PAMERAN IKENOBO IKEBANA 2017 DI TOKYO STREET STREET, PAVILION KL MENCURI TUMPUAN

7:24 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Siapa disini menggemari gubahan bunga? Pastinya ramai dikalangan anda semua cukup meminati seni gubahan bunga-bunga hidup kan? Anda tahu tak di Jepun, seni gubahan bunga ini dipanggil Ikebana dan mereka juga mempunyai persatuan atau akademi yang khusus dalam seni gubahan flora. Ini adalah sebab kenapa saya cukup terpesona dengan Jepun. Masakan tidak! Sehingga gubahan bunga pun diberi perhatian terperinci. Siap ada nama khas lagi bagi setiap seni gubahan bunga itu. Kagum!

Baru-baru ini, telah berlangsung satu pameran seni floral Jepun di Tokyo Street, Pavilion KL. Pameran Ikebana ini telah dianjurkan oleh The Ikenobo Society of Floral Art dari Kyoto, Jepun. Sebanyak 100 jenis Ikebana telah dipertontonkan kepada umum menjadikan ia adalah pameran Ikebana terbesar pernah diadakan luar dari Jepun.














Malah saya diberitahu bahawa pameran ini bukan sahaja disertai oleh ahli Ikenobo dari Japan, malah seramai 53 ahli dari negara ASEAN (Malaysia, Singapura, Thailand dari Indonesia) turut mengambil bahagian.

Selain pameran Ikebana, para pengunjung dapat juga menyaksikan demonstrasi Ikebana secara langsung serta menyertai bengkel seni gubahan bunga dari negara matahari terbit ini. Sebenarnya, pameran Ikebana ini adalah kemuncak kepada jelajah khas yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia bersempena dengan 60th Anniversary of Malaysia-Japan Diplomatic Relations tahun ini. Tokyo Street Pavilion KL dipilih sebagai lokasi pameran bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-6 nya beroperasi di pusat membeli belah terkemuka ini.














Majlis Perasmian ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Tourism Malaysia, General Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa dan Presiden Malaysia Ikenobo Study Group, Too Sooi Keng. Selain Tourism Malaysia, penganjuran pameran ini turut menerima penglibatan daripada Malaysia Airlines, Kansai Airports, Nippon Travel Agency dan Pavilion KL.



Ikenobo atau seni gubahan floral ini menyambut 555 tahun dalam sejarah tahun ini. Pengenalan budaya tradisi Jepun kepada rakyat Malaysia dilihat mampu menguatkan kali hubungan silaturahim antara Malaysia dan Jepun. Anda boleh layari laman sesawang IKENOBO di www.ikenobo.jp untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan seni gubahan bunga ini. Anda juga boleh mendapatkan info terkini serta kalendar aktiviti pelancongan yang berlaku di dalam Malaysia dengan melayari www.tourism.gov.my .

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #IKENOBO #IKEBANA 




0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.