PELANCARAN RASMI HARUMAN LELAKI "THE ANCHOR NO. 9" OLEH AMINHAYAT RAHIM

11:15 pm Shariffudin Azhar Omar 1 Comments

Salam REEFISM.

Siapa yang tidak mengenali tuan empunya nama Aminhayat Abd Rahim. Anak ke-3 dari lima beradik ini merupakan seorang figura yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran tanahair. Beliau sentiasa menyampaikan berita di siaran Berita TV9 setiap jam 8 malam. Cara penyampaian yang dinamik dan berkarisma membuatkan slot berita selama setengah jam itu tidak pernah bosan ditonton. Kini beliau mengorak langkah sebagai usahawan dengan terhasilnya produk minyak wangi yang diberi nama "The Anchor No. 9".






Aminhayat adalah penyampai berita pertama di Malaysia yang menghasilkan jenama wangian

Pada 12 Oktober 2016 saya telah diberi kesempatan untuk sama-sama memeriahkan acara pelancaran rasmi wangian eau de perfum keluaran beliau. Kehadiran saya pada majlis bersejarah ini adalah bersempena kemenangan saya menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Aminhayat. Terima kasih diatas di atas peluang yang diberi. Once in a lifetime experience!


Yeay! Saya menang!

Acara gemilang ini telah diadakan di RUANG Shah Alam. Sememangnya saya sudah lama kepingin untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di event space yang agak terkenal ini dan akhirnya impian saya tercapai. Terima kasih sekali lagi bro Aminhayat!

RUANG Shah Alam

Gimme some space please!!

Selain majlis pelancaran haruman "The Anchor No. 9", majlis turut diserikan dengan pelancaran koleksi baju perkahwinan The Princess dan Mens 3.0 rekaan Suffian Tugiman serta pakaian lelaki Takhta oleh Eiji Isma.

Majlis sepatutnya bermula pukul 9.00 malam namun pada pukul 9.30 malam baru acara dapat dijalankan. Penat juga menunggu memandangkan saya telah hadir di situ sejak pukul 7.15pm. Jadi penantian itu satu penyiksaan. Semoga lain kali pihak tetamu lebih peka akan ketepatan masa. TIME IS GOLDEN!


bersama The Anchor, Aminhayat

rakan saya juga tidak mahu melepaskan peluang bergambar

bersama orang kuat Viper Bekam

saya la The Angkutan

kalau dah cantik pakai apa pun cantik!

sebelum acara bermula

best friends saudara Aminhayat yang hadir memberi sokongan

Fahmi Esmail pun ada

Sharafuddin pun sharafuddin la....janji ada seat!

Eiji Isma sedang di temu dan ramah

Aril Pilus sebagai emcee. Good job bro!

koleksi Mens 3.0 x Takhta

koleksi The Princess

ayunya Amyra Rosli. Seri bakal pengantinkah?hik3

The Muse and The Designer

sat sat! tak ready lagi.....

Julia Ziegler dan Eykafarhana

wajah happy selepas majlis

apa yang seronok sangat tu Amar Baharin?
Berbalik kepada cerita wangian terbaru dari saudara Aminhayat ini. Apa istimewa "The Anchor No. 9" ini? Wangian ini direka khas untuk jejaka yang ingin tampil lebih yakin, segak dan berketrampilan. Ia dihasilkan dari bahan terbaik, aroma sitrus dan kayu yang menjadi citarasa maskulin masakini.

ramuan yang terdapat di dalam botol ini
Pemegang ijazah dalam jurusan Sains, Sains Komputer dan Teknologi Informasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru ini amat menyukai wangian eau de perfum dan sering menggunakannya dimana-mana sahaja. Bertitik tolak dari situ maka tercetuslah idea untuk menghasilkan wangian yang digunakan untuk apa sahaja bersesuaian dengan karektor beliau yang versatil. Untuk pengetahuan anda, Aminhayat juga adalah seorang jurukamera, pengarang visual, membuat alih suara (voice over), pengacara, model dan banyak lagi. Hebat dan kagum!

jangan tanya lebih-lebih boleh tak Aril?

secara rasminya The Anchor No. 9 dilancarkan


Secara tidak langsung penghasilan wangian ini adalah sebagai tanda terima kasih beliau kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia penyiaran. So sweet kan?

Kenapa nama "The Anchor No.9" dipilih sebagai jenama produk pertama beliau? Sebenarnya ia memberi makna tersendiri dan kenangan buat Aminhayat yang telah menjadi Penyampai Berita TV9. Bagi beliau nombor 9 adalah nombor bertuahnya kerana beliau telah berkhidmat di stesen televisyen Media Prima tersebut lebih 9 tahun. Selain itu, tarikh lahir beliau adalah 7 Nov dan jika digabungkan angka tersebut ianya membentuk angka 9. Menarik bukan?

tema sangat

Saya telah pun mencuba haruman ini dan secara peribadi saya menyukai dan bakal menjadi personal favourite perfume saya. Aroma yang segar bagi saya mampu menerbitkan sisi lelaki pada si pemakai. Sesuai dengan tagline produknya iaitu Strong. Bold. Humble. Sesetengah haruman lelaki yang berada di pasaran baunya agak menyakitkan hidung namun "The Anchor No. 9" berjaya menghasilkan haruman yang 'mesra hidung'. Good Job Amin!


majlis berakhir dengan sukses. Tahniah!


The Anchor No. 9 hanya terdapat dalam saiz 65ml EDP dan harga pastinya mampu milik iaitu hanya RM88 sebotol. Murahkan? Trust me! Dengan kualiti pada botol dan pembungkusannya serta haruman yang setanding wangian antarabangsa pastinya berbaloi memilikinya. Saya telah mencubanya sendiri dan yakin akan kualitinya.

serius wangi giler!


Ianya akan mula dijual bermula 10 Oktober 2016 di seluruh Malaysia termasuk Brunei. Antara tempat yang menjual The Anchor No. 9 ialah:

Malaysia

  1. Semua cawangan Hannan MediSpa
  2. Clique Clinic (Petaling Jaya)
  3. Viper Bekam (Empire Damansara, Selangor)
  4. Suffian Tugiman Creation Boutique (Seri Kembangan)
  5. Hairkunst (The Curve, Mutiara Damansara)
  6. Ruby Soho Barber Shop (Kuantan, Pahang)
Brunei
  1. G.Klam Atelier KB
Sebarang pertanyaan atau informasi bolehlah layari:
  1. Facebook Rasmi The Anchor No.9
  2. Instagram Rasmi The Anchor No. 9
  3. Instagram Rasmi Aminhayat Abd Rahim

Slogan yang membawa tuah kepada saya memenangi tiket VIP ke majlis pelancaran "The Anchor No. 9" ialah:

Saya Strong.Bold.Humble kerana saya percaya bahawa elemen kualiti ini mampu mengekalkan momentum diri saya untuk terus memacu kejayaan yang optimum. Kacinggggg!!!!!!

Till the guys....daaaaaa.......







P/S: terbuka kepada stokis, agent dan dropship yang berminat untuk menjadi sebahagian team The Anchor No. 9.

1 comment:

  1. saya dah bau perfume ni. sangat wangi dan harga sangat mampu milik. Tahniah Aminhayat!

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.