LUSCIOUS BY LISA T, KAFE CUPCAKE YANG ‘DEKAT’ DENGAN RAKYAT MALAYSIA

9:29 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 5 Comments


Siapa penggemar cupcakes? Wah! Ramai juga yang suka makan cupcakes disini ya. Cupcakes atau kek cawan kini banyak dijual dengan pelbagai perisa dan bentuk malah macam-macam dekorasi yang comel-comel untuk menarik minat penggemar pencuci mulut. Namun saya percaya ramai di luar sana yang suka makan cupcake akan mengalami isu ini. Manis dan penuh kalori. Kebanyakan cupcakes di pasaran mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini menyebabkan kita risau untuk makan banyak disebabkan oleh faktor kesihatan.

Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk menikmati setiap gigitan cupcake anda kerana di Luscious by Lisa T, mereka menyajikan the best cupcakes with the best ingredients. Mendengar perkataan luscious pastinya anda akan menggambarkan seksi dan sangat menarik perhatian tetapi bagi pemilik kafe ini, ia lebih dari itu. Beliau percaya setiap dessert yang dinikmati di sini adalah worth every bites and worth every calories.




Baru sahaja membuka cawangan pertama di 1 Mont Kiara Shopping Mall, sebenarnya Lisa sendiri sudah berpengalaman dalam pembuatan pastri and dessert dengan menjadi supplier kepada beberapa kafe terkemuka di ibukota. Pastinya beliau cukup mahir dalam menghasilkan cupcakes yang berkualiti dan enak.




Apa yang istimewa dan uniknya Luscious by Lisa T ini? Selain pelbagai dekorasi pada cupcakes, setiap nama cupcakes disini mempunyai personaliti dan karakter tersendiri. Contohnya salah satu nama cupcake disini diberi nama ‘Lisa’. Lisa yang juga nama pemilik kafe ini cukup menggemari minuman Bandung Laici tatkala melepak di kedai Mamak. Jadi beliau mencipta cupcakes berperisa Vanilla Rose Bandung Lychee selain menggambarkan karakter Lisa sendiri, “Girl Next Door’. Begitu juga dengan “George’ yang digambarkan tinggi, segak dan kaya.

Selain itu terdapat satu cupcake di sini yang diberi nama "Bunny Bum Bum". Ia adalah cupcake berperisa carrot, pineapple and coconut. Kenapa nama Bunny Bum Bum dipilih? Ia menggambarkan personaliti dan karakter arnab yang sentiasa berusaha mendapatkan lobak merah sampai sanggup mengorek sampai ke dalam tanah. Selain mampu menarik minat kanak-kanak, cupcake ini mampu memberi inspirasi kepada mereka melalui kisah karakter arnab ini. Menarik bukan. Lisa sendiri percaya setiap dari kita mempunyai karakter tersendiri dan begitu juga dengan kek cawan. Karakter anda melambangkan personaliti anda bukan?


















Apa yang menarik perhatian saya selain pelbagai seleksi cupcakes di sini adalah hiasan dalaman kafe ini. Melangkah masuk ke dalam kafe ini seperti berada di alam fantasi Alice in The Wonderland. Dengan hiasan lampu berbentuk kon aiskrim dan kek cawan, sofa berbentuk bibir, serta terdapat disco dance floor. Jadi jika anda rasa bersalah setelah menikmati cupcake disini, take the floor and dance! Saya juga cukup tertarik dengan logo kafe ini yang berupa bibir berwarna merah jambu. Sebenarnya ia adalah bibir Lisa sendiri. Bagi Lisa, selain interpretasi bibir sebagai seksi, ia juga adalah ‘alat’ untuk menikmati setiap gigitan kek cawan!








Ayuh berdansa!

cantikkan lampu!

Inilah Lisa (kanan), pemilik kafe Luscious by Lisa T

Selain kek cawan, terdapat juga pilihan menu disini yang mendapat inspirasi dan elemen Malaysia. Antaranya Fazura iaitu kek mini berperisa pandan bersama gula Melaka, kek Dato’ Sri dan Puan Sri, Chick Me Rendang Pie, Musang King Durian Premium Gelato and juga Mango & Manuka Honey Soda drinks. Anda juga harus mencuba Green Tea Latte di sini kerana ramuan nya adalah asli dan di import dari Kyoto, Japan.

macam-macam pie pun ada

Gelato pun ada!

Saya percaya kafe ini mampu menjadi jenama kek terkemuka di Malaysia malah dunia. Great taste of cupcakes made from best ingredient with passion and love! Tak begitu Lisa?

LUSCIOUS BY LISA T, YOUR 'O'TIMATE CAKEGASM!





giant cupcake yang dibuat khas sempena majlis pelancaran

Antara pemenang lucky draw

Antara pemenang lucky draw

Antara pemenang lucky draw

Thank you for having me Lisa!



KENA MAKAN DI SINI KERANA:

CUPCAKES DISINI TIDAK BEGITU MANIS (RASA CUKUP SEMPURNA)

MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN TERBAIK DALAM SETIAP PRODUK DIJUAL DISINI

SUASANA KAFE YANG MENYERONOKKAN. SESUAI UNTUK HANGOUT PLACE BERSAMA TEMAN DAN KELUARGA

SESUAI JUGA UNTUK DIADAKAN PRIVATE EVENT







`Lokasi LUSCIOUS BY LISA T:
 Lot G-20, 1 Mont Kiara Shopping Mall, 1 Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Te: +6017 6857735










About Lisa T
Lisa T the founder of Luscious by Lisa T lives, eats and breathes cakes. She started her business by supplying delicious cakes and pastries to artisan and hipster cafes in KL. Some of her famous café clients include Pulp by Papa Palheta, Infusion Café, The Bee, Philtre, Noriter. Together with their specialty coffee, her cakes became a hit and photos of her cakes appeared in magazines and food bloggers pages.

In 2016, Lisa T became restless. While she was happy that Malaysian appreciated her delicious cakes, she wanted to up her game and create something even more unique and decadent, a brand she could call her own. And Luscious by Lisa T was born. Cakes that are beautiful works of art, vibrant yet playful, fun yet tongue in cheek, something no one has ever seen or experienced before.

Her dream is to make Luscious a household name in Malaysia and eventually the world.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LUSCIOUSBYLISAT #CUPCAKES #PASTRY #DESSERT #CAFE 

5 comments:

  1. Wahhh.... Bestnyeee.... LeYa suka cupcakes... Nakkkkk jugaakkkkk...

    ReplyDelete
  2. Yummynya gmbr cupcakes! Abg nk try nnt 👍

    ReplyDelete
  3. Setiap cupcakes ada nama sendiri tuh yang menarik.

    ReplyDelete
  4. Terus rasa lapar tengok cupcakes tu,
    http://cikmijah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. sedapnya cupcake,saya lama dah tak buat cupcake
    jemput follow blog robiahtul.blogspot.com

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.