Segmen Makan Di Mana? Restoran Kukus Stim Habis! TTDI

10:41 pm Shariffudin Azhar Omar 1 Comments

Salam REEFISM. Hi Oktober! Diam tak diam tinggal lagi beberapa bulan sebelum tahun 2016 melangkah pergi. Pantas masa berlalu kan? Jadi adakah azam anda tahun ini sudah tertunai atau masih tertangguh? Setelkan segera ya!

Anyway saya nak cerita mengenai kunjungan saya ke satu restoran yang baru sahaja beroperasi di area TTDI Kuala Lumpur. Kira barulah juga sebab baru 4 bulan! Actually saya dan rakan kerap berada di area ini dan terperasanlah juga kedai ni cuma masa tu belum berkesempatan nak singgah. Recently saya ada terlihat di IG milik Tengku Azura si supermodel tu ada post tentang kedai ni. Jadi teringin lah nak cuba apa yang istimewa kedai ni sehingga rupanya ramai juga selebriti datang makan di sini.

Signboard restoran


Restoran Kukus Stim Habis! di beri nama. Wah! Nama dia menggetar jiwa raga. Tapi kenapa sampai sebegitu rupa nama kedai diberi? Ayuh, kita terjah!

Abis je kerja pukul 5 petang, saya dan rakan terus berdesop pergi ke Restoran Kukus Stim Habis! ni. Kat area TTDI ni problem dia parkir sebab selalu penuh. Kalau dapat parkir kosong tu memang bertuah badan. Nak cari kedai ni tak susah pun. Alamatnya:

26, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Melangkah masuk ke restoran ni seperti berada di zaman dolu-dolu. Sebab apa? Deko restoran ini tak ubah seperti kedai kopitiam lama. Dengan hiasan dinding berupa piring hitam album lama serta gambar lukisan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj benar-benar menggamit nostalgia. Saya percaya tuan empunya restoran ini adalah peminat tegar lagu-lagu klasik nasional.

Welcome!


Dibuka setiap hari seawal 9 pagi hingga 10 malam pada hari biasa manakala hari Jumaat hingga Ahad (weekend) di buka seawal 7 pagi hinggal 10 malam. Konsep restoran ni senang! Counter Service. Anda order, bayar dan amik makanan anda di kaunter. Senang. Takyah berwaiter bagai!

makanan kat sini dah best so takyah bawak makanan dari rumah!

Satu Malaysia sangat!

kaunter order dan bayar

pilihan menu


Actually signature dish restoran ini adalah Nasi Lemak Kukus Basmathi, Nasi Kukus Berlauk, Nasi Kerabu Tulen dan Nyonya Curry Laksa tapi memandangkan saya tak nak makan nasi jadi saya telah memesan Kohn Noh Beef Noodle dan rakan saya memesan Nyonya Curry Laksa. Bagi menu Nasi Lemak Kukus dan Nasi Kukus Berlauk pula dia ada jenis serving sizes pulak. Boleh rujuk pada gambar.

Food can unite us all Malaysian!

klasik

lagi

pilihan menu

pilih nak saiz besar mana


Selain dari menu di atas, mereka juga ada menyediakan Nasi Dagang Ganu (untuk breakfast sahaja), Nasi Minyak Behwah (hanya pada hari Jumaat) dan juga seleksi roti. Bagi minuman pula ada pelbagai pilihan seperti Milo Raksasa dan kopi. ABC dan cendol juga ada! Kiranya banyak juga pilihan yang ada di sini. Lain orang lain selera kan!

menu minuman dan dessert


Secara peribadi saya suka restoran ini. Suasana kedai yang relaks, seleksi menu yang tak banyak sangat sebab banyak-banyak pun susah juga nak buat pilihan kan. Yang paling penting makanan yang dipesan cepat sampai! Jadi bagi mereka yang betul-betul lapar datang makan sini tak perlulah nak menunggu lama makanan anda!

bau nasi lemak dia...Perghhh!!!

cara nak order nasi campur

Saya diberi peluang mencuba Nasi Lemak Kukus Basmathi bersama Sambal Adek. Rasanya? Memang terbaik!!! Nasi Lemak yang dikukus menghasilkan nasi yang peroi (sebiji sebiji), cukup santan, harum bau pandannya. Perghhh...memang enak sangat. For your information, restoran ini ada 4 jenis pilihan sambal iaitu Sambal Adek, Sambal Tebaboh, Sambal Mambang dan Sambal La Forfo. Details tentang sambal-sambal ini ada pada gambar di bawah ye.

jenis-jenis sambal

inilah Kohn Noh Beef Noodle

Nasi Lemak Kukus dengan Sambal Adek (bukan adek adek ye)

Nyonya Curry Laksa


Cuma Kohn Noh Beef Noodle yang saya makan kurang kena dengan selera saya. Mungkin kerana mee wantannya agak oily serta dimakan dengan sambal. Jadi saya cepat muak. Mungkin jika dimakan dengan sup kosong seperti Mee Kolok lebih sesuai untuk kurangkan rasa minyak pada mee wantan itu. Nyonya Curry Laksa tu terbaik cuma pedas sikit. Jadi sesiapa yang tak tahan pedas tu maaf ye!

Satu keunikan restoran ini ialah semua makanan di hidangkan menggunakan pinggan steel. Jadi dengan deko yang ala-ala kopitiam Cina, cara hidangan seperti hidangan kaum India serta menu Melayu boleh saya katakan bahawa kedai ini membawakan konsep Satu Malaysia! Kreatif!

Jadi kalau anda yang mencari-cari tempat makan baru bolehlah mencuba di Restoran Kukus Stim Habis! ini. Saya pasti kembali sebab nak rasa nasi lemak kukus dia yang memang menusuk kalbu. Anda boleh layari Facebook Restoran Kukus Stim Habis! dan juga Instagram Restoran Kukus Stim Habis! untuk info lanjut! Selamat mencuba! Stim Habis der........

Oklah. Till then guys...daaaa....

P/S: Thanks to En Imran yang bagi saya rasa Nasi Lemak Kukus tu. Staff restoran ini friendly habis!

Kukus Stim Habis! Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STIMHABISDER



1 comment:

  1. bolehlah nak cuba makan kat sini. tengok gambar anda post sangat menyelerakan!

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.