Segmen Makan Di Mana? NASI KUKUS LEJEN UPTOWN DAMANSARA

10:49 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

Salam REEFISM. Agaknya dah lama juga saya tak explore kedai-kedai makan ni. Pasti banyak kedai-kedai baru bukak macam cendawan tumbuh selepas hujan. Gitewww....... Dulu boleh dikatakan setiap hari mesti cari kedai atau cafe baru nak cuba. Macam dah jadi inspektor makanan pulak. Hahahaha... Tapi sejak ekonomi kita yang tak berapa nak best ni so saya banyak masak sendiri dan makan di rumah sahaja. Once a while kalau rasa malas masak baru makan kat luar. Kadang-kadang buntu tak tau masak apa. Cuba tanya ibu-ibu di rumah tu...betul tak korang mesti ada satu ketika blank tak tahu nak masak apa kan?kan?

Jadi bila dah malas ni mulalah godek-godek facebook cari kedai-kedai makan yang baru dan best. Dalam dok scroll handphone tetiba ternampak ada orang dok share satu kedai makan ni. Saya pun dok belek-belek and tengok gambar-gambar kedai baru ni. Macam menarik. Tak salah mencuba kan. Kalau tak sedap tak yah datang lagi.

Jadi lepas abis keja apa lagi terus vrooomm dengan member pi kedai tu. Actually saya dah studi awal lokasi kedai ni jadi taklah sesat nak mencari.

Nama kedai pun dah gempak. NASI KUKUS LEJEN. Apa yang hebat sangat sampai mampu nak carry title LEJEN tu? Jadi kita terjah.






details semua ada di gambar ini


Kedai ni baru je beroperasi dalam 2 minggu saat kami datang. Lokasi kedai ni adalah di UPTOWN Damansara. Kalau korang tahu Bank Rakyat senang sebab kedai ni kat sebelah Bank Rakyat je. Tak tahu jugak? Sebaris dengan Restoran The Ship dan berdekatan dengan Kedai Hayaki. Tak tahu jugak? Malas nak layan.....hahahahaha...

3, Ground Floor, Jalan SS21/56B, Damansara Utama, 47000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Kami tiba masa tu dah senja and tak ramai orang pun. Kedai ni actually full house tau kalau lunch time (based pada gambar2 kat facebook yang saya lihat). Sampai beratur panjang. Hebat!

Kedai ini beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 9 malam. Ye, setiap hari tau. Isnin sampai Ahad.

Istimewa kedai ni ialah menu dia cuma ada NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH DAN NASI KUKUS AYAM GORENG KUNYIT. Kalau hari Jumaat istimewa sikit sebab ada menu tambahan iaitu pilihan lauk ikan keli atau ikan tongkol atau puyuh.

Konsep kedai ni ialah self service. Maksudnya korang order makan, amik makanan yang diorder dan bayar semua di kaunter. Senang kan! Takyah pening-pening tunggu waiter tak sampai ke atau makanan diorder lambat sampai ke. Kurang sikit dosa maki kan...hahahahaha

Sila ikut step seperti pada sign yang disediakan. Oh ye..air kosong free pun ada!


Saya order Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit manakala kawan saya order Nasi Kukus dengan Ikan Keli. Sementara minuman pula saya order Coconut Shake. Pihak kedai claim kata coconut shake diorg best in town so kenalah cuba betul bak dikatakah.....

Bila kami makan je, one word came out from my mind. PADU BEB!!!! Sedap bangat! At first i thought it was Nasi Kak Wok (Kelantan cuisine) but i was totally wrong. Nasi dia served panas-panas, pastu ayam goreng kunyit dia pun panas-panas, sambal dia pedas tapi menyelerakan. Saya biasanya jarang abiskan makanan tapi kali ni licin saya makan tau! Sumpah tak tipu! Alif Lam Lam Ha!

Nasi Kukus Ikan Keli

Taraaaa...Nasi Kukus Ayam Goreng Kunyit


Coconut Shake dia? Yarabbiiiii...Sedap giler. Seperti sedang menikmati coconut shake di Melaka yang popular tu. Memang selayaknya diorang claim 'Best Coconut Shake in Town'.

coconut shake dia memang padu beb!


Yang saya nak bagi extra kredit hospitality oleh owner kedai ni. Friendly abis. Sempatlah bersembang sambil korek-korek sejarah kewujudan kedai ni. Hahahaha...

jom berhastag!


Saya taknak up lebih-lebih sebab nanti korang kata saya ni buat paid review la, owner kedai belanja makan free la. Jadi korang kena cuba dan alami sendiri. Yang pasti selera orang berbeza-beza kan? Tekak dan kerongkong obviously berbeza. Tapi kalau Ally Iskandar Betto Khushari boleh datang makan kat sini jadi korang nilaikan sendiri ye impak NASI KUKUS LEJEN ni.

tak tau makan apa? tengok je sini

ebesar besar menu dia! Jelas! Harga dia murah giler!!

Korang boleh layari Facebook Nasi Kukus Lejen atau Instagram Nasi Kukus Lejen untuk info lanjut.

Ok guys....till then...daaaaa.....

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NASIKUKUSLEJEN #JZCOCONUTZSHAKE #JZADDICTS

Nasi Kukus Lejen Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.