ACCENT PRIME BY ALMA LASERS KINI DI MALAYSIA - INOVASI TERCANGGIH UNTUK PENEGANGAN KULIT DAN PENGKONTURAN BADAN

12:05 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Teknologi bergerak pantas saban hari. Pelbagai inovasi berjaya di cipta bagi mengejar kemajuan dunia. Begitu juga dengan industri kecantikan. Boleh dikatakan pelbagai jenis dan bentuk rawatan berada dipasaran kini hanya untuk memenuhi permintaan ramai. Ini membuktikan bahawa ramai diluar sana yang sanggup berbelanja hanya untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menawan, kulit yang anjal, bentuk muka V-Shape persis selebriti Korea serta kelihatan lebih muda dari usia. First impression comes from good appearance!

Salah satu jenama yang cukup aktif dalam menghasilkan teknologi terkini untuk kecantikan adalah Alma Lasers. Saya berpeluang menyaksikan pelancaran rasmi Accent Prime - The Next Generation Body Contouring and Skin Tightening Solution bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair antaranya Jihan Muse, Maya Matahari, Ismaliza AF, Dafi Ismail, Fazli Zainal dan ramai lagi. Turut hadir adalah Dr. Aidil Azry (pengasas Idealyst Clinic) dan juga Dr. Pablo Naranjo (Vice President of Spanish Medical Association Aesthetic Laser). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Sri Datin Seri Dr. Susan Cheah.

















Accent Prime, salah satu daripada jenama Alma Lasers yang paling berjaya dan telah diperakui untuk penegangan kulit dan pengkonturan badan. Platform terkini yang menggabungkan inovasi termaju dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio Unipolar bagi menghasilkan rawatan yang boleh disesuaikan dengan pelanggan, berkesan dengan hasil yang pantas dan berpanjangan. Sepantas 20 minit sahaja bagi setiap sesi dan hasil boleh dilihat seawal rawatan pertama. Malah proses ini adalah selamat, tidak sakit dan terbukti berkesan secara klinikal.

Para tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan demontrasi Body Contouring dan saya sendiri telah menjadi bahan eksperimen untuk sesi demonstrasi Skin Tightening. Accent Prime juga mampu merawat masalah Face Contouring, Skin Resurfacing/Rejuvenation and Cellulite dengan cukup pantas tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan.










Alma Lasers, peng inovasi global penyelesaian laser berasaskan cahaya, frekuensi radio dan ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan telah mengeluarkan platform generasi pertama berjenama Accent sejak tahun 2007 dengan kelulusan FDA dan mempertingkatkan teknologi platform ini sepanjang dekad yang lalu sehingga keluaran terbaharu rangkaian produk pengkonturan tubuh Alma Lasers: Accent Prime. Accent Prime, platform Accent generasi ke-empat ini dilancarkan dalam jangka masa 10 tahun, boleh menggandakan kepantasan pengkonturan badan dan rawatan penegangan kulit.



Selaras dengan kelahiran Accent Prime ini, pihak Alma Lasers turut melancarkan kempen Ulang Tahun Accent yang ke -10 dimana kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2017 dan akan menarik penglibatan melalui peraduan di Facebook, video dan penyebaran isi kandungan digital berkenaan kejayaan jenama ini.

“Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan dekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Keluaran terbaru selama 10 tahun, perjalanan Accent- Accent Prime telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma, Dr. Ziv Karni.






Anda boleh mendapatkan rawatan berteknologi tinggi Accent Prime ini di IDEALYST CLINIC AND MEDISPA yang terletak di KL Trillion, Jalan Tun Razak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Accent Prime layari http://www.almaaccentprime.com dan http://www.almalasers.com untuk mendapatkan informasi lanjut.



Tentang Alma Lasers
Alma Lasers adalah penginovasi laser secara global berasaskan cahaya, frekuensi radio dan penyelesaian ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan. Alam Lasers membolehkan pengamal menawarkan prosedur yang selamat dan berkesan, justeru membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada teknologi dan rawatan tercanggih yang terbukti secara klinikal.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ACCENTPRIME #ALMALASERS #ALMABODYMY

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.