PEMENTASAN TEATER KUNGFU SOUL OF SHAOLIN: HUI GUANG’S STORY DARI CHINA ANTARA AKTIVITI MENARIK SEPANJANG JUN 2017 DI RESORT WORLD GENTING


Siapa yang tidak mengenali Resort World Genting. Pusat pelancongan yang cukup terkemuka di Malaysia yang terletak di Genting Highlands, Pahang ini sememangnya menjadi antara daya tarikan kepada pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Pusat pelancongan utama negara ini menyediakan pelbagai pilihan hiburan dan aktiviti santai untuk kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Untuk pengetahuan semua, First World hotel adalah hotel terbesar di dunia dan ianya terletak di Genting Highlands.

Sempena cuti sekolah yang telah berlangsung pada 27 Mei – 11 Jun 2017, telah berlangsung dua aktiviti menarik di Resort World Genting. Aktiviti ini adalah Genting International Children’s Festival 2017 dengan temanya “Art, Dance and Music" dan juga Pementasan Kungfu “Soul of Shaolin: HUI GUANG’S STORY” yang didatangkan khas dari China.

Bagi Genting International Children’s Festival 2017, terdapat 3 aktiviti yang dijalankan bertempat di pusat membeli belah terbaru, SkyAvenue iaitu “CHEERS & POM: CHEERLEADING”, “STORYLAND: COSPLAY MEET & GREET” DAN “STREET BEATS: BRASS ENSEMBLE”. Selain itu, terdapat 2 lagi aktiviti yang dijalankan di First World Rainforest iaitu “PARADISE: FOREST FAIRIES BALLET DANCE” dan "BOULEVARD’S PARADE" di Genting Grand Open Car Park.

Saya berkesempatan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SkyAvenue baru-baru ini. Saya cukup teruja dengan persembahan “CHEERS & POM: CHEERLEADING” kerana mereka cukup harmoni memainkan beberapa lagu popular masakini. Bagi acara “STORYLAND: COSPLAY MEET & GREET” pula kami disajikan dengan pelbagai karakter dari beberapa filem animasi antaranya Beauty and the Beast dan Naruto. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan karakter-karakter ini.


















Saya juga berpeluang menyaksikan pementasan kungfu yang diberi judul “SOUL OF SHAOLIN: HUI GUANG’S STORY”. Pementasan teater tanpa skrip ini cukup istimewa dengan memaparkan aksi kungfu yang biasanya hanya dapat disaksikan di kaca TV. Untuk pengetahuan semua, pementasan ini telah menerima pencalonan di 63rd Tony Awards pada 2009 dan telah dipentaskan di lebih 500 destinasi seluruh dunia seperti Australia, Italy, Amerika Syarikat, dan banyak lagi.





Saya cukup bertuah dan teruja dapat menonton secara live bagaimana mereka mempersembahkan seni kungfu ini. Teater ini juga penuh dengan drama dimana ia mengisahkan tentang seorang ibu yang kehilangan anaknya semasa kecil. Anak ini (Hui Guang) telah dijumpai oleh Na Luo, seorang pengamal Shaolin ini dan dijaga sehingga besar. Adakah si ibu ini akan menjumpai anaknya yang hilang itu? Anda boleh saksikan pementasan SOUL OF SHAOLIN: HUI GUANG’S STORY di Genting International Showroom bermula 28 Mei sehingga 26 Jun 2017. Pementasan selama 2 jam ini berlangsung setiap hari sepanjang tarikh ini dengan dua slot iaitu pada pukul 4 petang dan 9 malam.











Dapatkan tiket yang berharga RM 156 (VIP), RM 126 (PS1), RM 96 (PS2). Bagi ahli Genting Rewards Card (GRC) anda layak mendapat 10% diskaun untuk pembelian tiket pementasan ini (Harga tiket tidak termasuk RM4 processing fee).

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rwgenting.com atau telefon 03-27181118. Pementasan yang tidak boleh dilepaskan!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SOULOFSHAOLIN #RESORTWORLDGENTING #GENTINGHIGHLANDS 




0 Comments