LEGASI CANON MALAYSIA TERUS KUKUH DENGAN PELANCARAN MODEL TERBARU EOS 800D, EOS 77D DAN M6 – KAMERA UNTUK SEMUA!

10:30 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Canon, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam area kamera. Namanya cukup sinonim bagi penggemar fotografi. Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Memecahkan tembok inovasi keupayaan pengimejan dengan memperkenalkan bukan satu model tapi tiga model serentak dalam pasaran Malaysia secara rasmi iaitu Canon EOS 800D, Canon EOS 77D dan Canon EOS M6. Pelancaran ini diadakan juga bersempena ulang tahun ke-30 Sistem Canon EOS.




Sejak kemunculan sulungnya, sistem Canon EOS sentiasa konsisten dalam mengembangkan ekspresi fotografi secara dasar melalui teknologi optikalnya. Sehingga kini, sistem Canon EOS mempunyai 24 model (termasuk panggung digital, sistem kamera kompak dan kamera filem) dengan 97 lensa EF. Jadi dengan rangkaian produk yang luas ini, kemampuan sistem Canon EOS berjaya memenuhi apa jua keperluan pengguna yang berbeza.

Menurut Ketua Divisen Pengimejan & Informasi Pengguna Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd, Encik Jeffrey Kung, “Ketiga-tiga buah kamera yang dilancarkan telah direka dan dilengkapi pelbagai fungsi serta ciri yang sesuai dengan semua keperluan. Canon EOS 800D hadir bersama panduan langkah demi langkah tentang bagaimana untuk menggunakannya. Ia sangat sesuai untuk jurugambar kategori beginner yang mahu mendapatkan rakaman imej berkualiti. Canon EOS 77D pula kamera untuk peminat yang ingin meningkatkan kemahiran merakam foto mereka. Bagi Canon EOS M6 yang merupakan kamera mirror less, ia menawarkan keupayaan seperti sebuah DSLR dalam kerangka kompak, bergaya dan vintaj untuk memenuhi keperluan jurugambar yang mahir dan peminat fotografi”.

Istimewa untuk ketiga-tiga model ini adalah ia memiliki sistem Dual Pixel CMOS AF (DAF) iaitu satu sistem pintar yang memastikan subjek sentiasa berada dalam fokus DAF semasa Live View sepantas 0.03 saat. Dengan DAF, pengguna kini boleh merakam video dan imej dan bebas daripada subjek yang kabur atau tidak fokus. DAF merupakan teknologi fokus automatik (AF) Canon yang inovatif untuk kamera SLR dimana ia menggunakan alat pengesan CMOS pada setiap piksel yang membolehkannya melakukan AF pada imej dan fasa berbeza.

Selain itu, pemproses imej DIGIC 7 dipadankan dengan sensor megapixel APS-C CMOS 24.2 megapiksel yang sangat sensitive untuk menghasilkan kejelasan gambar terbaik walaupun pada perician yang rumit. Melalui gabungan ini, imej yang jelas dapat dikekalkan terutamanya apabila ia dibesarkan ke saiz A3 atau melalui suntingan yang banyak.

Sebagai satu keperluan piawaian pada semua gajet dan mesin moden, CANON EOS 800D, 77D dan M6 turut dilengkapi dengan keupayaan WIFI, NFC serta Bluetooth. Ciri-ciri membolehkan rakaman foto dilakukan dari jarak jauh walaupun apabila kamera berada dalam mode Auto Power Off. Fungsi Bluetooth juga boleh menghidupkan kamera selain bertukar kepada WIFI untuk membuat semakan, melihat imej atau merakam dari jarak jauh (dengan Live View).

Pelancaran ketiga-tiga model kamera ini membuktikan komitmen Canon untuk terus membina portfolio dalam alirannya. Visi dan misi Canon berjaya menempatkan nya sebagai jenama nombor satu di pasaran global selama 14 tahun berturut-turut sejak tahun 2003 hingga 2016. Canon optimis teknologi dan produk kameranya akan terus dapat memenuhi keperluan semua golongan pelanggan selari dengan falsafah korporatnya, KYOSEI yang bermaksud “semua orang, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya hidup dan bekerjasama secara harmoni demi masa depan”. Majlis turut memperkenalkan barisan duta rasmi Canon Malaysia yang terdiri daripada beberapa jurugambar dan pengguna yang setia dan telah lama menggunakan jenama ini.



