalapkan, silentkan handphone anda dan kalau boleh jangan main atau telefon masa menonton. Kalau urgent sangat sila keluar dari hall dan bercakap diluar. Then selesai baru masuk balik.

  • Bila dah duduk tu, jangan lah pula dok buat senaman regangan kaki sampai menendang kerusi didepan. Ia seperti menendang kepala orang. Cuba saya tendang kepala anda, apa reaksi anda?

  • Kalau makan popcorn ke atau minum air janganlah sampai mengeluarkan bunyi yang menunjukkan anda ni pelahap. Rileks! Sebab tak ada sesiapa pun nak pau popcorn atau air anda. Makan dengan tertib.

  • Kalau nak bawa anak-anak kecil tu boleh tapi pastikan anda sudah ajar anak anda tentang adab ketika menonton wayang. Orang lain juga membayar duit tiket seperti anda jadi mereka juga ada hak untuk menonton wayang dengan aman. Ini ada anak-anak kecil yang menangis la, merengek la. Bukan saya bersikap prejudis dan diskriminasi terhadap budak kecil. Saya juga ada anak buah dan sentiasa menjadi nanny mereka bila ketiadaan kakak dan abang ipar. I love kids. Tapi bagi saya kalau nak menonton wayang dengan membawa anak-anak kecil kurang sesuai sebab mereka akan cepat bosan dan bila bosan mereka akan mula merengek. Tambahan pula tayangan pada waktu malam. Time mereka masuk tidur tu. Boleh nak bawak tapi ajar mereka tentang adab ketika menonton. Trust me. Budak kecil cepat belajar dan faham. Banyak filem-filem animasi sekarang untuk kanak-kanak kan. Jadi pilih masa yang sesuai untuk bawa anak-anak anda. Tapi kalau anak masih baby tu tak perlu lah nak diusung menonton wayang. Kesian kat dia.

  • Semasa tayangan filem sedang berlangsung sila diam dan berikan sepenuh perhatian pada perjalanan cerita itu. Jangan menjadi seperti andalah penulis skrip ataupun director filem itu. Orang lain membayar tiket untuk mereka menilai sendiri filem itu. Mereka tidak memerlukan narrator lain bagi pihak mereka untuk memahami jalan cerita filem itu. Kalau nak menyembang dalam pawagam sila keluar sebab orang lain taknak dengar isi perbualan anda. Lebih baik jangan tengok filem di pawagam kalau nak menyembang. Pergi lepak dan sembang di kedai kopi atau di rumah!

  • Semasa menonton wayang juga tak perlulah nak buat wayang sekali ye. Tiket hanya dibeli untuk menonton wayang di layar lebar sahaja. Bukan untuk melihat aksi cerekarama anda. Bayangkan dalam duduk fokus layan movie tiba-tiba ada pula aksi dan sound effect lain kat tepi anda. Annoying kot! Nak bermadu kasih ke bermadu asmara ke atau bermadu tiga ke, please get a room!

  • Selesai tayangan, sila buang segala sampah sarap yang anda buat. Jangan tinggalkan di bawah atau atas kerusi. Walaupun pawagam itu ada mengupah pekerja tapi jadilah manusia yang berhemah. Ibarat selepas makan sila basuh pinggan sendiri. Pekerja disitu bukannya level kuli batak anda.

Tolonglah! Anda semua boleh jadi lebih baik dari ini. Wake up Malaysian! Wawasan 2020 lagi 4 tahun sahaja. Tolong belajar tentang adab dan respek orang disekeliling anda. Anda tidak dilahirkan menjadi bengap dan bangang. Be a better person tak kira dalam apa sahaja yang anda lakukan. Kalau nak cakap pasal adab ni memang tak abis. Jadi point disini adalah tentang respek. Kalau anda respek orang lain pasti mereka akan respek anda. Kalau adab menonton wayang pun anda fail apatah lagi adab-adab lain. Come On! Anda semua sudah besar dan berakal. Tak perlu nak tunggu orang suruh diam baru nak diam. Disekolah pun pernah diajar tentang adab. Even dalam agama pun ditekankan tentang adab. Praktikkan!

Sumber Google

Sorry ye sebab bahasa kali agak kasar dan deep. Mohon terasa bagi sesiapa yang berkenaan. Sila buang #mentalitijamban anda di rumah sendiri sebab di luar rumah semua orang deserve mendapatkan kehidupan sosial yang berkualiti. Saya percaya REEFISM semua budak baik dan AWESOME! Kan...kan...kan....hik3.....

Kalau anda hadapi situasi begini #balingpopcornsebaldi

P/S: Isu ini adalah berdasarkan pengalaman saya. 

Till then guys..daaaa......

#REEFISM #REEFISMTERRITORY

2 comments:

  1. betul tu..kita masuk panggung kenalah sopan..adab pun kenalah jaga..Fida kalau masuk nak tengok wayang..20 min awal dah tercegat dgn budak tiket..hanset memang silent je..tak off pun takut gak kalau ada family emergency call kan..masuk panggung memang tak bercakpa dah dgn suami

    ReplyDelete
  2. The movie theatre looks so nice! I love the purple one I would love to visit it!

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.