RAIKAN MAJLIS ANDA BERSAMA DE’LAMAN EVENT SPACE

9:32 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments


Seringkali isu yang sering timbul apabila ingin melangsungkan perkahwinan adalah mencari lokasi atau dewan mengadakan majlis tersebut. Jika lambat melakukan tempahan (ada yang sampai tempah setahun lebih awal) maka mulailah gelabah dan stress. In fact sekarang ini orang kahwin pun tak tunggu musim cuti sekolah. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada jemputan resepsi pengantin. Itu belum lagi dengan urusan lain seperti catering, wedding planner, kad jemputan, hantaran. Sukar juga apabila terpaksa melakukan semua urusan perkahwinan secara berasingan.





Berkenaan dengan lokasi mengadakan majlis bersejarah ini terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar adalah rumah tidak lagi relevan digunakan sebagai lokasi. Ini kerana faktor parkir yang susah terutamanya di taman perumahan. Dikhuatiri juga akan mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Itu belum lagi bagi mereka yang menginap di kawasan pangsapuri mahupun kondo.

Kini anda tidak perlu khuatir wahai bakal raja sehari! De’Laman Event Space adalah solusi kepada masalah anda. Baru sahaja dirasmikan pada 17 Februari 2017 oleh YDH Dato' Haji Emran Bin Haji Kadir iaitu Dato' Orang Kaya Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, ruang acara ini diwujudkan bagi mengatasi masalah keperluan masyarakat yang sukar mencari dewan atau ruang acara bagi meraikan hari bahagia.




Bangunan 3 tingkat berkeluasan 6500 kaki persegi yang dahulunya sebuah kilang lama telah diubah oleh pihak De Laman Event Space bagi menyediakan ruang acara yang sesuai dan selesa dengan majlis yang diadakan. Bukan itu sahaja. Dengan kapasiti yang mampu menampung ramai orang dengan pelbagai kemudahan seperti lif dalam bangunan, fully air-cond, surau, Bilik VIP, PA System pastinya De’Laman Event Space adalah pilihan yang ideal untuk bakal pengantin baru. Juga terdapat ruang parkir yang luas untuk para tetamu yang hadir. Jadi tiada isu kereta anda diblok oleh kereta lain, double parking mahupun isu mencari parkir selama 3 jam. Hahaha.















Selain menyediakan ruang acara, pihak De’Laman Event Space juga ada menyediakan pakej perkahwinan yang pastinya dengan kadar yang berpatutan bergantung kepada bajet anda. Nah! Anda dah boleh bersenang lenang sementara menanti hari bahagia kerana semua urusan dari A to Z akan dilakukan oleh pihak De’Laman Event Space. Bawak diri, keluarga dan tetamu sahaja pada hari resepsi anda. (Edaran kad kahwin tidak termasuk dalam pakej ya!)






Satu lagi keistimewaan jika anda menggunakan khidmat De’Laman Event Space adalah mereka turut berkolaborasi bersama Pro Media Broadcast Sdn Bhd menyediakan khidmat Live Feed Video dimana majlis anda akan di tayangkan secara LIVE di perkarangan luar dewan menggunakan Jimmy Jib Crane 32 Feet with Motorize System MCPHD- Live Feed Video HD dan skrin projector seperti yang biasa kita lihat di majlis anugerah di TV. Keren bangat!


Bagi anda yang ingin mengadakan apa-apa majlis seperti hari lahir ke, seminar/bengkel mahupun pelancaran produk juga boleh menggunakan khidmat De’Laman Event Space. Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat tempah sebelum terlambat! Jangan lupa jemput saya makan nasi minyak ya!

Lokasi De’Laman Event Space:

No 11, Jalan Riyal U3/37, I-PARC 3, BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

TELEFON:
012-9735425 (FITRY MUSTAFA)
012-3566858 (ARRIZAL PUTRA)



FACEBOOK RASMI DE'LAMAN:

INSTAGRAM RASMI DE'LAMAN

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DELAMAN #DELAMANEVENTSPACE #PROMEDIABROADCAST




1 comment:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.