APLIKASI JALAN –JALAN CARI MAKAN (JJCM) MENYELESAIKAN MASALAH MENCARI TEMPAT MAKAN






Malaysia sememangnya cukup terkenal sebagai Syurga Makanan. Masakan tidak! Namakan saja makanan dari negara mana yang ingin dimakan, semuanya ada di Malaysia. Makanan Korea, Jepun, Arab, Pakistan, Barat, Indonesia dan banyak lagi pilihan makanan dari seluruh dunia ada di Malaysia. Selayaknya Malaysia dikenali sebagai FOOD PARADISE oleh pelancong luar.

Namun bagi kebanyakan pencinta makanan pasti timbul satu masalah besar iaitu ingin makan di mana. Kini anda semua tidak perlu risau nak makan di mana kerana akhirnya program kembara makanan popular TV3, Jalan-Jalan Cari Makan telah melancarkan aplikasi khas untuk mereka yang bergelar foodie! Ia pastinya memberikan satu pengalaman unik kepada anda semua dimana aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat makan yang pernah dikunjungi oleh produksi Jalan-Jalan Cari Makan.


bersama Dayah Bakar selaku pengacara majlis





Selain itu, aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan ini turut menawarkan fungsi menarik berupa tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna boleh mendapat diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi paparan “OFFPEAK DEALS” yang sentiasa dikemaskini setiap hari. Jadi tiada isu tawaran sudah expired tatkala tiba di restoran untuk menikmati potongan harga istimewa.

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia sekali kali mereka berhadapan dengan kesulitan membuat keputusan untuk makan apa dan dimana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah” jelas Pengurus Produk Aplikasi JJCM, Li Ee Kee.



Bukan itu sahaja. Aplikasi JJCM juga membolehkan pengguna membuat tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Fungsi ini cukup mudah digunakan malah pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan di restoran kegemaran. Hanya pilih restoran yang ingin dilawati, masukkan nombor telefon anda, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung anda. Tempahan anda terus disambungkan kepada restoran yang dipilih melalui email. Mudah bukan? Malah tiada caj tambahan dikenakan untuk menggunakan fungsi tempahan ini. It’s Free of Charge!





Aplikasi JJCM ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 2015 dan kini ia telah menerima transformasi secara total dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Lebih 250 ribu muat turun telah dicatatkan dan ini secara tidak langsung menunjukkan aplikasi JJCM benar-benar membantu pengguna dalam pencarian tempat makan menarik di seluruh Malaysia. Malah yang menjadikan aplikasi ini reliable digunakan adalah pengguna boleh meninggalkan sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang dikunjungi. Jadi ia boleh dijadikan sebagai batu ukur untuk pengguna lain jika ingin ke sesuatu restoran.

Aplikasi JJCM ini turut memuatkan fungsi Carian Berdekatan di mana pengguna boleh melihat senarai restoran berhampiran mereka menerusi kedudukan GPS. Contohnya jika anda di Damansara, aplikasi ini akan memaparkan senarai tempat makan di kawasan Damansara.

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah aplikasi JJCM ini tidak terhad kepada pengalaman produksi pihak JJCM sahaja malah pengguna juga boleh memberi cadangan tempat makan menarik kepada pihak editorial aplikasi JJCM. Menerusi paparan artikel menarik di ruangan editorial ini, pengguna boleh mendapatkan lebih informasi berkenaan tempat makan menarik.

sesi soal jawab

sesi lucky draw diadakan

sempat berfoto bersama Dayah Bakar


Kempen #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN

Pihak aplikasi JJCM dengan kerjasama Media Prima Digital turut melancarkan kempen #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN bertujuan untuk membantu golongan sasaran menerusi sumbangan ikhlas. Rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan sumbangan serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10 yang akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan ini. Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberikan peluang golongan istimewa ini menikmati juadah enak yang disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima sumbangan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat selama 4 minggu sepanjang Ramadhan. Malah skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turun ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan untuk dua buah rumah kebajikan terpilih pada 3 dan 10 Jun 2017.

Cara anda menghulurkan sumbangan adalah menerusi aplikasi JJCM sendiri atau terus ke dalam sesawang CJ WOW SHOP, www.CJWowShop.com.my . Kempen ini turut menerima penyertaan dari pihak Mamee Double Decker yang bermurah hati menyumbangkan produk Mamee untuk anak-anak terpilih ini. Kempen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei 2017.

Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apps Store.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JJCM #SERINGGITSERIBUKEBAIKAN

0 Comments