Anda boleh dapatkan ketiga-tiga model ini di seluruh rangkaian kedai Canon Image Square dan pengedar sah Canon di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Canon, ikuti laman Facebook Rasmi di www.facebook.com/CanonMalaysia atau layari laman sesawang www.canon.com.my .




CANON EOS 800D
Model ini mensasarkan golongan beginner dimana ia dilengkapi mode Guided. Lengkap dengan tip-tip merakam gambar bersama grafik dan penerangan terperinci. Hanya seberat sekitar 485 gram (badan sahaja), EOS 800D ialah DSLR baru yang direka bagi pengguna baru menikmati kemudahalihan sebuah kamera yang lebih ringan.








Manakala antara muka skrin sentuhnya memudahkan jurugambar baru meneroka fungsi kamera tersebut. Dilengkapi dengan skrin LCD boleh laras sehingga 180 darjah, ia memberi pengguna fleksibiliti untuk merakam foto dari sudut atas atau bawah bagi menghasilkan gambar swafoto dan ekspresi gambar lebih kreatif. EOS 800D ini ditawarkan bersama dua pilihan lensa kit, EF-S 18-135 IS STM dan EF-s 18-55 IS STM.

DIMENSION
131 x 99 x 76.2mm
WEIGHT
Approx. 485gm (body only)
COLOUR
Only available in Black
SENSOR
24.2MP APS-C CMOS
PROCESSOR
DIGIC 7
ISO IMAGE
ISO 100-25600 (EXPANSION UP TO 51200)
AF SYSTEM
DUAL PIXEL CMOS AF + 45-pt all-cross-type
SHUTTER SPEED
1/4000 sec to 30 sec
ANTI FLICKER
Yes
LCD SIZE/TYPE
Vari-angle 3.0 inch, 1.04 million dots, TFT, Touch
VIEWFINDER MAG/COVERAGE
0.82x/approx. 95%
CONTROL DIALS
One
SHOOTING SPEED
Approx. 6fps
VIDEO
1920x1080 @ 60p/30p/24p
MOVIE RECORDING FORMAT (FULL HD)
MP4
HEADPHONE JACK
No
WIFI & NFC
Yes
BLUETOOTH
Yes
CREATIVE FILTER
Grainy, B/W, Soft focus, Fish-eye effect, Art Body effect, water painting effect, Toy camera effect, Miniature effect
BATTERY LIFE  (CIPA)
Approx. 600 shots
BATTERU GRIP
No
WEATHER-SEALING
No


Harga Canon EOS 800D

RRP: RM 3299.00 (BADAN SAHAJA)

RRP: RM 3899.00 (DENGAN LENSA EF-S 18-55 IS STM)

RRP: RM 4999.00 (DENGAN LENSA EF-S 18-135 IS STM)



CANON EOS 77D
Model ini dilengkapi dengan beberapa teknologi pengimejan terbaik dalam kelasnya dan ciri-ciri premium bagi meningkatkan keseronokan merakam foto. Ia dilengkapi dua dial kawalan iaitu Dial Utama pada bahagian atas kamera dan Quick Control Dial di panel belakang. Dengan dua pilihan pada dial kawalan, pengguna boleh mengubah tetapan kamera dengan pantas misalnya shutter speed dan aperture tanpa perlu mengalihkan pandangan pada viewfinder.









Selain itu, pengguna kini boleh merakam gambar di lokasi gelap dengan lebih mudah, hanya perlu menekan satu butang untuk menyalakan bahagian atas panel LCD. Model ini turut dilengkapi LCD pelbagai sudut yang memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah suai sudut merakam yang diingini. Kamera ini ditawarkan bersama dua pilihan lensa kit iaitu EF-S 18-135 IS USM dan EF-S 18-55 IS STM.

