THE KUALA LUMPUR JOURNAL HOTEL MENYAJIKAN SUASANA BERBUKA PUASA DI RUMAH SEMPENA RAMADHAN 2017

8:36 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Jika tiba bulan Ramadhan pastinya banyak hotel mahupun restoran berlumba-lumba mengadakan bufet berbuka puasa. Seleksi juadah paling banyak dianggap lebih mudah untuk menarik perhatian pengunjung supaya datang berbuka puasa. Namun apabila masing-masing mengejar kuantiti pengunjung dengan cara sebegitu mereka terlepas pandang akan kualiti rasa juadah yang ditawarkan. Bayar mahal, banyak pilihan juadah berbuka puasa tapi kualiti rasa indah khabar dari rupa. Satu lagi isu yang sering dibangkitkan ketika berbuka puasa dengan bufet ramadhan adalah pembaziran. Hakikatnya bila bulan Ramadhan, kita bukannya makan banyak sangat pun. Jadi lebihan juadah ini nanti akhirnya masuk ke tong sampah. Maka tujuan asal dan nikmati pahala kita berpuasa tersasar.

Apa kata bulan Ramadhan kali ini kita beralih selera dengan menikmati juadah secara makanan hidang? Sekurang-kurangnya kualiti rasa terjaga dan makanan yang dipesan habis dimakan tanpa perlu membazir. Saya cukup tertarik dengan konsep menu iftar yang disediakan oleh THE KUALA LUMPUR JOURNAL HOTEL melalui restorannya, KEDAI KOPI JOURNAL. Makanan hidang di inspirasikan dari tiffin/bekas sia/mangkuk tingkat bagi saya cukup nostalgia. Mengimbau suasana berbuka puasa bersama keluarga dimana masing-masing berkumpul dihadapan menu sementara menanti kan waktu berbuka puasa. Indah kan momen tu? Selain dapat berbuka puasa, ikatan silaturrahim dapat dieratkan. Tak perlu lagi duduk bangun ke meja bufet kerana semua hidangan tersedia di meja. Ditambah pula dengan dekorasi restoran ini yang menggabungkan konsep OLD SCHOOL COFFEE SHOP dan MODEN pasti memukau pandangan. HIPSTER GILER!












Bagi anda yang tidak tahu, The KL Journal Hotel adalah hotel berkonsepkan boutique hotel yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang. Walaupun baru tapi kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan bertaraf antarabangsa. Siap ada infinity pool lagi dekat rooftop!






“Idea disebalik menu Iftar @ Kedai Kopi Journal adalah untuk mencipta suasana berbuka puasa seperti di rumah memandangkan ramai orang tidak sempat pulang ke rumah selepas kerja tetapi ingin menikmati konsep home-style cook”, jelas Chef Teng, chef yang menjadi tulang belakang pada Kedai Kopi Journal ini.

Di Kedai Kopi Journal ini, anda boleh memilih untuk memilih samada set A atau Set B. Setiap set ini memang telah dibuat sesuai untuk santapan 5 orang dewasa. Dengan juadah buah kurma, keropok ikan, acar jelatah/kerabu betik sebagai pembuka selera pastinya akan membangkit selera setelah seharian berpuasa. Buah Kurma sememangnya diakui mampu memberi tenaga pantas pada tubuh badan.

Kerabu Betik - Pickled and shredded green papaya salad Thai style

Acar Jelatah - sliced pineapple, cucumber and red onions tossed with Malay style dressing

Anda boleh terus menikmati hidangan utama seperti Nasi Tomato dengan Green Curry Spring Chicken, Kambing Bakar ataupun Steamed Rice dengan Fish and Vegetable Curry, Otak-otak dan Beef Rendang. Terus terang saya katakan menu hidangan utama ini adalah yang terbaik pernah saya makan. Beef Rendang Yang cukup rasa rempah, daging nya lembut dan tidak terlalu berkuah dan tidak terlalu kering. Just nice! Begitu juga dengan Fish Curry yang cukup lemak manis serta isi dan kepala ikan nya yang segar memang membangkit selera. Tidak dilupakan adalah Green Curry Spring Chicken disini memang terbaik. Ayamnya dipanggang rapi menghasilkan isi yang lembut ditambah pula dengan kuah karinya yang pekat sememangnya melengkapkan momen iftar. Menu Kambing Bakar jangan dilupa kerana daging nya cukup lembut dan cukup rempah digandingkan bersama sos asam jawa. Begitu mudah dikunyah kerana kelembutan isinya.

