#DISCOVERSELANGOR PHOTO HUNT 2016 – SELANGOR STUNNING SIGHTS LURES ALL PHOTO ‘HUNTERS’


Saya sangat teruja apabila rakan blogger saya iaitu cik Pora mengajak saya untuk sama-sama menyertai satu acara Photo Hunt baru-baru ini. Masakan tidak! Inilah masanya untuk saya mengenali dunia fotografi secara lebih intim. Minat terhadap bidang fotografi ini sudah lama cuma untuk belajar secara serius belum berkesempatan. Sekurangnya inilah masa untuk saya mempraktikkan segala mak jemah skills yang ada. Chewah!Bila diberitahu bahawa acara photo hunt ini adalah salah satu acara tahunan bagi Tourism Selangor, keterujaan saya makin terserlah. Sambil mengambil foto saya dapat menikmati tempat-tempat menarik yang berada di negeri Selangor Darul Ehsan ini. Bila lagi saya dapat menikmati ‘kembara percuma’ dan menyusuri keindahan dalam negara sendiri kan!

Acara yang diberi nama DISCOVER SELANGOR PHOTO HUNT 2016 ini adalah anjuran pihak Tourism Selangor dengan kerjasama PCP Publications bertujuan untuk mempromosikan the best of Selangor-from places to visit, good food and exciting activities.
Para peserta pada tahun ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Famili dan Photographer dimana kategori Famili menyaksikan penyertaan secara umum manakala kategori Photographer melibatkan kumpulan media seperti blogger. Pihak penganjur juga menyediakan kategori khas untuk Instagramers pada tahun ini dimana para peserta boleh memuat naik foto terbaik bersertakan hashtag #discoverselangor #tourismselangor #dsphotohunt #dsphotohunt2016 #huluselangor #selayang #gombak #mdhs #mps.





Tema bagi acara Photo Hunt kali memerlukan para peserta yang terdiri dari 2 hingga 4 orang dalam satu kumpulan memandu dari Selayang hingga ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor sambil capturing photographs that reflect the stunning sights and scenes sepanjang perjalanan. Dengan penyertaan lebih 80 buah kereta pada tahun ini, kami semua meneroka the beauty in nature and hidden treasures that Selangor has to offer.



Selesai sesi pendaftaran dan taklimat ringkas oleh pihak penganjur, kembara ini dimulakan pada pukul 9 pagi di Majlis Perbandaran Selayang dengan flag off oleh YB Puan Gan Pei Nei, Vice Chairman Standing Committee of Tourism, Green Technology, Consumer Affairs & Environment of Selangor.







Setiap kumpulan diberikan nombor sebagai pengenalan diri dan kumpulan saya yang terdiri daripada cik Pora Poobritney, Chong dan Own diberi TEAM 69. Kami telah diberikan route map and one set of questions bagi melengkapkan tugasan kami. Setiap soalan yang diberikan harus dijawab dalam bentuk foto pada waktu yang ditetapkan menggunakan sebarang jenis kamera. Disini lah konsep ‘it’s not about the camera but the photographer’ memainkan peranan.  Menarik dan mencabar minda kan? Kami tidak dibenarkan sama sekali meng-edit foto menggunakan sebarang software kecuali editing menggunakan in camera cropping or enhancement dibenarkan. Bagaimana nak mendapatkan foto persis Instagram mahupun VSCO? Tekanan disitu bermula. Hahaha!























Kami kena menjawab sebanyak 14 soalan dalam bentuk foto yang kreatif serta menepati soalan.  Antara soalan-soalan untuk tugasan kami adalah:


PASAR BORONG SELAYANG LAMA
1.       Kesegaran yang berwarna-warni




2.       Kesibukan ditempat kerja



TAMAN NEGERI SELANGOR, SUNGAI TUA
3.       Jenis aktiviti yang anda suka di sini (2 soalan)