DIMENSION
131 x 99 x 76.2mm
WEIGHT
Approx. 493gm (body only)
COLOUR
Only available in Black
SENSOR
24.2MP APS-C CMOS
PROCESSOR
DIGIC 7
ISO IMAGE
ISO 100-25600 (EXPANSION UP TO 51200)
AF SYSTEM
DUAL PIXEL CMOS AF + 45-pt all-cross-type
SHUTTER SPEED
1/4000 sec to 30 sec
ANTI FLICKER
Yes
LCD SIZE/TYPE
Vari-angle 3.0 inch, 1.04 million dots, TFT, Touch
VIEWFINDER MAG/COVERAGE
0.82x/approx. 95%
CONTROL DIALS
Two
SHOOTING SPEED
Approx. 6fps
VIDEO
1920x1080 @ 60p/30p/24p
MOVIE RECORDING FORMAT (FULL HD)
MP4
HEADPHONE JACK
No
WIFI & NFC
Yes
BLUETOOTH
Yes
CREATIVE FILTER
Grainy, B/W, Soft focus, Fish-eye effect, Art Body effect, water painting effect, Toy camera effect, Miniature effect
BATTERY LIFE  (CIPA)
Approx. 600 shots
BATTERU GRIP
No
WEATHER-SEALING
No


HARGA CANON EOS 77D

RRP: RM 3799.00 (BADAN SAHAJA)

RRP: RM 4399.00 (DENGAN LENSA EF-S 18-55 IS STM)

RRP: RM 5599.00 (DENGAN LENSA EF-S 18-135 IS USM)




CANON EOS M6
Model ini mensasarkan kepada golongan jurugambar berpengalaman yang mahu menyerlahkan ekspresi penuh estetik. Kamera ini adalah refleksi gabungan di antara kuasa ekspresi dan prestasi pada tahap tinggi. Kombinasi Dual Pixel CMOS AF, APS-C kira-kira 24.2 MP CMOS sensor dan DIGIC 7 berupaya meningkatkan kejelasan imej secara signifikan dengan memberi penekanan terhadap rakaman pantas yang tinggi. Ia sangat sesuai bagi rakaman berterusan secara lebih tepat bersama penjejak objek yang bergerak pantas. Model EOS M6 ini mampu merakam pemandangan waktu malam yang cantik dengan sedikit noise dan landskap jelas bersama kejelasan imej yang tinggi. Ciri kawalan Quick Dial menawarkan operasi dial yang selesa dan meningkatkan kebebasan merakam foto secara manual dengan signifikan. Ia juga hadir bersama pilihan external electronic viewfinder (EVF). Paparan LCD juga boleh dilaraskan sehingga 180 darjah ke atas dan 45 darjah ke bawah.






Model ini mampu merakam video FULL HD 60p dengan lebih lancar dimana EOS M6 menggabungkan lensa IS dan penstabil imej digital binaan dalam secara efektif untuk mengurangkan gegaran serta pergerakan dengan ketara.

DIMENSION
112 X 68 X 45
WEIGHT (include battery)
390gm
COLOUR
Silver and Black
SENSOR SIZE
APS-C (22.3 X 14.9mm)
SENSOR TYPE
CMOS
ISO
100-25600
AF SYSTEM
Dual Pixel CMOS AF, Tracking AF, Smooth Zone AF, 1-Point AF
SHUTTER SPEED
1/4000 sec to 30 sec, Bulb (total shutter speed range. Available range varies by shooting mode)
AF POINTS
Max. 49 AF points
LCD TYPE
3.0 Touchscreen LCD (TFT), Electrostatic capactive type, tilt-able 180 degree up and 45 degree down
EFFECTIVE PIXELS (LCD)
APPROX. 1.04 million dots
CONTINUOUS SHOOTING
9.0 fps (AF fixed), 7.0 fps (AF tracking)
USB TERMINAL
Micro USB
VIDEO FORMAT
MPEG-4, H.264
NETWORK
WIFI/NFC/BLUETOOTH
COMPATIBILITY
Canon’s entire suits of EF, EF-S lenses via Mount Adapter EF-EOS M


HARGA CANON EOS M6

RRP: RM 3409.00 (BADAN SAHAJA)

RRP: RM 3949.00 
(BERSAMA LENSA EF-M 15-45mm f/3.5-6.3 IS STM)

RRP: RM 5259.00 
(BERSAMA LENSA EF-M 18-150mm f/3.5-6.3 IS STM)





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CANONMY #CANONEOS

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.