MAKAN-MAKAN DI NEXT FOOD JUNCTION KLANG PARADE – ANTARA FOOD COURT TERBAIK PERNAH DIKUNJUNGI

11:41 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Pusat membeli belah adalah antara daya tarikan yang cukup terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan yang Malaysia sendiri antara negara yang mempunyai pusat membeli belah terbanyak didunia. Ada di antara pusat membeli belah di Lembah Klang yang berada dalam kedudukan TOP 10 THE Biggest Mall in the world. Ini menunjukkan bahawa rakyat kita suka berkunjung ke pusat membeli belah. Ini disebabkan kebanyakan pusat membeli belah kini ibarat one stop centre kepada kehidupan harian masyarakat. Ada kedai pakaian, pejabat pos, pawagam, pusat bowling, pusat telekomunikasi, pelbagai jenis restoran dan banyak lagi. Jadi ia memudahkan orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan di bawah satu bumbung,

Antara pusat membeli belah kegemaran saya adalah KLANG PARADE. Ia adalah antara pusat membeli belah yang boleh saya katakan legend kerana masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Setelah ia mengalami transformasi, kini KLANG PARADE berwajah baru sesuai dengan era masa kini.

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Klang Parade untuk acara santai bersama teman-teman. Mengikut perancangan asal ingin berkaraoke namun full house pula pusat karaoke itu. Jadi kami semua sepakat untuk lepak sambil makan-makan sahaja. Kebetulan di aras 5 ini juga terdapat satu food court yang diberi nama NEXT FOOD JUNCTION.

NON HALAL SECTION

HALAL SECTION

LUAS DAN SELESA

SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA














Saya cukup suka makan disini kerana ada pelbagai pilihan makanan untuk dicuba. Malah ia turut mengasingkan antara Non Halal section dengan yang Halal. Kalau anda masuk ke dalam NEXT FOOD JUNCTION ini anda pasti rambang mata hendak makan apa. Dari masakan melayu, western food, Ayam Penyet, Masakan Portugis pun ada. Semestinya banyak pilihan mengikut selera masing-masing.







AYAM PENYET

SIZZLING NOODLE

MEE KARI

Antara yang menjadi kegemaran saya adalah gerai yang menjual western food. Ini kerana harga yang ditawarkan cukup murah jika dibandingkan dengan kuantiti. Senang kata puas hati! Sedap pun sedap.

ABC SPECIAL RM5 SAHAJA

CHEEZY WEDGES RM6.90

OBLONG AYAM INI DALAM RM10 SAHAJA

Jadi jika anda berkunjung ke KLANG PARADE, jangan lupa untuk singgah ke NEXT FOOD JUNCTION yang terletak di Tingkat 5. Berbaloi untuk poket dan perut anda!

Sila layari LAMAN FACEBOOK NEXT FOOD JUNCTION di www.facebook.com/NEXTFoodjunction atau INSTAGRAM RASMI di www.instagram.com/nextfoodjunction untuk mendapatkan informasi lanjut.

Memandangkan Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi, anda boleh juga membeli baju raya di BUTIK NEXT LADIES yang terletak di tingkat satu. Ada pelbagai pilihan pakaian wanita yang menarik dan mampu milik. Semua koleksi yang dijual adalah yang terkini. Ikuti FACEBOOK RASMI NEXT LADIES di www.facebook.com/NEXTLadiesMY atau INSTAGRAM di www.instagram.com/nextladiesmy .







KLANG PARADE juga tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti. Membawakan tema WARNA WARNI AIDILFITRI, pihak Klang Parade bakal membawakan selebriti terkenal tanahair seperti Adibah Noor, Misha Omar, De Fam, Ayda Jebat dan ramai lagi bagi memeriahkan Syawal 2017. Maklumat lanjut tertera pada gambar dibawah. Have fun guys! Layari www.klang.parade.com.my bagi mengetahui maklumat terkini.






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KLANGPARADE #NEXTLADIESMY #NEXTFOODJUNCTION #SYAWAL2017 #AIDILFITRI2017

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.