JELAJAH PRODUK SWEET AIMAN OLEH AIMAN TINO DI MYDIN USJ MERIAH

aiman tino

Pelanton lagu Ku Rela di Benci dan Permata Cinta ini berjaya mencipta fenomena dalam industri muzik tanahair. Beliau berjaya mencuri perhatian apabila muzik video lagu Ku Rela Di Benci berjaya mendapat 34 juta tonton di Youtube. Malah lagu Permata Cinta juga tidak kurang hebatnya dengan mendapat 17 juta tontonan di Youtube. Hebat penangan pemuda ini. Walaupun masih setahun jagung dalam industri muzik Malaysia, beliau telah berjaya meletakkan popularitinya di aras tertinggi.

Atas kejayaan luar biasa ini, Aiman Tino mengambil peluang menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan produk supplement dan kecantikan diri yang diberi nama Sweet Aiman. Produk ini dihasilkan dengan kerjasama pihak Wonder Glow. Antara produk yang dihasilkan adalah Candy Cherry Brite, 3D Cream DD Mineral Cushion dam juga Cherry Brite HD.












Saya berkesempatan menghadiri jelajah Sweet Aiman oleh Aiman Tino di Mydin USJ Subang Jaya baru-baru ini. Untuk makluman semua, Mydin menjadi lokasi rasmi bagi jelajah Sweet Aiman. Walaupun majlis bermula pada pukul 2 petang, namun peminat beliau telah mula memenuhi ruang legar pentas seawal 12 tengahari lagi. Ketibaan beliau menaiki kereta mewah jenama Audi disambut meriah oleh peminat beliau. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena jelajah ini. Antaranya adalah sesi make over dan juga sesi kuiz. Selain itu, Aiman Tino tidak ketinggalan mendendangkan lagu hits beliau, Ku Rela Di Benci dan Permata Cinta.



























Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Sweet Aiman serta ingin mengetahui waktu sesi jelajah Sweet Aiman boleh melayari:

www.sweetaiman360.com

www.instagram.com/sweetaiman360deg

www.facebook.com/AimanTinoClub

www.instagram.com/official_aimantino





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIMANTINO #SWEETAIMAN360

0 Comments