RESTORAN NY STEAK SHACK MERAIKAN PEMINAT K-POP DENGAN DAEBAK MEALS

12:47 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Annyeong Haseyo! Fenomena K-Pop di Malaysia umpama gelombang Tsunami. Ramai anak-anak muda khususnya obses terhadap apa sahaja yang datang dari Korea. Dari muzik, fesyen sehinggakan makanan Korea menjadi trending disini. Malah, banyak saluran dan rancangan berbahasa Korea ditayangkan di kaca TV. Boleh dikatakan rakyat Malaysia antara yang paling ramai melancong ke Korea Selatan saban tahun. Hebat betul penangan kimchi ini!

Berbicara soal kimchi, saya ingin mensyorkan kepada anda semua untuk mencuba menu makanan Korea di restoran NY Steak Shack. Restoran makanan barat ada jual kimchi ke? Mestilah ada. Ingat anda sahaja minat K-Pop! Hehehe. NY Steak Shack pun ingin berkongsi minat yang sama juga. Pihak NY Steak Shack memperkenalkan menu inspirasi daripada citarasa Korea yang dipanggil DAEBAK MEALS. Menarik bukan?

CAWANGAN DI SUNWAY VELOCITY MALL
 










Bagi menyemarakkan lagi kehangatan K-Pop, anda boleh menikmati pelbagai seleksi menu yang pastinya akan membangkit selera menerusi Daebak Meals ini. Jangan risau kerana ada banyak jenis menu dari steak, burger, platter, pasta dan nasi. Semuanya mempunyai citarasa Korea.

Bagi penggemar steak, ada 2 pilihan yang anda boleh nikmati iaitu Sizzling Bulgogi Ribeye Steak dan Sizzling Bulgogi Lamb Leg. Bagaimana dengan pasta pula? Jangan risau! Peminat pasta boleh menikmati seleksi istimewa Kimchi Pasta Lamb, Beef mahupun Chicken. Makanan barat tidak lengkap tanpa menu burger bukan? Pihak NY Steak Shack menyediakan menu Country Gogi Burger dengan pilihan beef,chicken atau lamb patty untuk dicuba. Patty burger ini sangat tebal dan isinya sangat juicy!

SIZZLING BULGOGI LAMB LEG (200gms)

SIZZLING BULGOGI RIBEYE STEAK (200gms)

COUNTRY GOGI CHICKEN BURGER

KIMCHI PASTA CHICKEN

KIMCHI PASTA BEEF

Inginkan Set Bibimbap (mixed rice)? NY Steak Shack menyediakan 3 pilihan untuk anda iaitu chicken, lamb and beef dimakan bersama Spicy Clam Broth dan Kimchi Coleslaw.

K-BIBIMBAP CHICKEN SET

K-BIBIMBAP BEEF SET

Selain tu, anda juga boleh memesan ala-carte menu seperti Sizzling Spicy K-Lam iaitu lala yang dimasak secara manis pedas dengan sos Kimchi. Makanan korea tidak lengkap tanpa fried chicken bukan? Ada boleh memesan K-Runch Wings dengan pilihan rasa Bulgogi/Kimchi atau campuran kedua-duanya. Pastinya it's juicy on the inside and crispy on the outside!


SIZZLING SPICY K-LAM

MIXED (BULGOGI & KIMCHI) K-RUNCH WINGS

Bagi pilihan minuman, saya sarankan anda mencuba minuman yang cukup terkenal di Korea, Omija. Ia adalah minuman daripada campuran istimewa di inspirasikan daripada minuman punch tradisional dari Korea. Minuman dengan rasa manis, masam, pahit dan pedas. Jangan terperanjat kepedasan nya datang daripada cili padi sebenar! Barulah kick!

OMIJA IS A MUST TRY!

THIS BANANA MILK SHAKE IS AWESOME!


Inilah masanya anda menunjukkan rasa minat sebenar terhadap K-Pop dengan mengunjungi restoran NY Steak Shack. Lokasi NY Steak Shack terletak di Mid Valley Megamall, Sunway Velocity, KL Sogo, Melawati Mall, Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre, Subang Parade, AEON Mall Shah Alam, IOI City Mall Putrajaya dan Alamanda. Tawaran ini hanya dalam masa terhad sahaja! Cepat!

LAMAN WEB 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NYSTEAKSHACK #KOREANFOOD #DAEBAKMEALS




NY Steak Shack Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.