DYNAS MOKHTAR DAN IDRIS KHAN BERSAMA MENYOKONG THE KO FOUNDER'S DAY 2017- DIBAWAKAN KHAS OLEH DR. KO SKIN SPECIALIST

3:42 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Siapa yang tidak mengenali Dr. Ko yang cukup sinonim dengan kecantikan. Beliau yang memiliki beberapa cawangan Dr. Ko Skincare Specialist pastinya menjadi 'buruan' bagi mereka yang mendambakan rupa paras yang menawan dan sihat.
Niat murni Dr. Ko bukan sahaja memastikan kecantikan menjadi hak milik setiap insan malah beliau turut melahirkan pertubuhan khas bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati kehidupan. Hasilnya The KO Founder's Day kembali lagi untuk tahun yang kedua.

saya sempat bergambar sebelum acara bermula

Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Dr. Ko Skin Specialist akan menyambut KO FOUNDER’S DAY bersama golongan yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat. Dengan setiap transaksi di Klinik Dr. Ko, Dato' Dr. Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut di tawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato' Dr Ko Chung Beng selama ini.

Melissa Seow, Mrs Malaysia selaku emcee

Dato' Dr. Ko Chung Beng





“Hidup ini akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doctor adalah merawat pesakit dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia”, kata Dato' Dr. Ko Chung Beng.

Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri rawatan kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang berkemampuan yang telah dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Maka, Ko Founder’s Day diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun.

“Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai dalam membantu masyarakat tempatan”, jelas Dato Dr. Ko.

Beliau menyasarkan untuk menyumbang RM50 ribu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia (PIBAIK) pada tahun ini. Sebagai rekod, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27 ribu kepada Yayasan Beautiful Gate untuk golongan kurang upaya pada tahun lepas.

Dr. Ko Founder’s Day pada tahun ini mendapatkan tajaan daripada Make A Wish Creations, sebuah syarikat perancang majlis bersama dengan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Itali terletak di Bangsar Shopping Centre.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada dua syarikat ini. Pada masa akan datang, kami merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak badan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO)”, tambah Dato Dr. Ko.

Hadir sama pada majlis ini adalah Presiden PIBAIK sendiri iaitu Encik Amin Mohd. Ali Sidik dimana beliau amat menekankan kaedah untuk memerangi penyakit kanser di Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua selebriti terkenal tanahair, Dynas Mokhtar dan Idris Khan. Kedua-dua selebriti ini turut berkongsi pandangan berkenaan isu kesihatan serta peranan mereka sebagai public figure dalam memupuk kesedaran akan penyakit kanser yang semakin meningkat saban tahun.

En. Amin Mohd Ali Sidik selaku Presiden PIBAIK

sesi temubual bersama Dynas dan Idris



Sebagai informasi bersama, Dato Dr. Ko telah berada di United Kingdom selama 17 tahun untuk memperolehi kelayakan akademik dan bekerja sebagai seorang pakar dermatologi, Dato Dr. Ko kembali ke Malaysia pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Dermatologi di Hospital Seremban sehingga 1997. Sejak penubuhan Dr. Ko Skin Specialist pada tahun 1997 sehingga kini, terdapat lebih 30 cawangan di seluruh negara bersama produk penjagaan kulit sendiri serta dilengkapi dengan peralatan terapi laser terbaik di Asia.

Tahniah team Dr. Ko Skin Specialist atas usaha murni ini

Ayuh! Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia menjayakan misi ini. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, setiap transaksi yang anda lakukan di Klinik Dr. Ko Skin Specialist, sebanyak RM1 akan didermakan kepada PERSATUAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK SAKIT KANSER MALAYSIA (PIBAIK).

Sila layari www.foundersday.koskinspecialist.com untuk maklumat lanjut.








TRIVIA MENGENAI DR. KO SKIN SPECIALIST
Diasaskan pada tahun 1997 oleh Dato Dr. Ko Chung Beng, Dr. Ko Skin Specialist merupakan pusat dermatologi dan laser terbesar dan terkemuka di Asia. Klinik pakar ini menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan estetik termasuk dermatologi kosmetik, hair transplant, pembedahan plastic dan pusat pelangsingan. Dengan lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia dan pembukaan cawangan baru di China dan Indonesia, Dr. Ko Skin Specialist telah menarik professional perubatan dari seluruh pelusuk dunia. Mereka berkongsi komitmen bagi memperkasakan individu dengan menjadikan mereka muda dan cantik luar dan dalam. Dilengkapi dengan peralatan dan teknologi terkini, pasukan doktor-doktor di klinik ini adalah pakar dalam teknologi laser, inovasi estetik dan advance plastic surgery.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KOFOUNDERSDAY #KOSKINSPECIALIST #PIBAIK

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.