KENAPA NEUTROGENA DEEP CLEAN SERIES MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?

11:01 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

neutrogena

Semua orang ingin mendapatkan kulit yang menawan. Cuma apa yang sering menjadi isu adalah mendapatkan produk skincare yang sesuai untuk kulit wajah kita. Lambakan produk skincare dipasaran kini menjadikan kita kadangkala buntu untuk memilih. Ada yang kata produk mahal tidak semestinya berkesan dan sebaliknya. Jadi nak tak nak kena lah jadikan diri sebagai eksperimen untuk mendapatkan keberkesanannya.

Salah satu produk skincare yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia adalah Neutrogena. Saya kenal produk ni dari zaman sekolah menengah lagi. (20 tahun yang lalu) sehinggalah ke hari ini. Betapa hebat nama Neutrogena sehingga mampu bertahan di pasaran. Dulu zaman sekolah siapa yang guna produk Neutrogena sudah dianggap mewah. Betapa eksklusifnya Neutrogena. Rahsia produk Neutrogena mampu ‘bernafas’ sehingga kini pastinya disebabkan keberkesanannya terutamanya bagi kulit orang Asia macam kita. Harganya pun mampu milik!

Tapi bila sudah bekerja ni pastinya keinginan untuk mencuba produk yang lebih mahal. Namun seperti yang saya katakan tadi. Tidak semua produk mahal works on you! Jadi akhirnya saya terpaksa akur bahawa Neutrogena adalah ‘makanan’ untuk kulit wajah saya.

Ingin saya kongsikan rahsia kulit saya mampu nampak muda walaupun sudah menghampiri 40 tahun. Percaya tak? Pejam celik saya sudah berusia 35 tahun. Bila sudah sampai ke peringkat umur ini pastinya kulit wajah kita memerlukan penjagaan yang lebih rapi agar sentiasa sihat dan berseri. Takut nanti di label Tua Sebelum Usia pula kan.

Saya memang setia dengan 3 produk dari Neutrogena ini iaitu Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser dengan Improved Formula, Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub dengan Blackhead Fighting Complex dan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam. Alamak! Sudah ter bocor rahsia amalan penjagaan kulit wajah saya. Hehehe…







Dalam ketiga-tiga produk di atas mesti ada yang tertanya-tanya produk mana yang lebih bagus? Jawapan saya mesti lah ke tiga-tiga produk Neutrogena bagus kerana setiap produk mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cuma kalau diberi pilihan produk mana yang menjadi personal favourite, saya jujur mengatakan ia adalah Neutrogena Deep Cleansing Oil to Foam.

Apa yang membuatkan saya in love dengan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ini?

  1. Formulasi untuk Normal/Combination Skin
    • Saya sebenarnya mempunyai kulit berminyak terutama di bahagian T-Zone. Jadi Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam menjadi pilihan untuk jenis kulit seperti saya yang memerlukan produk yang mempunyai tekstur yang cukup lembut.

  1. All in One Make Up Remover – Dual cleansing with one wash
    • Kelebihan produk Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ini adalah ia mempunyai dua fungsi dalam satu produk. Pertama sebagai Make-up Removal dan keduanya adalah sebagai pencuci. Saya akui yang pada zaman sekarang pada pria juga tidak lari dari menggunakan base make up seperti foundation, BB Cream dan CC Cream. Pemakaian make up seharian mampu memberi kesan negatif pada kulit wajah. Senang kata kulit kita sukar untuk bernafas. Jadi dengan adanya produk Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ini, saya dapat mencuci DUA KALI lebih bersih wajah saya untuk kebersihan yang optimum. Satu saya akan buang make up yang saya apply pada muka dan seterusnya saya letakkan sedikit air untuk menghasilkan buih sabun dan terus cuci bersih wajah saya. Hebat bukan! Tidak perlu beli make up removal. Jimat!

  1. Cucian semudah 3 langkah: 
    • Oil to Remove - Produk ini adalah water and oil based. Kerana itu ia mampu menjalankan dua kerja dalam satu masa iaitu sebagai Make Up Removal dan juga cleansing foam. Untuk membuang solekan cukup mudah. Hanya picit sedikit Neutrogena Deep Clean Cleansing Foam pada tapak tangan dan sapukan pada muka sehingga wajah anda bebas solekan.

    • Massage to Activate – setelah wajah anda bebas solekan, letakkan sedikit air pada wajah anda dan urut secara lembut untuk menghasilkan krim buih.

    • Foam to Clean – Setelah krim buih terhasil, anda cucilah kulit wajah. Bilas dan anda akan dapat rasakan kulit anda segar dan bersih.


tekstur yang sangat lembut serta berbau harum

hasil cucian menggunakan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam

Satu perkara yang saya cukup tertarik dengan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ini adalah salah satu kandungannya adalah Rosmarinus officinalis (Rosemary) Leaf Extract. Seperti yang anda semua tahu, daun Rosemary adalah daun herba beraroma dan sentiasa digunakan dalam masakan dan juga sebagai penyegar serta campuran aromaterapi. Kerana itu lah bila wajah dicuci menggunakan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ini, anda dapat rasakan wajah anda lebih segar, wangi dan berseri. Sebagai tambahan dau Rosemary ini bagus untuk menghilangkan stress pada wajah dan juga mampu mengelakkan kulit wajah kita dari simpton Eczema.Eczema itu adalah simpton kegatalan, kemerahan dan keradangan pada kulit.

Botol Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam juga cukup menarik. Transparent dan tampak moden. Saiznya juga memudahkan saya untuk mengusung kemana-mana sahaja. Ini penting kerana saya adalah seorang yang sentiasa on the move jadi Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam perlu sentiasa menemani!

Jadi anda diluar sana yang masih tercari-cari produk pencuci wajah terbaik, Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam adalah pilihan terbaik. Jika Nicole Kidman, pelakon Hollywood tersohor mempercayai serta menggunakan produk dari Neutrogena, ini membuktikan bahawa kehebatan Neutrogena diakui. Lihatlah kulit wajah beliau walaupun sudah mencecah usia 50 tahun.



Pastinya, Neutrogena adalah produk kegemaran saya DULU, KINI DAN SELAMANYA! Sebarang informasi lanjut mengenai produk Neutrogena boleh layari LAMAN FACEBOOK RASMI NEUTROGENA MALAYSIA .

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NEUTROGENAMY #NEUTROGENAHAPPYSKIN #NEUTROGENABEAUTYSQUAD




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.