FRESHLY BAKED MATCHA CHEESE TART BY PABLO CHEESE TART MALAYSIA

1:30 am Shariffudin Azhar Omar 3 Comments


Siapa disini penggemar cheese tart angkat tangan! Wah! Ramainya. Mesti anda semua dah cuba bermacam jenis cheese tart dari pelbagai kedai bukan? Ok. Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu cheese tart yang memang gerenti sedap! Serious tak tipu sebab saya yang bukan die hard cheese tart pun boleh jatuh cinta dengan yang satu ini.

Cheese Tart yang saya maksudkan adalah daripada PABLO Cheese Tart. Jenama ini sebenarnya ia telah menguasai pasaran Jepun lebih dari 6 tahun. Yup! It's been more than 6 years! Hebat tak hebat penangan Pablo Cheese Tart ini di sana. Kini, anda tidak perlu terbang ke negara matahari terbit ini untuk menikmati keenakan cheese tart kerana anda boleh mendapatkannya di cawangan sulung Pablo Cheese Tart Malaysia yang terletak di One Utama Shopping Centre.







mesra melayan pelanggan




pelanggan beratur panjang


"Menurut Encik Warren Ng selaku Managing Director of Pablo Cheese Tart Malaysia, kejayaan rangkaian Pablo di Jepun sehingga mampu bertapak lebih 6 tahun di sana mendorong pihaknya untuk membawa masuk jenama ini ke Malaysia. Bayangkan pengalaman beliau sendiri ketika ingin membeli Pablo Cheese Tart di Osaka sehingga terpaksa beratur selama lebih 1 jam membuktikan kehebatan produk ini."

Saya berkesempatan untuk merasai sendiri produk terbaru dari pihak Pablo Cheese Tart Malaysia iaitu Freshly Baked Matcha Cheese Tart with Shiratama & Azuki. Apa istimewa Matcha Cheese Tart dari Pablo Cheese Tart Malaysia ini? Matcha Cheese Tart ini diperbuat daripada premium cheese bersama dengan Matcha berkualiti tinggi iaitu Uji Matcha, chewy shiratama mochi dan azuki bean paste. Saya suka sangat dengan Matcha Cheese Tart ini kerana rasanya just nice! Tidak terlampau cheesy malah tidak terlalu kuat rasa matcha nya. Ramuannya cukup sempurna. Bila makan cheese tart ini yang baru sahaja keluar dari oven memang enak sangat. Anda dapat rasa kerak tart berpadu dengan inti cheesenya. Jatuh cinta saya dengan rasanya. 

Matcha Cheese Tart with Shiratama & Azuki




Di Pablo Cheese Tart Malaysia, semua cheese tart adalah freshly baked daily. Jadi untuk mendapatkan nikmat yang optimum, anda disarankan untuk consume cheese tart ini within 2 hours after purchase it. Cheese Tart ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dan rasanya tetap enak untuk dinikmati.


both are my favourite!


Saya juga sempat mencuba Chocolate Cheese Tart dari Pablo. Terus terang saya katakan, Chocolate Cheese Tart sangat enak dengan rasa chocolate nya yang rich!

Chocolate Cheese Tart


Selain Matcha Cheese Tart, pihak Pablo Cheese Tart Malaysia juga menjual pelbagai produk lain seperti Original Cheese Tart, Pablo Mini Tart dan juga Premium Cheese Tart.

Pablo Cheese Tart Malaysia turut menjual pelbagai jenis biskut berasaskan cheese, Frute, soft serve ice cream dan minuman panas dan sejuk. Anda kena cuba Matcha soft serve ice cream di sini sebab it's creamy and full with matcha taste! Siapa yang pernah makan soft ice cream di Jepun mesti jatuh cinta dengan Matcha Soft Serve ice cream ini. Trust me!

Matcha soft serve ice cream

PABLO Choco Crunch- Cheese Tart Flavour

Sabrel Cheese- Matcha

pelbagai pilihan Sabrel Cheese

Special Chocolate Frute

Matcha with Shiratama Frute

Bermula dari 11 Januari 2017 sehingga 28 Februari 2017, bagi setiap pembelian satu Matcha Cheese Tart anda akan mendapat free satu mini Matcha Cheese Soft Serve ice cream.







Jadi, anda bolehlah menjengah kedai cheese tart ini dan merasai sendiri keenakanya di:

Tingkat 2 (Old Wing), One Utama Shopping Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya (bersebelahan dengan WonderMama).



Pablo Cheesetart Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato


#PABLOMY #PABLOMYMATCHA #PABLOCHEESETARTMALAYSIA #REEFISM #REEFISMTERRITORY

3 comments:

  1. Mengoda sungguh pablo cheese tart ni ye...mujur dekat je One Utama...boleh grab soon tq review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously sedap! Saya dah cuba dan memang kena dengan selera saya! kena cuba tau!!

      Delete
  2. Enhance Brain Function and Makes You Smarter. A Cup of Organic Tea accomplishes something beyond keep you conscious, it can likewise make you smarter.matcha wholesale

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.