DATO' RIZALMAN IBRAHIM KINI MEMPUNYAI SIRI REALITI SENDIRI - KISAH KEHIDUPAN DIPAPARKAN DALAM 'RIZALMAN'

11:12 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Meneruskan tradisi untuk meraikan bakat-bakat hebat dari Asia, Life Inspired dengan bangganya memperkenalkan long-form original series yang pertama disiarkan dengan menampilkan personaliti Asia popular, Dato' Rizalman Ibrahim. Ikon stail Malaysia ini bakal menyinari kaca TV anda dengan kemunculan dalam sebuah siri realiti berakses penuh, tanpa suntingan yang dinamakan RIZALMAN.

Umum mengetahui bahawa Dato' Rizalman Ibrahim merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang sangat disanjungi dan sememangnya beliau merupakan satu nama besar apabila melibatkan citarasa tinggi dan visi kreatif. Kini, buat pertama kalinya, pereka terkenal tersohor ini bakal berkongsi mengenai gaya hidup peribadinya dalam sebuah siri rancangan realiti penuh eksklusif menerusi siaran Life Inspired.







Siri lapan episod ini akan menyoroti kehidupan harian Dato' Rizalman sebagai pereka, penghias dalaman, guru fesyen terkenal, perancang majlis dan perkahwinan, usahawan dan bapa kepada dua anak lelaki. Anda boleh kenali dengan lebih dekat bagaimana beliau menyeimbangkan peranannya di antara jadual kerja yang sibuk dengan tugas domestik dan mengenali sumber ilham di sebalik setiap karya seni Dato' Rizalman.




Dikenali dengan busananya yang terperinci dan rekaannya yang mempunyai gabungan elemen klasik dan kontemporari, boleh dikatakan beliau cukup sinonim dengan rekaan fesyen mewah. Daripada busana ketat ke kaftan beralun, daripada frill ke peplum, rekaannya adalah pilihan utama di kalangan kerabat diraja, sosialis dan selebriti kelas A yang mahukan rekaan mewah, minimalis dan elegan.



Secara jujurnya, walaupun dikelilingi dengan kehidupan mewah dan glamor, Dato' Rizalman sebenarnya cukup merendah diri dan berjiwa besar.

Lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang sehingga kini mempunyai label fesyen sendiri, siri realiti ini merupakan satu kisah seorang lelaki yang tidak gentar mengambil risiko, dan punya bukti untuk diceritakan. Apakah yang membuatkan dirinya bertindak? Apakah yang membakar semangat nya untuk mengejar menjadi seorang fashionista yang diidamkan?

Seorang lelaki yang mencintai kehidupan, sebuah rancangan mengenai Dato' Rizalman pastinya tidak lengkap tanpa mengikuti beliau menjelajah ke seluruh dunia. Siap sedia untuk sama-sama terbang merentasi negara seperti ke Paris, Guang Zhou dan negara jiran Singapura sambil mengikuti beliau dalam sesi pencarian sumber material hingga penggambaran fesyen.



Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemunculan istimewa rakan-rakan istimewa Dato' Rizalman termasuklah selebriti tanah air Neelofa, bekas ratu cantik Deborah Henry, penyanyi Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Sememangnya seorang ikon stail, Dato' Rizalman sentiasa menarik perhatian dan menjadi rujukan golongan kelas atasan dalam segala perkara, daripada busana formal hingga ke pakaian kasual.



Selain daripada kelompok fashionista Malaysia, RIZALMAN akan menyoroti di belakang tabir setiap insan yang menjadikan beliau sehingga berada di tahap ini, serta insan yang sangat istimewa bagi nya termasuklah dua anak lelakinya yang comel. Siri ini turut mengintai ke dalam kediaman rahsia dan momen peribadinya yang jarang sekali dapat dirakam.



Bukan itu sahaja, rancangan ini juga bakal memperlihatkan Koleksi Jubilee - 25 tahun Dato' Rizalman yang dinanti-nantikan. Bagi seorang pereka yang telah bekerjasama dengan Zalora, Butik Fesyen secara atas talian terbesar di Asia Tenggara, ianya sesuatu yang mengujakan untuk menyaksikan apakah langkah beliau yang seterusnya.










Menurut Rizalman, sekarang adalah masa yang tepat untuk berada seiring dengan jenama antarabangsa yang lain dan sebagai wakil Malaysia dalam platform serantau, beliau gembira untuk berkongsi telatah dramatiknya di Life Inspired. Apabila diajukan pelawaan untuk menyertai siri realiti ini, Rizalman dengan senang hati bersetuju.

“Ia bagaikan impian menjadi kenyataan bagi saya apabila dipelawa untuk disiarkan dalam Life Inspired. Ia merupakan salah satu daripada saluran TV kegemaran saya dan menjadi hasrat saya untuk memenuhi permintaan penonton yang ingin mengetahui dengan lebih dalam mengenai rahsia hidup Rizalman dan bagaimana saya mengendalikan banyak proses kreatif dalam bidang kerja saya. Saya sering kali diajukan soalan bagaimana saya mengurus semua perkara. Sebagai salah seorang tastemaker Asia, saya berharap rancangan ini akan menjawab sebahagian daripada persoalan anda dan memberikan anda inspirasi untuk beraya dengan lebih lagi”, ujarnya.



Anda boleh menyaksikan siri 8 episod berdurasi 30 minit bagi setiap episod bermula 30 Mei 2017 (Selasa) pada pukul 10 PM MY/SIN/HK melalui siaran Life Inspired, Astro CH.728. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan Astro On Demand.



MENGENAI LIFE INSPIRED
Life Inspired merupakan sebuah saluran televisyen mengenai gaya hidup dalam definisi tinggi. Ia merupakan saluran yang pertama dalam rantau ini. Life Inspired disiarkan secara pan-serantau di seluruh Asia dan kian giat meluaskan langkah. Saluran ini menyajikan penonton dengan kandungan berkonsep Asia, berperanan sebagai jendela kepada dunia gaya hidup penuh inspirasi buat penggemar trend kosmopolitan. Rancangan Life Inspired yang pertama disiarkan serta kandungan eksklusifnya berkisar mengenai lima aspek dalam gaya hidup yang ideal: Makanan, Rumah, Kesihatan, Makan Angin dan Stail.

Layari laman web di www.litvchannel.com , 
Laman Facebook: www.facebook.com/litvchannel atau 
Laman Instagram: www.instagram.com/litvchannel untuk informasi lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RIZALMANXLIFEINSPIRED #LIFEINSPIREDORIGINAL #RIZALMAN 




0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.