KUNJUNGAN PERTAMA KALI KE ALANNA'S KITCHEN PANDAN INDAH MEMBUAT SAYA TERKESIMA

11:58 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Tajuk kali ini agak berbeza dari biasa. Apa yang membuat saya terkesima tatkala menikmati hidangan di Alanna’s Kitchen Pandan Indah ini? Teruskan membaca bingkisan ini. Saya jarang sekali berada di kawasan Pandan Indah. Apatah lagi untuk menyelongkar tempat makan menarik disini. Mungkin faktor jarak dan tujuan membataskan langkah sana ke sini.

Bila dijemput oleh pihak Kiple melalui Kiple’s Influencers Program (KIP) untuk merasai menu di Alanna’s Kitchen, saya tidak menolak kerana inilah masa saya untuk meneroka foodie place di kawasan ini. Terima Kasih kepada Encik C.Y selaku wakil dari Kiple. Bagi anda yang tertanya-tanya apakah Kiple, boleh klik di pautan ini http://kiplepay.com/kip . Secara asasnya Kiple ini boleh dikategorikan sebagai e-wallet/mobile wallet dimana anda berbelanja sambil mendapat rebat tunai dan diskaun tanpa membawa duit. Menarik bukan!

Sebut tentang Alanna’s Kitchen, saya membayangkan ia adalah sebuah tempat makan yang menyediakan makanan melayu. Lagipun Sedap nama Alanna. Mengingatkan saya kepada anak-anak kecil yang comel. Tak begitu!

Tidak susah pun mencari restoran ini. Ia berhampiran dengan The Store Pandan Indah sahaja. Bila saya melangkah masuk ke dalam restoran ini, saya lihat suasana sekeliling cukup simple dan tenang. Barangkali tuan empunya restoran ini berpegang kepada konsep Less Is More dalam dekorasi dalaman restoran ini. Sambil kusyuk melihat ruangan kedai, tiba-tiba saya telah disapa mesra oleh seorang wanita berbangsa Cina. Madam Q, beliau merupakan idea disebalik kewujudan restoran ini.










Saya sempat berbual sambil mengorek rahsia akan penubuhan Alanna’s Kitchen. Saya cukup kagum dan teruja dengan setiap penjelasan dari beliau. Penuh karisma dalam setiap tutur kata. Kata beliau, Alanna adalah gabungan nama anak perempuan dan suami beliau. Jelas beliau lagi, restoran ini lebih berkonsepkan home cook dimana beliau menginginkan setiap pelanggan yang datang dapat merasai pengalaman makan masakan seperti di rumah. Malah setiap menu disini adalah homemade recipe iaitu air tangan Madam Q sendiri. Saya sempat melihat dinding kedai ini yang dihias dengan lukisan mural. Bila ditanya, beliau memberitahu mural yang berbentuk tajuk lagu ini dilukis oleh anak perempuan beliau sendiri dan juga hasil kerja tangan pekerja beliau. Jika anda amati, mural tersebut berupa tajuk-tajuk lagu dari era dulu hingga kini. Menarik idea ini.

Apabila saya amati menu di Alanna’s Kitchen, antara yang menarik perhatian saya adalah makanan Arab. Something rare and different. Belum pernah saya berjumpa restoran yang dimiliki oleh bangsa Cina menyediakan masakan Arab. Yang paling utama sekali restoran Alanna’s Kitchen ini mempunyai sijil halal yang sah dari pihak JAKIM. Selain masakan Arab, Alanna’s Kitchen juga menyediakan hidangan makanan barat dan juga masakan melayu. Bukan itu sahaja, restoran ini juga turut menyediakan pilihan homemade cheesecake, homemade ice-cream dan juga waffle. Yes! Semuanya homemade dan surprisingly semuanya adalah hasil air tangan Madam Q.

