SEHARI BERJALAN DI CITTA MALL ARA DAMANSARA PADA BULAN RAMADHAN 2017

11:39 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Salam sejahtera. Bagaimana ibadah puasa anda semua setakat ini? Adakah puasa anda masih on track? Harap-harap begitulah. Jangan ada yang puasa yang yok pula. Umur dan besar panjang kalua boleh kenalah berpuasa penuh (kecuali atas alasan-alasan yang munasabah). Kita kena lah menjadi contoh kepada anak-anak kecil kan. Selain berpuasa, kita kena lah mengambil peluang bulan penuh keberkatan ini dengan mengambil peluang menjalankan ibadah kepada Allah. Contohnya bersedekah dan menjalani ibadah tarawih. Barulah bulan Ramadhan kita lebih diberkati.

Bercakap tentang Ramadhan ini, saya percaya anda semua sudah berkira-kira untuk membuat persiapan menyambut Syawal bukan? Bagi ibu bapa sudah tentulah akan menyiapkan keperluan anak-anak seperti baju raya. Biasanya setiap musim perayaan, pusat membeli-belah tidak mahu ketinggalan menyemarakkan kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan jualan murah. Itu belum lagi dengan perang dekorasi raya yang paling menarik antara pusat membeli-belah.

Antara pusat membeli-belah kegemaran saya adalah Citta Mall yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya. Apa yang membuatkan saya suka akan Citta Mall adalah suasana disini lebih privasi dan berkonsepkan green mall/open space. Malah kemudahan ruang parkir yang luas menyenangkan urusan saya. Bukan mudah untuk mendapatkan parkir pada musim perayaan ini kerana lazimnya inilah masa untuk orang ramai keluar dan membeli barang keperluan menyambut lebaran.

Sambil window shopping, saya sudah nampak dekorasi raya yang cukup menarik di Citta Mall. Ia cukup klasik dan nostalgia dengan hiasan wau bulan dan congkak. Mood raya di kampung membuak-buak di hati.



Sambil berjalan-jalan bersama rakan-rakan, kami sempat singgah di satu kedai menjual perabot berasaskan kayu, METHIS LIVING. Menarik sunggun konsep perabot disini. Sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dalam hiasan dalaman rumah sempena lebaran.





ALAMAT METHIS LIVING : S-28A, 2ND FLOOR, CITTA MALL

Puas membelek perabot, kami terus berjalan-jalan lagi sehingga kami ternampak akan satu kedai menjual basikal. VOLT BICYCLE nama kedainya. Rakan saya ni seorang yang suka akan aktiviti berbasikal. Jadi beliau sengaja singgah untuk melihat apa aksesori yang terkini yang boleh dibeli untuk hobinya itu. Siapa yang gila basikal memang kena datang ke kedai ini kerana terdapat banyak pilihan basikal serta aksesori yang berkualiti namun harga mampu milik.





ALAMAT VOLT BICYCLE: G-03A, CITTA MALL


Saya terlupa yang tahun ini keluarga saya ingin mengadakan acara BBQ sempena Aidilfitri. Maklumlah bukan senang dapat menghimpunkan seluruh ahli keluarga dalam satu masa. Jadi kesempatan Syawal tahun ini diambil memandangkan semua adik beradik saya akan berkumpul di rumah keluarga saya pada hari raya pertama. Nasib baik di Citta Mall terdapat satu kedai khas menjual peralatan BBQ iaitu BBQ KING. Macam-macam jenis peralatan memasak BBQ ada di sini dari harga yang paling murah sampailah harga mewah. Teruja saya melihatnya. Pastinya tahun ini, himpunan keluarga saya sempena Syawal lebih bermakna dengan kenduri BBQ!





ALAMAT BBQ KING: S-30, 2ND FLOOR, CITTA MALL


Alamak! Masa berbuka puasa dah nak tiba. Mana nak makan ni? Nasib baik lah di Citta Mall ni banyak pilihan restoran untuk menjamu selera. Memandangkan saya dan rakan-rakan sudah bosan dengan juadah masakan Melayu sebab setiap hari sepanjang bulan Ramadhan asyik makan masak lemak, kari, kuih muih dan teh Tarik. Jadi kami sepakat nak makan menu barat pula. Apa pilihan restoran Barat yang ada di Citta Mall ini?

Ada 2 restoran masakan barat yang cukup terkenal iaitu CHILI'S GRILL & BAR DAN TONY ROMA'S. Kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi kualiti rasa dan perkhidmatan. Tony Roma's terkenal dengan keenakan Tony’s Beef Ribs Platter consists of World Famous Bountiful Beef Ribs, Half BBQ Chicken and 10oz. New York Strip Steak, The Lamb Lover’s Platter consists of Lamb Ribs Roma Rack, Lamb Cevapi and Half BBQ Chicken. Manakala Chili's pula memang cukup dikenali dengan sajian burger nya. Akhirnya kami pilih TONY ROMA'S memandangkan kami semua sudah lama tidak makan disini dan teringin pula ingin makan RIBS SET. Kami lepak agak lama juga disini. Sampai nak dekat tutup kedai jugalah.





ALAMAT TONY ROMA’S: G-46, CITTA MALL











ALAMAT CHILI’S GRILL & BAR: G-01, CITTA MALL





Kepada anda semua yang ingin mencari lokasi santai bersama keluarga, CITTA MALL adalah pilihan terbaik anda. DIsini terdapat pelbagai pilihan untuk anda seisi keluarga dan teman-teman boleh lakukan. Shopping, menonton wayang, karaoke, gimnasium, kedai kasut, kedai kacamata, restoran barat dan Asia semua tersedia untuk anda.

ALAMAT: NO.1, JALAN PJU1A/48, ARA DAMANSARA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR


LAMAN WEB: www.cittamall.com




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CITTAMALL #SYAWAL2017 #ARADAMANSARA




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.