WORLD OF PHALAENOPSIS, ULU YAM

4.       Warna Keanggunan


ANTARA ULU YAM KE KUALA KUBU BHARU
5.       Makan tengahari –rasa yang amat enak


KOLAM AIR PANAS HULU TAMU

6.       PERCIKAN YANG MENENANGKAN


7.       KEINDAHAN TAMAN DI CHOLO-CHOLO


PEKAN KUALA KUBU BHARU

8.       NOSTALGIA


9.       SENI DAN PERSEKITARAN


ALOR LEMPAH

10.   Keseronokan terapung


11.   Air yang mengalir


TAMAN MELLINIUM KUALA KUBU BHARU

12.   Warna pada langit


GAMBAR KUMPULAN

13.   Pilih salah satu gambar berkumpulan terbaik di mana-mana lokasi di atas.


Bermulalah eksplorasi kami berempat dengan pelbagai insiden berlaku untuk mendapatkan the best shots. Masuk ke dalam pasar, minta kerjasama orang awam untuk ambil foto, pakai kain batik ala-ala model calendar, terjun sungai dan macam-macam lagi adegan lucu kami buat semata-mata untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Siap kamera one of our member terjatuh pun ada. Nasib baik tak rosak. Kalau tak naya ja! Hihihihi.

Kami kena tiba di last checkpoint iaitu di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu sebelum pukul 2.30 petang. Ini bertujuan untuk memilih the best photos sebelum submit kepada pihak penganjur. Bayangkan ada lebih dari 900 foto berjaya dirakam oleh lensa kami dan kami kena membuat the best decision sebelum kaunter submission tutup pukul 4 petang. Semua foto harus menggunakan format JPEG untuk submission. Maka disini mata, hati dan minda kami berempat terus bekerja. Akhirnya tepat 3.30 petang kami berjaya memilih foto-foto terbaik pada kami dan terus submit pada organiser. Pergh. Lega rasa. Kalah menang belakang kira. Yang penting kami dah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi tepat pada masa.


Acara penyampaian hadiah di sempurnakan pada pukul 6.30 petang bersama dengan majlis pelancaran Tahun Melawat Hulu Selangor 2017. Hadiah yang ditawarkan juga hebat-hebat juga. Antara yang menjadi buruan peserta semestinya wang tunai RM2000 untuk hadiah utama. Team kami? Alhamdulilah! Team 69 berjaya membawa pulang wang tunai RM500 dan Cik Pora pula berjaya menggondol the Best Instagramer Photo Hunt dengan hadiah wang tunai RM100. Hebat cik Pora. Tak sia-sia menimba pengalaman travel di Ladakh! Ahaks!



Terus terang, pertandingan ini adalah satu platform yang ideal kepada warga Malaysia khususnya Malaysians untuk experience Selangor’s attractions and rediscover the beauty of nature captured through the lens. Infact, saya sendiri terkejut sebab rupa-rupanya Selangor ini banyak tempat-tempat percutian yang best. Dari nature, food, historical places semuanya memang memukau mata dan minda saya. Kalaulah saya tahu dari dulu lagi saya sudah explore kaw-kaw Selangor! Bayangkan Pekan Kuala Kubu Bharu yang ibarat pekan koboi sebenarnya sangat awesome bila diambil gambar. Malah terdapat banyak graffiti yang cantik-cantik di sekitar pekan ini.

Tahniah kepada Tourism Selangor dan PCP Publications diatas penganjuran acara DISCOVER SELANGOR PHOTO HUNT 2016. Terima kasih juga kepada para penaja seperti Nikon, Photobook Malaysia, Tropicana Twister serta Majlis Penbandaran Selayang dan Majlis Daerah Hulu Selangor kerana bersama-sama merealisasikan acara ini dengan jayanya. Tahun 2017 buat lagi ya! Saya nak masuk!

About Tourism Selangor
Tourism Selangor is a state government tourism arm with the mandate to increase the number of local and international tourists to Selangor by increasing the profile of the state. Various initiatives are undertaken to achieve this-local and international campaigns, events, tourism trade mission overseas, local roadshows and many more.


Jangan lupa VISIT HULU SELANGOR YEAR 2017 guys! Selamat bercuti! DISCOVER SELANGOR, HEART OF MALAYSIA







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #discoverselangor #tourismselangor #dsphotohunt #dsphotohunt2016 #huluselangor #selayang #gombak #mdhs #mps #malaysiatrulyasia #Dekatje

3 Comments

  1. Hahahahha! Terima kasih Reef and the rest jugak sebab gigih korbankan hujung minggu untuk join activity camni... Bila ingat balik memang kelakar sebab masing-masing newbies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...pengalaman best sangat! Thanks tau cik pora ajak kita!

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete