DATO' SITI NURHALIZA MENANG BESAR DALAM ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-22 (AIM 22)

10:45 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments





Tiada siapa mampu menyangkal kehebatan beliau. Penyanyi No.1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza telah berjaya menggondol 5 anugerah di Malam Anugerah Industri Muzik ke-22. Beliau telah membawa pulang trofi bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik (Mikraj Cinta), Album Terbaik (Dato' Siti Nurhaliza Unplugged), Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi, Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Menatap dalam Mimpi) dan Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia. 






Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 18 Disember 2016. Majlis anugerah yang mengiktiraf karya muzik Malaysia itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Sebelum majlis penyampaian trofi, telah berlangsung acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ dengan memperlihatkan barisan artis dan selebriti menyusuri karpet merah bersama busana masing-masing.

gambar dari Facebook Rasmi AIM





Bertemakan 'Kemuncak Segala-Galanya', AIM 22 memperlihatkan barisan artis popular membuat persembahan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, SonaOne, Yuna, Hazama, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng, Akim & The Majistret dan ramai lagi. Pelawak terkenal Harith Iskander dan Adibah Noor telah diberi tanggungjawab mengacara malam AIM 22 ini.

gambar dari Facebook Rasmi AIM

gambar dari Facebook Rasmi AIM

Pada tahun ini, Dato' Sheila Majid telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sri Wirama sebagai apresiasi kepada penglibatan beliau selama 31 tahun dalam dunia muzik dan Yuna telah diangkat sebagai Penerima Anugerah Kembara bertepatan dengan sumbangan besar beliau menempatkan diri ke persada antarabangsa. Tahniah!


SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 22 (AIM 22)

ARTIS BAHARU TERBAIK
1) Bella Nazari
2) De Fam
3) Lyia Meta
4) Projector Band
5) Syamel (Pemenang)

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
1) Akim Ahmad - Potret (Pemenang)
2) Faizal Tahir - Sejati
3) Hazama - Sampai Mati
4) Hazami - Cintai Dia
5) Lah Ahmad - Syukur

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
1) Dato' Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi (Pemenang)
2) Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
3) Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
4) Najwa Mahiaddin - Guilty Room
5) Nona - Takkan Biarkan

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Back2Basixx - Senyuman
2) De Fam - #Super Girls (Pemenang)
3) Nowseeheart - Selawat Untukmu
4) The Mikraj - Qod Kafani
5) UNIC - Syamail Muhammadiah

PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Setia
2) Hunny Madu & Kayda - Go Hard Or Gostan
3) Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya (Pemenang)
4) Najwa Mahiaddin & Juny - After The Rain
5) Sonaone, Joe Flizzow & Akeem - Go Do That

KULIT ALBUM TERBAIK
1) Bahtera - Sekumpulan Orang Gila (Pereka: Ajim Juxta) (Pemenang)
2) Puisi Tepi Jalan - Fynn Jamal  (Pereka: Amrul Kareem)
3) Material - Yuna Zarai  (Pereka: Fahim Fazlishah)
4) Selamat Datang Ke Panggung Suara - Pitahati  (Pereka: Izat Arif & Fairiz)
5) Penuh Magika - Reena Nicky  (Pereka: Suresh Sammuggam & Nizam Harraz)

RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1) Yuna Zarai - Material  (Jururakam: Ahmad Huzai)
2) Froya - Panic Bird  (Jururakam: Lee Williams,Paul Morisson, Selgana, Drew Adams, Ivan Cheong) (Pemenang)
3) Gabriel Lynch - All of Us  (Jururakam: Paul Morisson, Sel Gana, Lee Williams)
4) Q Sound - Duel Citizenship  (Jururakam: Paul Morisson)
5) Dato' Siti Nurhaliza - Dato' Siti Nurhaliza Unplugged  (Jururakam: Sunil Kumar)

VIDEO MUZIK TERBAIK
1) Stacy – Not For Sale  (Pengarah: Casper) (Pemenang)
2) Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku  (Pengarah: Ghaz Abu Bakar)
3) Hazama – Sampai Mati  (Pengarah: Indra Putra Jamin)
4) Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me  (Pengarah: Joshua Chay & John Samuel Oommen)
5) Fynn Jamal – Suatu Pernah  (Pengarah: Sharifah Amani)

LAGU POP ETNIK TERBAIK
1) Ingga - Amir Jahari
2) Joget Sulam Sakti - Reena Nicky(Pemenang)
3) Kelik La Weii - Eddie Hamid
4) Mathbawi 1 Mawar - Usop Kopratasa & Rafi Suhu
5) Sepertinya - Fynn Jamal & AG Coco

LAGU NASYID TERBAIK
1) Suhaimi Saad – Cinta Sidna
2) Caliph Busker – Hanya NamaMu
3) Lah Ahmad – Maulaya
4) Dato' Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta (Pemenang)
5) Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

LAGU ROCK TERBAIK
1) Projek Pistol – Berani Mati
2) Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
3) Azlan & The Typewriter – Mata Hati (Pemenang)
4) Akim & The Majistret – Potret
5) Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

LAGU POP TERBAIK
1) Faizal Tahir – Assalamualaikum
2) Syamel – Hidup Dalam Mati
3) Dato' Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
4) Hazama – Sedetik Lara
5) Faizal Tahir – Sejati (Pemenang)

LAGU HIP HOP TERBAIK
1) SonaOne – Confirm Ah
2) SonaOne – Hakeleh
3) Altimet & Takahara Suiko – Janji (Pemenang)
4) Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
5) Salammusik – Terima Kasih

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1) Elvira Arul – Christmas in The Sun
2) SonaOne – Firefly (Pemenang)
3) Juwita Suwito – Just Like That
4) Daiyan Trisha – Stargazing
5) Vince Chong – Wonder

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
1) Elvira Arul – Christmas in The Sun
2) Dato' Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
3) Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi (Pemenang)
4) Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
5) Faizal Tahir – Assalamualaikum

ALBUM TERBAIK
1) Patriot - Akim & The Majistret
2) Dato' Siti Nurhaliza Unplugged - Dato' Siti Nurhaliza (Pemenang)
3) Nada - Mojo
4) Sepenuhnya Vol.1 - Estranged
5) Black – Black

ANUGERAH LAGU TERBAIK
1) Joget Sulam Sakti - Reena Nicky
2) Mikraj Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
3) Mata Hati - Azlan & The Typewriter
4) Sejati - Faizal Tahir (Pemenang)
5) Janji - Altimet & Takahara Suiko

ANUGERAH SRI WIRAMA AIM22
Dato' Sheila Majid

ANUGERAH KEMBARA AIM22
Yuna Zarai

5 ANUGERAH BARU AIM 22 (ANUGERAH TEKNIKAL AIM 22)

ANUGERAH JUALAN LAGU NADA DERING PEMANGGIL TERTINGGI
Elizabeth Tan & Faizal Tahir - Setia


ANUGERAH LAGU STRIM PALING TINGGI
Projector Band


ANUGERAH MUZIK VIDEO PALING POPULAR DI YOUTUBE
Projector Band


ANUGERAH JUALAN LAGU MUAT TURUN TERTINGGI
Akim & The Majistret



ANUGERAH PENYANYI PILIHAN MALAYSIA
Dato' Siti Nurhaliza








#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIM22

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.