TELEFON PINTAR XIAOMI REDMI 4A – REVIEW DAN HARGA


Telefon pintar atau smartphone bukanlah satu kehendak pada masa kini malah ia merupakan keperluan kepada setiap golongan masyarakat. Terdapat pelbagai jenis smartphone di pasaran sekarang bagi memudahkan pengguna membuat pilihan. Ada yang murah dan ada harganya sampai tidak logik dek akal. Setiap keluaran model smartphone ini pastinya mensasarkan kepada golongan tertentu bergantung kepada faktor penggunaan, gaya hidup dan juga kemampuan.





Salah satu syarikat gergasi yang rancak menghasilkan produk smartphone di dunia adalah Xiaomi. Saya tidak menafikan bahawa kemunculan Xiaomi dalam arena telefon pintar benar-benar memberi saingan hebat kepada syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar lain. Masakan tidak. Boleh dikatakan mereka sentiasa menghasilkan model-model smartphone baru dan yang amat mengagumkan saya adalah harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari yang lain. Spesifikasi setiap model yang dikeluarkan pula bukan calang-calang juga. Ini adalah satu strategi yang baik kepada pengguna kerana dengan harga mampu milik, mereka dapat menikmati kualiti premium seperti telefon pintar bertaraf flagship. Ini bertepatan dengan slogan pihak Xiaomi sendiri iaitu INNOVATION FOR EVERYONE.

Antara yang mencuri perhatian saya adalah kemunculan model Xiaomi Redmi 4A. Saya berkesempatan menghadiri pelancaran model ini yang dianjurkan bersama pihak Lazada Malaysia dan Involve Asia baru-baru ini. Saya berpeluang menjadi yang terawal mencuba dan ‘bermain’ dengan smartphone ini.

Xiaomi Redmi 4A ini dikuasakan dengan 1.4GHz Quad-Core Qualcomm Snapdragon 425 dengan RAM sebesar 2GB. Ia disertakan dengan storan sebesar 16GB dan boleh ditambah sehingga 128GB melalui microSD card.


Telefon pintar ini bersaiz 5 inci touchscreen display dengan classic hand feel bersama resolusi 720 pixels by 1280 pixels pada PPI 443 pixels per inch. Bagi saya sudah cukup untuk mendapatkan paparan HD yang cantik bagi tontoton video bagi sebuah smartphone. Ditambah pula dengan fungsi Reading Mode, Colour Temperature Adjustment dengan skrin nya fully laminated melengkapkan mutu pada skrin telefon pintar Xiaomi Redmi 4A ini.




Model ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 (Marshmallow) bersama dengan firmware terkini MIUI 8 dan dikuasakan dengan bateri tidak boleh tanggal sebesar 3120mAh. Percaya atau tidak bateri telefon ini boleh bertahan sehingga 7 hari dalam Standby Mode.




Bagi anda yang gemarkan aktiviti bergambar, telefon Xiaomi Redmi 4A ini didatangkan dengan kamera belakang sebesar 13 megapixel dengan 5-Element Lens, LED Flash, f/2.2 Aperture, Low Light Enhancement, HDR, Panorama, Burst Mode, Face Recognition, Real-time Filters serta menyokong rakaman video HD 1080p manakala kamera hadapan adalah sebesar 5 megapixel dengan f/2.2 Aperture. Saya sendiri telah mencuba kamera telefon ini dan ternyata hasilnya agak mengagumkan kerana biasanya hanya smartphone berspesifikasi tinggi sahaja yang memiliki kamera belakang sebesar 13 megapixel. Malah rakaman video menggunakan kamera belakang tidak mengecewakan. Kamera hadapan pula mempunyai fungsi Beautify (Smart and Pro) yang membolehkan anda mendapatkan kualiti gambar swafoto yang baik. Kulit jadi flawless tanpa mekap! Hahaha.








