BOUNTIFUL DINNERS - 3 KAEDAH MENIKMATI HIDANGAN DI ZENDE RESTAURANT, SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

10:44 pm Shariffudin Azhar Omar 1 Comments


Saya percaya ada segelintir dari anda yang mengalami dilemma untuk makan apa waktu malam malam. Kadangkala kedai makan atau restoran yang kita pergi mempunyai pilihan yang terhad. Ada ketika tekak ingin makan seafood, ada ketika ingin makan BBQ, adakala teringin nak makan local cuisine. Saya ada solusi bagi anda memilih menu untuk selera anda kerana anda boleh menikmati semua menu ini di bawah satu bumbung. Dimana? Hanya di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.







Pada bulan April 2017 sedang berlangsung promosi istimewa dimana Zende Restaurant menyediakan seleksi hidangan terbaik untuk anda. Anda boleh memilih untuk menikmati SEMI BUFFET COMBO, BBQ NITE atau ENTICING SEAFOOD.





















SEMI BUFFET COMBO
Menariknya kombo ini, anda boleh menikmati hidangan ala-carte bersama hidangan appetizer dan desserts yang terdapat pada buffet dalam masa yang sama. Menarik bukan? Anda diberi pilihan memilih kombinasi 2 hidangan daripada menu hidangan tempatan dan antarabangsa.

Pilihan Makanan Tempatan
Mee Mamak 
Nasi Goreng Omelette 
Mee Rebus 
Chicken Rice 
Char Kuey Teow 
Cantonese Kuey Teow

Pilihan Makanan Barat 

Fish & Chips 
Pasta Bolo & Napo 
Sandwiches 
Lamb Chop 
Chicken Chop Cajun 
Choice of Pizza 6’ 










SEMI BUFFET COMBO ini boleh dinikmati setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad) dari pukul 6.30pm hingga 10.30pm dengan harga RM70 nett seorang.


WEDNESDAY-BBQ NITE
Bila tiba hari Rabu, ianya BBQ Nite! Alami keenakan tender-juicy Caribbean Jack Beef Steak, Old Bay Marinated Lamb Shoulder Steak, Grilled Spiced Spring Chicken, Buffalo Wings, BBQ Beef Ribs dan banyak lagi.



Anda juga boleh nikmati pelbagai juadah pembuka selera dan pencuci mulut seperti Chorizo Fundido (hidangan dari Mexico berupa hot melted cheese served with spicy sausage), Homemade Guacamole, Texas Egg Rolls, Country Red Potato Salad dan Nachos.




Seleksi hidangan pencuci mulut tidak kurang hebatnya. Nikmati Blueberry Mousse serve in Glass, Mocha Brulee, Jack Fruits Strudels, Semolina Pudding, Miniature Pavlova, Lemon Cheese Cake and Macaroons.









BBQ Nite hanya boleh dinikmati pada hari Rabu bermula pukul 6.30pm hingga 10.30pm dengan harga RM 95.00 nett seorang.


FRIDAY-ENTICING SEAFOOD
Bagi penggemar makanan segar dari laut pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk menikmati ENTICING SEAFOOD pada setiap hari Jumaat. Selain pelbagai juadah pembuka selera dan desserts, anda boleh memilih macam-macam jenis makanan laut yang segar dan lazat. 


Zende Restaurant menyajikan anda dengan Lobster Terrine with Tarragon Tomato Coulis, Marinated Jellyfish with Young Mango Cocktail, Pan Seared Blackened Tuna with Citrus Salsa, Smoked Salmon, Grilled Flat Head Lobster with Garlic Butter, Seafood Otak-Otak dan juga Breaded Soft Shell Crabs with Aioli Sauce.

ENTICING SEAFOOD boleh dinikmati pada hari Jumaat sahaja dari pukul 6.30pm-10.30pm dengan harga RM100.00 nett seorang.

Ayuh! Raikan selera anda bersama keluarga, teman-teman dan yang teristimewa di Zende Restaurant sepanjang April ini. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari LAMAN SESAWANG SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR di www.seripacifichotel.com

LOKASI: 
SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR, JALAN PUTRA, 50350 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-40494351/4352




P/S: ZENDE RESTAURANT TURUT MENYEDIAKAN WEEKEND TREATS IAITU SATURDAY HI-TEA DAN SUNDAY BRUNCH DARI PUKUL 12.30 TENGAHARI HINGGA 4 PETANG.



ABOUT SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
Located in a prominent business district and connected to Kuala Lumpur’s iconic landmark, the PUTRA WORLD TRADE CENTRE, SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR is a 5-star hotel that embraces the intricate balance between warm Malaysian hospitality and the luxurious comforts of modern accommodation.
The hotel is easily accessible by public transport and is within walking distance to STAR LRT and STESEN KOMUTER PUTRA.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SERIPACIFIC #ZENDERESTAURANT
Zende Restaurant - Seri Pacific Hotel Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

1 comment:

  1. Adeh!! Semua post pasal makan... Bikin buat otomen taro lapar ni.. Hehehe

    ReplyDelete

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.