ADIDAS MELANGKAH KE ARENA BERSAMA EDISI LIGA JUARA-JUARA UEFA


Penjagaan badan Adidas pada hari ini telah mempamerkan koleksi terbaharunya dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.

Edisi Arena mewakili rangkaian ketiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Ia mengikuti kejayaan hebat kedua-dua Edisi Piala dan Edisi Bintang yang mengutip gabungan hasil jualan melebihi daripada empat juta botol eau de toilette*.


Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki stadium menginspirasi adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baharu untuk lelaki dengan aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Menjelang bola sepak mula, keseronokan bermula dengan gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary yang memberi kesegaran muktamad.

Sepanjang tempoh permainan, satu adunan elegan geranium dan melur ditegaskan dengan ketumbar berempah bagi menghasilkan aroma maskulin yang menyegarkan. Ketika menghampiri masa tambahan, emosi kian membuak umpama kehangatan aroma tonka yang meliputi bau minyak nilam yang kaya dan kesturi yang mengghairahkan untuk menghasilkan haruman yang kekal lama dan bertenaga. Berkuasa namun penuh kehalusan, wangian ini dicipta khas untuk sang juara.






Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara UEFA, rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan - menambah nilai bermutu semulajadi rangkaian ini.

Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baharu ini merangkumi:

Adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90)

Adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml (RM24.90)

Adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90)

Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telah berada di pasaran sejak Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka.

KATA KUNCI UNTUK GIVEAWAY ADIDAS BERSAMA REEFISM TERRITORY ADALAH: www.thisisreef.com







Mengenai Bolasepak Adidas
Adidas menerajui bolasepak dunia. Ia adalah penaja rasmi / rakan kongsi pembekal rasmi kepada kejohanan bolasepak utama dunia seperti Piala Dunia FIFA, Piala Konfederasi FIFA, Liga Juara-juara UEFA, Liga UEFA Eropah dan Kejohanan UEFA Eropah. adidas juga menaja beberapa kelab terkenal dunia termasuk Real Madrid, FC Bayern Munich, AC Milan, Juventus and Chelsea. Antara pemain terkenal dunia yang termasuk dalam senarai adidas ialah Leo Messi, Gareth Bale, Thomas Müller, Luis Suárez, James Rodríguez, Diego Costa and Mesut Özil.


Mengenai UEFA
UEFA merupakan badan pentadbir bola sepak Eropah. Misi UEFA adalah mengembangkan, melindungi dan membangunkan bola sepak Eropah pada setiap peringkat permainan, untuk menggalakkan prinsip kesepekatan dan perpaduan dan untuk mengendalikan segala persoalan berkaitan dengan bola sepak Eropah. Untuk informasi lanjut, sila lawat UEFA.org.


Berkenaan Adidas Group
Adidas Group ialah sebuah industri barangan sukan yang terulung di dunia yang menawarkan portfolio yang luas merangkumi kasut, pakaian, perkakasan sukan dan gaya hidup berkisar jenama utamanya iaitu Adidas, Reebok, TaylorMada, Rockport dan Reebok-CCM Hockey. Beribu pejabat di Herzogenaurach, Jerman, adidas Group mempunyai lebih daripada 55,000 pekerja di serata dunia dan mempunyai hasil jualan kira-kira €17 bilion pada 2015.


Mengenai Coty Inc.
Coty merupakan salah satu daripada syarikat pengeluar barang kecantikan terbesar dunia dengan pendapatan kira-kira $9 bilion, dengan matlamat untuk meraikan dan meluaskan kepelbagaian kecantikan pengguna. Warisan keusahawanannya yang kukuh telah mencipta portfolio yang ikonik bagi jenama-jenama kecantikan terkemuka. Coty merupakan peneraju global dalam bidang wangian, kukuh di tempat kedua dalam pewarnaan dan penggayaan rambut salun profesional dan kedudukan ketiga dalam kosmetik warna. Coty beroperasi dalam tiga bahagian - Coty Consumer Beauty yang memberi fokus kepada kosmetik warna, produk runcit perwarnaan dan penggayaan rambut, penjagaan badan dan wangian yang dijual terutamanya dalam saluran runcit besar-besaran dengan pelbagai jenama seperti COVERGIRL, Max Factor dan Rimmel; Coty Luxury pula yang memberi fokus kepada wangian berprestij dan penjagaan kulit dengan berbagai-bagai jenama seperti Calvin Klein, Marc Jacobs, Hugo Boss, Gucci dan philosophy; dan Coty Professional Beauty yang memberi fokus dalam memberi servis kepada pemilik-pemilik salun dan golongan profesional dalam kedua-dua bidang rambut dan kuku, dengan jenama-jenama seperti Wella Professionals, Sebastian Professional dan OPI. Coty mempunyai kira-kira 20,000 rakan niaga global dan produknya dijual di lebih 130 negara. Coty dan jenamanya memberi komitmen kepada beberapa matlamat sosial dan juga bertujuan untuk meminimakan impaknya kepada alam sekitar. Untuk maklumat lanjut berkenaan Coty Inc., sila layari www.coty.com.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ADIDASMY #ADIDASBODYCAREMY

0 Comments