Antara menu yang sempat saya cuba adalah Arabic BBQ Chicken Mandy Rice, Shish Tawook Grilled Chicken With Mandy Rice, Arabic Lamb Mandy Rice, Spaghetti Carbonara Seafood. Sememangnya nasi arab disini adalah yang terbaik pernah saya cuba. Bukan ingin propa tapi biasa saya makan nasi arab cepat muak dek kerana rempah dan lemak dari ghee yang banyak tapi di Alanna’s Kitchen sebaliknya. Sesuai dengan selera tekak rakyat Malaysia. Dengan daging kambing yang lembut, daging ayam dipanggang rata benar-benar membangkit selera saya. Malah dengan side dish homemade garlic sauce dan Arabic Salad sememangnya pelengkap kepada rasa Nasi Arab disini. Licin saya makan!

ARABIC BBQ CHICKEN MANDY RICE

MEMANG TERANGKAT

ARABIC LAMB MANDY RICE

DAGING KAMBING NYA SUNGGUH LEMBUT

SHISH TAWOOK GRILLED CHICKEN WITH MANDY RICE

SEMPURNA RASA

Begitu juga dengan Spaghetti Carbonara Seafood disini. Tidak terlalu creamy dan kombinasi makanan laut seperti udang dan kupang menjadikan menu ini sempurna rasa. Highly recommended!

SPAGHETTI CARBONARA SEAFOOD

SEAFOOD FRESH

Tidak lengkap hidangan tanpa pencuci mulut bukan? Saya sempat merasai beberapa seleksi cheesecake beserta waffle with homemade green tea and raspberry ice-cream. Cheesecake yang sempat saya cuba adalah Key Lime, Strawberry, Green Tea dan Passion Fruit Mousse. Terus terang, cheesecake disini sememangnya sedap dan rasa cheese nya just nice. Waffle yang hidangkan cukup rangup diluar dan lembut didalam. Ketebalannya just nice. Dimakan bersama dengan aiskrim Green Tea dan Raspberry menjadikan makan malam saya lengkap. Saya cukup kagum bagaimana Madam Q boleh menghasilkan aiskrim Green Tea yang sangat sedap. Mengingatkan saya ketika menikmati aiskrim di Jepun.







STRAWBERRY CHEESECAKE

GREEN TEA CHEESECAKE

PASSION FRUIT MOUSSE CHEESECAKE

KEY LIME CHEESECAKE

WAFFLE WITH 2 SCOOPS OF ICE-CREAM

GREEN TEA AND RASPBERRY ICE CREAM TERBAIK





Juga mengagumkan saya adalah pelanggan yang hadir ke sini adalah dari segenap lapisan masyarakat. Boleh saya katakan Madam Q berjaya mewujudkan semangat Satu Malaysia melalui masakannya. Tahniah Madam!

Kalau anda tidak percaya, anda boleh datang sendiri ke Alanna’s Kitchen untuk merasai sendiri keenakan masakan di sini. Saya berani jamin anda akan bersetuju dengan apa yang saya katakan. Kalau anda ingin mengadakan private event disini juga amat dialu-alukan. Pastinya acara anda akan menjadi siulan dengan hidangan enak yang disediakan oleh pihak Alanna’s Kitchen. Perkhidmatan delivery juga disediakan melalui laman web www.foooqy.com bagi anda yang tiada masa untuk ke restoran ini.

Terima kasih kepada pihak Kiple yang memperkenalkan saya kepada restoran ini. Kalau tidak, sampai kini saya tidak tahu Pandan Indah mempunyai restoran yang menyediakan makanan yang enak seperti Alanna’s Kitchen. Kalau anda nak tahu lebih lanjut kelebihan Kiple bolehlah layari http://bit.ly/saoalktn . Anda berbelanja sambil berjimat dengan Kiple!

LOKASI ALANNA’S KITCHEN

8, JALAN PANDAN INDAH 1/23D, 

PANDAN INDAH, 
55100 KUALA LUMPUR.

WAKTU OPERASI
11 PAGI – 10.30 MALAM (SETIAP HARI)

TEL: 03-92017134

EMAIL

LAMAN WEB

FACEBOOK

INSTAGRAM


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KIPLE #ALANNASKITCHEN




Alanna's Kitchen Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.