BOLLYWOOD DAN ISU SEMASA DALAM TEATER MAK CUN D'WALEI

2:07 am Shariffudin Azhar Omar 2 Comments


Salam REEFISM! Pada 11 November 2016 (JUMAAT), saya berkesempatan menyaksikan pementasan teater muzikal Mak Cun D'walei di Istana Budaya. Teater yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd dan TV3 dengan kerjasama Istana Budaya ini sebenarnya telah berlangsung dari 4-13 NOVEMBER 2016.










Kenapa D’walei? Menurut pencetus idea, pembawa watak utama yang turut bertindak sebagai pengarah teater, Eirma Fatima, D’walei bermaksud berjiwa besar, sesuai dengan sifat Mak Cun yang sentiasa positif dalam usahanya membawa jenama produk kampung ke arena global.

Menariknya, teater muzikal Mak Cun D'walei kali ini membawa anda menyusuri kegigihan dan kepayahan Mak Cun dalam menjalankan perniagaan roti phrata di bazar-bazar sekitar Kodiang, Kedah bersama penduduk kampung yang lain. Gagal dalam menjana keuntungan menyebabkan beliau sanggup 'terbang' ke India untuk mendapatkan stok rempah ratus terbaik bagi meneruskan legasi bisnesnya.









Teater muzikal berdurasi hampir 3 jam ini ternyata berjaya memukau penonton yang hadir. Seluruh panggung gamat dengan hilai tawa melihat aksi para pelakon serta tarian yang mempesonakan. Eirma Fatima juga bijak menyusik penonton dengan menyelit beberapa isu semasa negara seperti isu kenaikan harga minyak, kesedaran masyarakat tentang mengundi, trend artis berniaga sekarang dan juga isu industri perusahaan kecil dan sederhana dalam versi teater Mak Cun kali ini.

Menyuntik elemen Bollywood yang semestinya dekat dengan masyarakat Malaysia telah berjaya menghiburkan penonton yang hadir. Dari awal pembukaan pentas penonton dihidangkan dengan kelincahan tarian dan seleksi lagu-lagu popular seperti Janam Janam dan Kuch Kuch Hota Hai. Berwarna-warni!














Selain Eirma Fatima yang mendukung watak utama sebagai Mak Cun, teater ini juga dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato' Rahim Razali (Pak Akob), Umie Aida (Manisah), Balkiysh Semundur Khan (Atul), Abam Bocey, Ahdan Salleh, Fatiya Latiff dan ramai lagi. Juga tidak ketinggalan penampilan istimewa Amy Search. Ternyata lagenda rock negara ini berbakat besar dalam lakonan teater.






Ingin menambahkan feel sebenar Bollywood, teater Mak Cun D'walei sanggup membawa model kacak yang didatangkan khas dari Pakistan, Saim Ali. 

Secara peribadi teater ini benar-benar menghiburkan dan sarat dengan pengajaran. Saya cukup teruja dengan props yang digunakan kerana ia berjaya menghidupkan scene suasana kampung di Kodiang dan juga di India. Eirma Fatima dan Umie Aida juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat menari tarian Bollywood dalam teater ini. Saya juga ingin memberikan kredit kepada Abam Bocey kerana insiden kadang-kadang terlupa skrip berjaya ditangani dengan aksi spontan beliau. Tahniah kepada seluruh tenaga produksi kerana mengangkat naskhah ini dengan cemerlang. Syabas bete...syabas!!











Selain itu, terdapat pelbagai gerai jualan diadakan di perkarangan lobi Istana Budaya antaranya produk bedak sejuk dari Eirma Fatima sendiri, produk detox dari Umie Aida, produk kopi dari Amy Search, koleksi tudung dari Fatiya Latiff dan banyak lagi.



P/S: Drama Mak Cun 3 bakal bersiaran pada April 2017 di TV3.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY

2 comments:

  1. Antara pementasan teater terbaik tahun ini...penuh dgn pengajaran, memberi kesedaran dan yg pasti memberi hiburan di waktu yg sama...syabasss...

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.