SEGMEN LAGU PILIHAN - ANDAINYA TAKDIR BY ANUAR ZAIN

Hi REEFISM! Anda dah dengar lagu baru dari Anuar Zain tak? Lagu yang di beri judul Andainya Takdir ini baru sahaja diperdengarkan di corong-corong radio tempatan bersempena pelancaran album studio terbaru beliau. Self titled album ini bakal menjengah pasaran awal Oktober katanya. Setelah 5 tahun menantikan naskhah terbaru dari figura ini akhirnya album ini berjaya dilancarkan baru-baru ini.

Gambar sumber Facebook Anuar Zain Network

Berbalik kepada lagu Andainya Takdir ini. Lagu ini telah di cipta oleh Helen Yap dan lirik oleh Habsah Hassan memang sedap giler! Melodi yang disusun indah serta lirik lagu yang simple, tidak meleret-leret serta mendalam maksudnya benar-benar meruntun jiwa saya. First time saya dengar lagu ini terus saya pre order album beliau di Lazada Malaysia. Oh ye! Pihak Lazada Malaysia membuka pre order untuk album ini dimana istimewanya anda akan memiliki album berserta tandatangan oleh Anuar Zain sendiri tau. Bagi peminat keras mati penyanyi ini bolehlah terus ke klik link laman web Lazada Malaysia untuk pre order sekarang.

Sementara itu saya sertakan lirik lagu Andainya Takdir di sini. Enjoy!

Anuar Zain - Andainya Takdir

Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu⁠⁠⁠⁠


Tak puas hanya lirik? Saya sertakan link Official MV Andainya Takdir by Anuar Zain 

Amaran! Sediakan tisu sebab MV ini pasti membuat anda menangis! Enjoy!



0 Comments