SHOWCASE GANDINGAN AIMAN TINO BERSAMA SANDRA MENTOR DAN SUFIAN SUHAIMI DI MATIC MENDAPAT REAKSI POSITIF PENONTON

9:24 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Buat julung kalinya, 3 penyanyi baru yang kian meniti di bibir peminat muzik tanah air, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor disatukan di atas pentas dalam satu showcase khas yang diberi nama SHOWCASE DUA JIWA SATU HATI. Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang Kuala Lumpur, showcase ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 5 Mei sehingga 7 Mei 2017 (Jumaat-Ahad). Saya berkesempatan hadir pada hari terakhir. Gabungan tiga nama baru ini dalam satu pentas adalah bertujuan untuk memberi platform dan pendedahan kepada golongan artis muda mengadakan persembahan pentas selain menjadikan MaTIC sendiri sebagai lokasi terbaik kepada para artis yang ingin mengadakan persembahan. Satu usaha positif bagi pihak MaTIC dan juga pihak LAGA EMAS Entertainment selaku penganjur utama showcase ini.

Saya cukup terkejut melihat bilangan peminat yang hadir kerana boleh dikatakan hampir 80 % ruang dewan berjaya di penuhkan. Bagi saya ini satu petanda positif kepada artis muda dan kepada industri hiburan tanahair umumnya kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat sudi untuk berbelanja membeli tiket menonton persembahan artis tempatan.

dewan mulai penuh

emcee pada malam itu persis Wak Doyok

Showcase di buka dengan persembahan oleh Sufian Suhaimi, artis yang bakatnya dicungkil melalui laman Youtube menyampaikan lagu dari single kedua beliau, Harus Aku diikuti dengan lagu Bunyi Gitar dan Count on Me. Kemudian beliau menjemput Sandra untuk berduet menerusi lagu Love You Like a Love Song.



peminat dari Singapura pun ada!










Kehangatan pentas diteruskan dengan persembahan solo dari Sandra Mentor. Untuk pengetahuan semua, Sandra merupakan bekas protégé Dayang Nurfaizah dalam peringkat saringan rancangan realiti Mentor Legend. Beliau tewas kepada Azmil ketika itu. Beliau memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu Ku Tak Mahu Cinta disusuli dengan lagu Hey Kau. Beliau turut membuat kejutan dengan menyampaikan single terbaru beliau yang berjudul Aku dan Kekasih buat pertama kali. Single ini bakal menjengah pasaran tidak lama lagi.











Selepas itu, Aiman Tino terus mendominasi pentas dengan menyampaikan beberapa buah lagu bermula dengan lagu Permata Cinta dengan kemunculan istimewa kakak beliau, Fara Hazel. Ia disusuli dengan dendangan lagu pop yeh yeh, Peracun Kalbu, Here Without You dan lagu yang menjadi fenomena di Youtube seterusnya mengangkat nama Aiman Tino, Ku Rela Di Benci. Aiman dan Sufian kemudiannya berpadu suara dengan menyampaikan lagu AKU PENGHIBUR. Showcase ini turut diselang seli dengan pemberian coklat dan kuntuman bunga kepada beberapa penonton bertuah pada malam itu.


duet bersama kakak Aiman, Fara Hazel
 



peminat cilik dari Manchester sanggup datang



Akhir sekali, ketiga-tiga penyanyi ini muncul bersama di atas pentas utama dengan menyampaikan lagu terakhir, Seiring dan Sejalan sebagai penutup tirai. Showcase ini telah diiringi oleh barisan pemuzik handalan seperti Nad (gitaris), Kelly (bass), Firdaus (keyboard) dan Ujang (drum) selaku pengarah muzik pada malam itu.







Secara peribadi, saya berpendapat SHOWCASE DUA JIWA SATU HATI ini adalah satu permulaan yang baik kepada ketiga-tiga penyanyi muda ini menonjolkan potensi diri dalam industri kreatif. Walaupun masih nampak perasaan malu dan kekok terutama sekali apabila berinteraksi bersama penonton, secara keseluruhannya showcase ini menampakkan kebolehan diri masing-masing dalam mengemudi showcase sendiri. Saya harus memberi kredit kepada Aiman Tino yang sudah mulai nampak kematangan dalam persembahan beliau. Cara beliau berkomunikasi dengan penonton juga harus dipuji. Setiap kali berinteraksi dengan penonton pasti akan ada unsur humor. Keep it up Aiman! Mana tahu selepas ini akan ada persembahan berskala besar pula buat ketiga-tiga penyanyi muda ini.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIMANTINO #SUFIANSUHAIMI #SANDRAMENTOR

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.