#MyTravelokaEscapade: 5 MAJOR THINGS I WISH TO DO IN MELBOURNE WITH TRAVELOKA!

11:05 am Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Bestkan kalau dapat travel sambil menenangkan jiwa raga. Yelah! Setahun ada 365 hari. Takkan nak menghadap kerja sahaja! Boleh mental dibuatnya. Aku biasanya akan plan awal-awal kalau nak travel ke mana-mana. Cerita tentang travel ni, dalam banyak-banyak tempat di dunia yang aku pernah lawati, Melbourne adalah di antara bandar yang paling aku suka.

Aku dari dulu teringin sangat nak explore Melbourne lebih mendalam dan suka sangat dengan bandar ini. Dulu, tahun 2014 dah pernah jejak ke sana tapi 4 hari mana cukup! Melbourne tu besar tau! Tambahan pula masa aku disana dulu tak sempat nak explore banyak tempat. Terkejar-kejar masa. Perkara pertama yang aku suka sangat dengan bandar ini adalah cuacanya. Dingin. Lepas tu pula disekeliling aku tengok pemandangan nya disini tidak ubah seperti gambar lukisan kanvas. Mempesonakan! Time aku pergi dulu peralihan dari musim luruh (autumn) ke musim sejuk (winter) jadi suasana nya seperti berada dalam drama Autumn In My Heart. Hihihi....

Mari aku nak cerita sedikit tentang Melbourne ni dan kenapa aku jatuh cinta tahap dewa terhadapnya. Melbourne adalah ibu negeri dan bandar raya terbesar di wilayah Victoria, dan bandar raya kedua terbesar Australia (selepas Sydney), dengan penduduk seramai hampir 5 juta. Wow! #MyTravelokaEscapade

Melbourne city's motto, 'Vires acquirit eundo' specifically states we gather strength as we go, and to go, or more contextually relevant grow, we must do so sensibly and sustainably around a framework of core urban, rather than suburban, principles that drive growth into areas which maximise the usage of existing land based in suitable urban corridors.





Bentuk muka bumi, sejarah, dan arus kemodenan serta sosio budaya bandar ini berjaya mencuri perhatian ramai untuk terus meneroka hidden gems yang terdapat di sini.

Anda tahu tak yang Melbourne sudah 6 tahun berturut mendapat gelaran Most Liveable City in the World dalam satu kajian oleh majalah The Economist. Ia telah dinilai atas dasar sifat-sifat kebudayaan, iklim, kos sara hidup, dan keadaan sosial. Bukan calang-calang tau! Impressive!

Jadi mana mampu aku menolak peluang untuk berkelana untuk kali kedua di bumi Melbourne ini. Paling penting kalau Traveloka 'approve leave' aku, ada 5 perkara besar aku nak buat di Melbourne nanti. Antaranya:


  • Mount Buller
    • Biasanya Australia dikenali sebagai negara 4 musim yang tiada salji. Tapi tahukah anda ada satu kawasan di Melbourne yang mana buminya diliputi salji pada musim sejuk iaitu di Mount Buller. Mount Buller terletak berdekatan dengan pekan Mansfield dan juga Alpine National Park yang merupakan taman negara yang terbesar di wilayah Victoria. Jaraknya kira-kira 208 kilometer ke timur Melbourne di lereng Gunung Buller. Mount Buller popular di kalangan penggemar sukan salji di musim sejuk. Pastinya dapat bermain ski disini adalah pengalaman bermakna dalam hidup aku! Kalau boleh nak overnight dekat Mount Buller ini sebab aku ingin merasai suasana malam di sini. Guna sahaja Traveloka untuk dapatkan penginapan di sini. Senang!








  • Great Ocean Road
    • The Great Ocean Road adalah laluan sepanjang 243 kilometer di pantai tenggara Australia. Ia dibina diantara tahun 1919 hingga 1932 sebagai peringatan kepada anggota tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. Kini ia tersenarai sebagai Warisan Negara Australia. Aku teringin nak menikmati scenery yang memukau di sepanjang laluan ini seperti pelbagai bentuk batu kapur yang digelar Twelve Apostles. Lagi best kalau dapat naik helikopter selama 15 minit dan menangkap keindahan Twelve Apostles dan sekitar Port Campbell National Park dari awan biru! Priceless moment!





  • Puffing Billy Railway
    • Puffing Billy Railway merupakan kereta api stim @ wap yang terletak di Dandenongs, setengah jam dari Bandar Melbourne. Keretapi ini asalnya adalah salah satu daripada lima narrow gauge lines of the Victorian Railways yang dibuka sekitar awal abad ke-21. Kini ia merupakan antara kereta api wap dan attraction yang paling popular di dunia. Alangkah bestnya dapat duduk sambil melunjur kaki di tepi tingkap kereta api sambil melihat panorama bukit bukau serta perkampungan yang indah permai. Jangan lupa lambai tangan pada kanak-kanak bila kereta api melalui kawasan sekolah ye!



    • Street Art di Hosier Lane
      • Melbourne sangat terkenal sebagai one of the world’s great street art dimana pelbagai seni graffiti yang unik dan kreatif dapat dilihat dan salah satu hotspot untuk melihat hasil seni ini adalah di Hosier Lane. Terletak berdekatan dengan Federation Square, pastinya aku cukup teruja untuk mengambil banyak foto sambil menikmati hasil kreativiti anak muda tempatan. Kalaulah aku sekreatif mereka!




      • Brighton Beach
        • Brighton beach terkenal dengan bathing boxes yang pelbagai warna. Brighton beach adalah salah satu kawasan pantai yang popular di Melbourne. Terletak 1 km dari south-east of Melbourne's central business district, pastinya dapat berkelah mahupun berbasikal disini mampu menenangkan jiwa. Jangan lupa ambil gambar dengan bathing boxes banyak-banyak and upload dalam Instagram! Jangan lupa hastag #bathingboxes #brightonbeach sekali!



        Actually, there's a lot more yang Melbourne boleh offer kat aku cuma ini sahaja perkara utama yang aku nak buat dulu disana. Mana lah tahu kalau-kalau masa tengah berjalan-jalan ataupun tersembang pula dengan local people akan memberi aku lagi banyak idea untuk meneroka bumi Melbourne ini. Oh Melbourne! Kau tunggu aku datang! Semoga doa aku dimakbulkan. Amin.



        Tentang Traveloka – 

        Traveloka merupakan travel booking app untuk semua destinasi domestik mahupun antarabangsa. Ianya boleh diakses melalui desktop, mobile web dan juga aplikasi di dalam telefon bimbit (Android dan iOS) di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Telah bekerjasama dengan lebih daripada 70 syarikat penerbangan domestik dan juga antarabangsa, Traveloka memberikan anda akses kepada lebih 100,000 laluan penerbangan seluruh dunia.
        Bukan itu sahaja, Traveloka juga memberikan anda lebih 100,000 senarai pilihan penginapan yang sesuai untuk budget dan keperluan anda. Mudah kan? Anda juga boleh membuat pembayaran booking anda dengan melalui pelbagai jenis sistem pembayaran. Khidmat pelanggan 24 jam juga tersedia untuk para pelanggan Traveloka. Apa lagi anda tunggu? Tempah tiket penerbangan dan hotel anda di www.traveloka.com.my atau muat turun aplikasi Traveloka di telefon bimbit anda sekarang!





        #MYTravelokaEscapade #REEFISM #REEFISMTERRITORY

        0 comments:

        WOW

        AMAZING DEAL

        MY FAVOURITE BLOGS

        FOODIE

        View my food journey on Zomato!
        Powered by Blogger.