NIVEA MEN DAN ZAQUAN ADHA BERGABUNG UNTUK KEMPEN MYPADANG – SERLAHKAN KEHANDALANMU

11:26 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Saya percaya ramai jejaka di luar sana yang sudah menyedari akan menjaga penampilan diri. Sebenarnya amat penting kita menjaga penampilan diri untuk tujuan kebersihan tubuh badan. Bila badan bersih dan bebas dari bau hapak badan, secara tidak langsung kita kan lebih berkeyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Nivea Men adalah antara produk penjagaan diri bagi lelaki yang cukup sinonim di Malaysia. Rangkaian produk untuk lelaki yang cukup lengkap menjadikan ia antara jenama pilihan jejaka Malaysia. Bila sebut tentang lelaki ini pastinya tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan aktif. Mostly orang lelaki sangat menggemari sukan. Jadi apabila bersukan pastinya peluh dan kekotoran akan melekat dibadan. Jadi dengan adanya produk dari Nivea Men akan memastikan badan anda sentiasa segar dan bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Jadi bertepatan dengan itu, pemilihan Zaquan Adha sebagai Duta Nivea Men MYPadang adalah tepat sekali. Siapa yang tidak mengenali saudara kembar kepada Aidil Zafuan dan suami kepada pelakon terkenal, Ayu Raudhah ini. Bukan sahaja licah di padang bola malah memiliki pakej lengkap sebagai jejaka tampan masakini. Beliau boleh digelar antara pemain sukan bola sepak tempatan yang paling bergaya dan sentiasa menjaga penampilan. Tidak hairan lah ramai wanita diluar sana mampu cair bila bersua muka dengan beliau. Sebagai rekod, pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar juga merupakan Duta Rasmi Nivea Men MYPADANG.







Emcee adalah bekas pelajar AF 2016, Ikram Ruzzaman








Nivea Men bersama dengan Watson Malaysia telah menganjurkan jerayawara kempen MYPADANG- SERLAHKAN KEHANDALAMU di Sunway Pyramid baru-baru ini. Kehadiran Zaquan Adha yang merupakan pemain bola untuk pasukan Perak untuk roadshow ini mencuri perhatian umum. Kempen ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam arena bola sepak serta mewujudkan kesedaran tentang penjagaan diri bagi lelaki yang aktif dalam sukan.

Pelbagai aktiviti dijalankan selain sesi beramah mesra bersama Zaquan Adha. Antaranya Freestyle Football Match dimana pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah bernilai RM3 ribu, sesi menjawab soalan, permainan interaktif sukan bola dan macam-macam lagi. Zaquan Adha tidak melepaskan peluang menunjukkan skill melambung bola kepada pengunjung yang hadir.




















Nivea Men Malaysia juga sedang menjalankan pertandingan NIVEA MEN MYPADANG Beli dan Menang dimana hadiah berjumlah RM20 Ribu bakal menanti pemenang! Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati Laman Facebook Rasmi Nivea Men Malaysia. Hadiah utama berupa Apple Macbook untuk direbut! Tarih tutup penyertaan adalah 30 APRIL 2017.





Nivea Men Anti Acne Oil Control Volcanic Mud Foam mampu merawat kulit berjerawat dengan 10 kali kuasa Acne Clear serta membersih secara mendalam dengan teknologi Volcano Mud.

Nivea Men White and Oil Control Acne Oil Control Serum Mud Foam memberikan 20 kali kuasa White dan Oil Control serta memulihkan kulit kusam dan berminyak dengan Serum.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MYPADANG #MYNIVEAMEN #NIVEAMENMY

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.