Istimewanya Xiaomi Redmi 4A ini juga adalah ia didatangkan dengan 4G Dual Sim Card Slot iaitu Micro dan Nano Sim. Jadi anda yang memiliki dua nombor talian tak perlulah nak usung dua telefon lagi! Malah apa yang menarik perhatian saya adalah telefon ini mampu mengakses dua akaun media sosial dalam satu telefon yang di gelar DUAL APPS. Anda boleh mengakses dua akaun Whatsapp, dua akaun Instagram dan dua akaun Facebook dalam masa yang sama. Tak perlu lagi nak login satu akaun dan logout akaun kedua anda. Ternyata ia memudahkan pengguna terutamanya mereka yang aktif dalam media sosial seperti Instafamous mahupun peniaga online.





Sebagai tambahan pihak Xiaomi turut menyediakan pelbagai themes yang menarik pada Redmi 4A ini supaya smartphone anda tidak nampak boring.




Didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Gold dan Red Rose (katanya warna dark grey juga akan dilancarkan), Xiaomi Redmi 4A ini hanya memiliki berat 131.5gm dan setebal 8.5mm. Nipis dan Ringan (Ultra-lightweight, slim and compact body)! Sesuai bagi ukuran poket seluar dan baju. Sesuai dengan mottonya “LIGHT GOES A LONG WAY”!



Harga? Anda pasti tidak akan percaya. Dengan penawaran spesifikasi telefon pintar sebegini selalunya harga mampu mencecah sehingga ribuan ringgit tapi Xiaomi Redmi 4A hanyalah semurah RM449. Yes! It's only RM 449! Jadi bagi anda diluar sana yang mencari-cari telefon baru atau bercadang menukar telefon tapi ingin berjimat dalam masa yang sama, inilah telefon yang sesuai untuk anda! Dapatkan Xiaomi Redmi 4A segera di lawan sesawang LAZADA MALAYSIA!

*Xiaomi juga menghasilkan pelbagai produk elektronik seperti power bank, Bluetooth speaker, jam tangan pintar, perkakasan rumah dan lain-lain lagi.






SPESIFIKASI XIAOMI REDMI 4A
Form factor
Touchscreen
Dimensions (mm)
139.50 x 70.40 x 8.50
Weight (g)
131.50
Battery capacity (mAh)
3120
Removable battery
No
Colours
Golden, Rose Gold
SAR value
NA
DISPLAY
Screen size (inches)
5.00
Touchscreen
Yes
Resolution
720x1280 pixels
Pixels per inch (PPI)
443
HARDWARE
Processor
1.4GHz quad-core
Processor make
Qualcomm Snapdragon 425
RAM
2GB
Internal storage
16GB
Expandable storage
Yes
Expandable storage type
microSD
Expandable storage up to (GB)
128
CAMERA
Rear camera
13-megapixel
Flash
Yes
Front camera
5-megapixel
SOFTWARE
Operating System
Android 6.0
Skin
MIUI 8
CONNECTIVITY
Wi-Fi
Yes
Wi-Fi standards supported
802.11 a/b/g/n
GPS
Yes
Bluetooth
Yes, v 4.10
NFC
No
Infrared
No
USB OTG
No
Headphones
3.5mm
FM
No
Number of SIMs
2
SIM 1
SIM Type
Micro-SIM
GSM/CDMA
GSM
3G
Yes
4G/ LTE
Yes
Supports 4G in India (Band 40)
Yes
SIM 2
SIM Type
Nano-SIM
GSM/CDMA
GSM
3G
Yes
4G/ LTE
Yes
Supports 4G in India (Band 40)
Yes
SENSORS
Compass/ Magnetometer
No
Proximity sensor
Yes
Accelerometer
Yes
Ambient light sensor
Yes
Gyroscope
Yes
Barometer
No
Temperature sensor
No







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MIXIAXLAZADA #MIMALAYSIA #IA #XIAOMI

2 Comments

  1. Lg satu menariknya, sebab dibelakang tu ditulis MI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut Xiaomi kena bagi royalti kan. Hahaha..

      Delete