THE BEST PAPAYA MILKSHAKE IN MALAYSIA

9:32 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Welcome 2017! Semoga tahun ini akan memberi tuah dan rahmat kepada kita semua. Pastinya azam tahun baru sudah disusun rapi kan? Apa? tiada azam? Come on! At least mesti ada satu kan! Impian nak kahwin ke, nak kuruskan badan ke! Itupun azam juga. Antara azam saya tahun 2017 ini nak mengamalkan pemakanan sihat. Kalau boleh saya nak lebihkan sayuran, buah-buahan dalam diet saya. Asyik disogokkan dengan nasi lemak, ayam goreng, burger saja perut ini. No, no, no! This time kena balance!






Bercakap dengan makanan sihat ni, anda semua pasti tahu akan kebaikan buah betik kan? Ala, bahasa kingcoco nya, papaya (acah-acah mix). Hahahaha. Mari saya senaraikan antara kebaikan buah betik pada tubuh badan kita.


1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

4) Mengubati sakit-sakit otot 
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6) Mengubati tumit pecah-pecah 
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah.

7) Dijadikan Ulam-ulaman
Betik terutama pucuknya yang muda sering di rebus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

8) Sesuai untuk merawat Hemorrhoid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemorrhoid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9) Kaya dengan vitamin C
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, thiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Pernah tak anda mencuba buah betik dijadikan milkshake? Kalau strawberry ke, vanilla, chocolate pernah lah saya dengar. Ini nak cerita.

Baru-baru ini saya telah menemui sebuah kafe yang menjual Papaya Milkshake di Berjaya Times Square, KL. Kebetulan lalu di situ, saya tengok ramai orang di kafe ini. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan memeriahkan majlis. Hihihi.

Nama kafe ini adalah Kafe City Milk No.1. Saya diberitahu bahawa kafe ini adalah kafe yang pertama di Malaysia namun ianya sangat terkenal di Taiwan sejak 1998.

Alamat Kafe City Milk No.1: LG-18A-2, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Bila tengok menunya, tak tahu nak order apa. Semuanya menarik. Staff di sini menyarankan saya mencuba Papaya Milkshake kerana Papaya milkshake yang dijual di kafe City Milk No.1 ini adalah the best papaya milkshake ever. Ok. Saya cuba!





yang bertanda 'like' kena cuba tau!
Nak tahu bagaimana rasanya? Sedap giler! Saya sejujurnya bukanlah penggemar papaya. Namun bila saya minum papaya milkshake dari kafe City Milk No.1 ini terus jatuh cinta. Boleh saya katakan rasanya just nice. Tidak terlalu creamy, milky malah rasa betiknya pun tidak terlalu kuat. Well blend la senang kata. Pandai sungguh kafe ini buat milkshake. Untuk pengetahuan semua, Papaya Milkshake ini adalah signature menu kafe City Milk No.1. Patutlah mereka sangat yakin untuk rekemen pada pelanggan. Saya diberitahu juga buah betik yang mereka gunakan bukan jenis yang dijual longgok di pasar malam tau tetapi buah betik yang berkualiti tinggi.






betapa nikmatnya papaya milkshake City Milk ini

Kalau dah sedap mestilah nak cuba yang lain pula. Jadi saya terus order Special Kiwi Toto Yogurt pula. Sebenarnya saya tak suka minum yogurt tapi staff disini dengan yakinnya menyatakan kalau saya cuba pasti tidak menyesal. Saya pun cubalah. 

Ok. Ini memang betul. Sumpah tak tipu! SEDAAAAPPPPP WEI!
Langsung tak rasa yogurt nya sebab dah bercampur dengan kiwi. Hebat kafe City Milk No.1 blend buah-buahan menjadi minuman yang sedap!









Jadi kepada anda yang nak mencuba, sila datang ke Berjaya Times Square sebab buat masa ini, inilah satu-satunya kafe City Mik No.1 yang ada di Malaysia. Insha Allah, mereka akan membuka beberapa cawangan lagi di sekitar lembah Klang soon.

Selamat mencuba! Minuman sihat tetap lazat!

City Milk Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CITYMILKMALAYSIA


0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.