RANGKAIAN PUSAT MEMBELI BELAH SUNWAY MALLS MENYEMARAKKAN SUASANA AIDILFITRI 2017 DENGAN TEMA FLORA DAN FAUNA

5:26 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Bila tiba musim perayaan, anda boleh lihat kemeriahan melalui dekorasi di setiap kompleks membeli belah. Macam-macam tema kita boleh lihat dengan macam-macam idea kreatif yang cuba ditonjolkan. Semuanya hanyalah untuk memeriahkan sambutan hari perayaan yang dinantikan semua. Ini termasuklah kompleks membeli belah di bawah seliaan Sunway Group. Bagi meraikan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak Sunway Group melalui 5 buah pusat membeli belah di bawahnya bergabung melancarkan sambutan Aidilfitri 2017. Diam tak diam sudah 20 tahun Sunway Malls wujud dalam industri ini.

Berlangsung di Sunway Putra Mall, acara pelancaran sempena Hari Raya Aidilfitri ini telah disempurnakan bersama oleh Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim selaku Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group, HC Chan (Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks), Kevin Tan (Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls), Chow Weng Wah (Pengurus Besar Sunway Carnival Mall), Phang Sau Lian (Pengurus Besar Sunway Putra Mall), KS Wong (Pengurus Besar Kanan Sunway Velocity Mall) dan Albert Cheok (Pengurus Pusat Sunway Giza. Acara menyiram pokok bunga sebagai tanda perasmian cukup simbolik kerana ia mencerminkan manifestasi Kumpulan Sunway dalam misi dan visi pembangunan berterusan.


MARSHA MENGHIBURKAN TETAMU YANG HADIR.

Sunway Putra Mall yang terletak di Jalan Putra, Chowkit yang menjadi lokasi acara perasmian ini tersergam indah dengan dekorasi suasana hutan rimba dan landskap hijau bertemakan PESONA RAYA. Pihak Sunway Putra Mall menjanjikan suasana membeli belah cukup mewah dengan membawakan beberapa nama besar dalam industri fesyen tanahair seperti Datuk Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Bohari KL dan ramai lagi melalui koleksi terkini Aidilfitri masing-masing. Tidak ketinggalan Kraftangan Malaysia turut sama memeriahkan suasana raya dengan menyediakan pelbagai produk kraftangan seperti batik kepada pengunjung membeli belah.





Setiap pusat membeli belah dibawah kumpulan Sunway mempunyai tema berbeza seperti Sunway Pyramid (The Beauty of Raya), Sunway Velocity (An Enchanting Raya), Sunway Carnival Mall (Indahnya Raya) dan Sunway Giza lebih kepada konsep bazaar raya.

Sepanjang bulan perayaan ini, pengunjung juga bakal disajikan dengan pertunjukan fesyen dan tarian tradisional. Pihak Sunway Putra Mall juga akan mengadakan Bengkel Kraf dan Seni Tradisional oleh Kraftangan Malaysia dimana pengunjung boleh mempelajari seni pembuatan batik, penghasilan barang kemas dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja. Sepanjang tempoh sambutan ini, pengunjung bagi setiap pusat membeli belah di bawah Kumpulan Sunway boleh membawa pulang beberapa barangan menarik secara percuma melalui pembelian minimum.


SUNWAY PYRAMID
PERCUMA TIFFIN EKSLUSIF DENGAN PEMBELIAN RM 500 (RM 400 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) DALAM 2 RESIT 


SUNWAY VELOCITY MALL
PERCUMA TIFFIN EKSLUSIF DENGAN PEMBELIAN RM500 (RM400 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) DALAM 2 RESIT

PERCUMA BAUCER MAKANAN & MINUMAN DENGAN PEMBELIAN RM 200 (RM 100 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) DALAM SATU RESIT


SUNWAY PUTRA MALL
PERCUMA TIFFIN EKSLUSIF DENGAN PEMBELIAN RM 400 (RM 300 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) DALA 3 RESIT 

PERCUMA SAMPUL RAYA DENGAN PEMBELIAN RM 250 (RM 150 BAGI PEMEGANG KAD HSBC DAN AHLI SUNWAY PALS) DALAM DUA RESIT


SUNWAY CARNIVAL MALL
PERCUMA POT MINI SERAMIK EKSKLUSIF DAN/ATAU SAMPUL RAYA DENGAN PEMBELIAN RM 200 (RM 100 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) ATAU RM 400 (RM 300 BAGI PEMEGANG KAD HSBC) DALAM 2 RESIT 





Setiap pusat membeli belah Sunway akan memberikan benih bunga secara percuma kepada pengunjung tanpa syarat pembelian. Ini adalah usaha murni pihak Sunway dengan kerjasama UNITED NATIONS SUSTAINABLE DEVELOPMENT SOLUTIONS NETWORK (UNSDSN) ASSOCIATION dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar. Dapatkan sementara stok masih ada!

Jadi apa tunggu lagi! Nikmati pengalaman sebenar membeli belah dengan rangkaian SUNWAY MALLS sepanjang bulan perayaan ini. Dapatkan informasi lanjut dengan melayari laman web rasmi seperti dibawah ini. Selamat Membeli Belah Raya!

LAMAN WEB RASMI:


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUNWAYMALLS #SUNWAYGROUP #AIDILFITRI2017 #SYAWAL2017 #SHOPPINGMALLS




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.