Otak-Otak is Pan Fried fish cake wrapped in banana leaf

Chicken & Beef Satay - Marinated meat on skewer served with satay condiments and peanut sauce

Beef Rendang - Braised beef cooked in traditional Malay spices

Kambing Bakar - Grilled marinated lamb served with tamarind sauce

isi kambing bakar cukup lembut!

Green Curry Spring Chicken - Grilled whole spring chicken in a rich and thick green curry broth

Fish and Vegetable Curry served in a spicy curry broth

Nasi Tomato - fragrance long rain rice boiled with traditional herbs and tomatoes

Akhiri iftar anda dengan seleksi pencuci mulut istimewa iaitu variasi kuih muih Melayu, Cendol, Air Sirap Bandung. Jangan terkejut jika anda dihidangkan dengan kek berperisa teh Tarik. Sesuatu yang lain dari yang lain. Rasanya cukup sempurna. Wajib cuba!

Traditional kuih muih

kek perisa teh tarik

super delish!

Cendol KL Journal style!

Harga yang ditawarkan cukup berpatutan. RM298 nett untuk 5 orang. Pastikan anda membuat tempahan sehari lebih awal supaya pihak dapur Kedai Kopi Journal dapat menyediakan menu yang panas-panas kerana menu disini dimasak on the spot untuk mengekalkan keaslian rasa dan tekstur masakan. Jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di Kedai Kopi Journal, THE KUALA LUMPUR JOURNAL HOTEL bermula dari 28 Mei-24 Jun 2017.

Selain itu, The KL Journal Hotel akan mengadakan pasar jualan sempena Aidilfitri yang dipanggil “Pelita Hati” pada 10-11 Jun 2017 (Sabtu-Ahad). Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan sempena lebaran seperti busana raya, aksesori seperti beg tangan, kasut, kuih raya. Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan perhiasan rumah dan juga produk kecantikan. Pendek kata, semua yang anda perlukan untuk menyambut Aidilfitri ada di pasar jualan Pelita Hati ini.


IFTAR @ KEDAI KOPI JOURNAL 

SET A 
PEMBUKA SELERA 
BUAH KURMA 
KEROPOK IKAN 
ACAR JELATAH 

MENU UTAMA 
SATE AYAM/LEMBU 
GREEN CURRY SPRING CHICKEN 
KAMBING BAKAR 
NASI TOMATO 

PENCUCI MULUT 
TRADITIONAL MALAY KUIH 
CENDOL 
AIR SIRAP BANDUNG 

SET B 
PEMBUKA SELERA 
BUAH KURMA 
KEROPOK IKAN 
KERABU BETIK 

MENU UTAMA 
OTAK-OTAK 
FISH AND VEGETABLE CURRY 
BEEF RENDANG 
STEAMED RICE 

PENCUCI MULUT 
TRADITIONAL MALAY KUIH 
CENDOL 
AIR SIRAP BANDUNG 






LOKASI THE KL JOURNAL HOTEL:
NO 30, BEREMI OFF JALAN SULTAN ISMAIL, 50200 KUALA LUMPUR (BELAKANG BANGUNAN HSBC)

TEL: 03-21102211

HARGA SET IFTAR @ KEDAI KOPI JOURNAL: 
RM298 NETT FOR 5 PAX



LAMAN WEB RASMI: www.kljournalhotel.com


LAMAN INSTAGRAM: www.instagram.com/thekljournal






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLJOURNAL #IFTARTHEKLJOURNAL #EATDRINKKL 

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.