KILLER FISH HEAD CURRY SET DI THE KL JOURNAL ADAKAH BENAR-BENAR MEMBUNUH SELERA?

11:21 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 11 Comments


Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia adalah penggemar kari. Tidak kira sama ada kari ayam, daging, ikan, sotong dan lain-lain lagi pasti nya menjadi juadah santapan utama terutamanya waktu makan tengahari. Bila sebut sahaja tentang kari, apa yang terlintas di minda adalah Kedai Mamak bukan? I believe most of you out there strongly claimed that Mamak serves the best curry in town bukan? Say no more to Mamak kerana kini anda akan terkesima dengan menu kari yang ditawarkan oleh The KL Journal Hotel melalui restorannya, Kedai Kopi Journal.

Terletak di Jalan Beremi, hotel The KL Journal merupakan antara hotel yang harus diberi perhatian kepada anda yang mencari penginapan percutian di bandar Kuala Lumpur. Mereka bukan sahaja menyediakan the most comfy rooms with great facilities, malah menu yang disediakan kepada pengunjung melalui Kedai Kopi Journal tidak harus dipandang sepi.

Melangkah masuk ke dalam ruang Kedai Kopi Journal sahaja membuatkan saya seperti berada rumah. Dekorasi yang berkonsepkan moden dan klasik memberikan saya satu aura berbeza. Teringat pula pada kampung halaman. Kombinasi idea kopitiam dan kafe moden adalah sesuatu yang hipster bagi saya. Kreatif.














Saya pernah berkunjung ke sini sebelum ini kerana terlalu terpesona dengan keenakan menu Rendang Daging nya. What I can say is nobody can beat their Beef Rendang so far (even my own mum)!

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai menu baru yang dibawakan oleh Kedai Kopi Journal iaitu Kari Kepala Ikan. Apa yang istimewa tentang Kari Kepala Ikan oleh Chef Heng ini? Pertama kali saya melihat pada warna kuahnya saya sudah boleh meneka sama ada kari ini sedap atau sebaliknya. Warna kuahnya sudah boleh menggambarkan akan kelikatan dan cukup santan pada Kari Kepala Ikan ini. Kuahnya tidak terlalu berbau rempah dan kuantiti santannya cukup rasa sehinggakan saya boleh menghirup kuahnya acap kali.



Ikan yang digunakan juga bukan sebarangan ikan. Mereka menggunakan ikan merah yang pastinya anda sedia maklum akan harganya dipasaran. Saya percaya pihak Kedai Kopi Journal ingin memastikan bahawa hanya bahan terbaik sahaja digunakan dalam setiap masakan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Kita hendak menjamu tetamu semestinya kenalah menyediakan the best food kan?



Isi ikan merah pada kari ini sungguh segar. Ia boleh dilihat kepada kekenyalan isi ikan ini. Bukan itu sahaja. Kepala ikan nya juga cukup enak sehingga saya tidak malu menggunakan tangan untuk menghisap tulang-tulang pada kepala ikan tersebut. Pelengkap rasa kepada Kari Kepala Ikan ini adalah campuran bendi dan buah tomato untuk sedikit rasa masam. Secara peribadi, Kari Kepala Ikan di Kedai Kopi Journal adalah antara yang terbaik pernah saya rasai setakat ini. Sekarang saya mengerti kenapa set kari ini diberikan nama KILLER FISH HEAD CURRY SET. Ia memang benar-benar membunuh diet saya. Saya yang jarang makan banyak boleh menambah sehingga tiga kali hanya untuk menu ini.







Set ini didatangkan bersama nasi putih, jelatah dan papadom dan bias dinikmati untuk 4 orang dewasa. Harga yang ditawarkan adalah RM50 nett. Yes! You heard me! It’s only cost you RM12.50 per pax. Bagi saya ia lebih dari berbaloi kerana set karinya sememangnya tidak kedekut isi ikan dan pastinya anda sanggup untuk menambah nasi ke pinggan lagi. Apa lagi yang anda inginkan lagi?



Terus menuju ke The Kl Journal Hotel bagi merasai sendiri keenakan Kari Kepala Ikan ini. Pihak Kedai Kopi Journal sedia menyambut kehadiran anda bersama rakan dan keluarga untuk santapan makan tengahari mahupun makan malam.

LOKASI 
KEDAI KOPI JOURNAL, THE KL JOURNAL HOTEL

NO.30, JALAN BEREMI 
OFF JALAN SULTAN ISMAIL, 
50200 KUALA LUMPUR

TEL: 
016-2117319
03-21102211



Kedai Kopi Journal - The Kuala Lumpur Journal Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEKLJOURNAL #KEDAIKOPIJOURNAL #FOOD #FOODIE




11 comments:

  1. Kena cuba ni...must try...

    ReplyDelete
  2. Lapar di buat, dan teringin nak makan sekarang jugak.. tak baik buat begitu pada kawan yang tengah nak diet ni... Hahahah tapi ini memang sedap gile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tapi memang sedap dan berbaloi kan!

      Delete
  3. Pergh.. Sedap sungguh nie.

    Boleh cuba jika ada peluang..

    ReplyDelete

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.