ARTIS ANTARABANGSA SIMON YAM BERSAMA GINTELL MEMBUAT KEJUTAN KEPADA IBU-IBU DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA






Pelakon terkenal dari Hong Kong, Simon Yam telah mencuri perhatian seluruh pengunjung IOI City Mall Putrajaya dengan melakukan penampilan khas sebagai duta Gintell baru-baru ini. Kehadiran beliau ke sini adalah bagi meraikan para peminat dan pelanggan Gintell sempena sambutan Hari Ibu.

Tepat pukul 4 petang, suasana pentas utama terus gamat dengan sorakan dan teriak saat beliau muncul. Begitu hebat penangan seorang yang bernama Simon Yam ini. Bagi yang tidak mengenali beliau, Simon Yam cukup sinonim dengan drama-drama bersiri yang menghiasi kaca TV sekitar tahun 90-an. Peminat beliau bukan sahaja dari kalangan berbangsa Cina, malah beliau cukup diminati dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Saya adalah antara peminat yang tidak pernah ketinggalan melihat aksi beliau di TV setiap petang.

Kehadiran beliau kali ini cukup istimewa kerana beliau dan Gintell ingin bersama-sama meraikan para ibu khususnya yang hadir pada hari itu. Bagi Simon Yam sendiri, ibu adalah guru pertama dan utama bagi anak-anak sejak awal kehidupan mereka lagi. Tiada sebarang perkataan yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada keluarga dan masyarakat. Jadi sebagai anak, kita seharusnya mengambil berat akan kesihatan dan kesejahteraan ibu. Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, inilah saatnya untuk menghadiahkan kepada ibu sebuah kerusi urut yang dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka. Saya sebenarnya cukup kagum dengan Simon Yam yang bukan sahaja peramah dengan peminatnya, malah usia yang telah menganjak usia 60-an tetapi masih segak dan tampan. Ini pastinya penangan kerusi urut Gintell yang mampu memberi kesegaran pada tubuh badan beliau.





























Tambah Simon Yam lagi, semakin ramai orang mengalami tekanan kini disebabkan kehidupan yang kian mencabar. Oleh itu, sebuah kerusi urut yang menjanjikan kesihatan menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi unik dan inovatif amat diperlukan untuk merehatkan diri dan minda. Gintell telah mencipta Kerusi Urut GINTELL De’Space U.F.O dengan rekaan ergonomik dan bercirikan teknologi urutan yang canggih bagi memenuhi keperluan setiap pengguna masakini.

super friendly Simon Yam


KERUSI URUT GINTELL DE’SPACE U.F.O
Apa yang menjadikan Kerusi Urut GINTELL De’Space U.F.O ini cukup istimewa adalah ia menggunakan teknologi Aero V-Trek yang mampu memberi urutan meliputi lebih 45% kawasan berbanding kerusi urut biasa. Penggerak QUAD 3D direka bersesuaian dengan kontur dan bentuk badan setiap orang. Ia akan mengikuti setiap lengkungan tubuh anda bagi menyediakan urutan lebih jitu dan disasarkan secara ergonomik dan keselesaan dari bahagian leher hingga ke peha. Selain itu, program berkonsepkan kiropraktik yang dipanggil 180° Space Stretch membantu melegakan tekanan dan ketegangan tulang belakang serta badan. Ia menawarkan liputan 360 darjah urutan yang lebih jitu untuk bahagian kaki mengikut keperluan setiap individu.


bersama orang kuat Gintell Malaysia



special edition with Simon's signature!

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu dan Bapa, GINTELL menawarkan PAKEJ BELI 1 PERCUMA 1 dengan harga dari RM4,988 * ! Lebih daripada 100 cawangan GINTELL di seluruh negara yang boleh anda kunjungi untuk menikmati tawaran hebat ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

LAMAN WEB RASMI GINTELL


FACEBOOK RASMI GINTELL MALAYSIA


INSTAGRAM RASMI GINTELL MALAYSIA


WECHAT – GINTELL MALAYSIA


TALIAN KHIDMAT PELANGGAN
1-800-88-6332







MENGENAI GINTELL
GINTELL ditubuhkan pada 1996 dan ia merupakan pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia. Melalui prinsip dan misi syarikat iaitu “Kesihatan (Health), Kasih Sayang (Love), Kehidupan (Life)”, pemegang anugerah Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar oleh Malaysia Book of Records ini berharap dapat membina kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia melalui rangkaian produk kesihatan mereka.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GINTELLMALAYSIA #GINTELL 

0 Comments