BUTIK BONIA DI MID VALLEY SESAK KERANA AERIL ZAFREL

8:30 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Rakyat Malaysia pastinya cukup kenal akan jenama Bonia malah boleh saya katakan ia cukup dekat di hati masyarakat tempatan. Produk Malaysia ini telah bertapak dalam industri fesyen sejak 1974 lagi. Kini, Bonia adalah jenama mewah bertaraf antarabangsa yang telah bertapak bukan sahaja di Malaysia dan negara Asean, malah di Jepun, China, Taiwan, Kuwait, Arab Saudi serta Mesir.

Moden, Elegen dan Kontemporari menjadi tunjang kepada kualiti jenama ini. Bonia berjaya menghasilkan produk kulit dari sepatu, tas tangan hingga ke aksesori fesyen bermutu tinggi dan mengambil inspirasi jenama mewah dari Itali khas untuk penggemar fesyen wanita dan lelaki.







Baru-baru ini, Bonia telah meraikan pembeli setia menerusi BONIA EXCLUSIVE MEMBER'S EVENT bersempena pengubahsuaian cawangan butiknya di Mid Valley Megamall. Transformasi butik ini dibuat bagi memberi lebih ruang dan keselesaan kepada pelanggan bagi menikmati pengalaman ekslusif dan bertaraf mewah membeli belah di Bonia. Selain itu, acara ini turut diadakan bagi memperkenalkan koleksi EDISI TERHAD Twiggy Junia & Twiggy Maras. Ia adalah koleksi tas tangan diinspirasi dari era 1960-an.



























Pihak Bonia telah mengundang pelakon terkemuka, Aeril Zafrel untuk bersama-sama menyemarakkan acara ini. Aeril Zafrel telah diberi penghormatan menyerahkan koleksi Twiggy kepada pelanggan bertuah yang telah membuat pembelian secara pra tempah.












Pada acara ini juga setiap pelanggan dah ahli Bonia telah menerima tawaran potongan harga bagi setiap pembelian produk Bonia sebagai penghargaan atas sokongan padu kepada jenama ini.

Kini Bonia memiliki lebih 1200 sales outlets dan 185 standalone boutiques di seluruh dunia. Malah, Bonia Corporation Berhad juga memiliki rangkaian jenama seperti Sembonia dan Carlo Rino. Bukan itu sahaja, Bonia Group juga merupakan pemilik bersama jenama Braun Buffel dan pemegang lesen pengedar untuk jenama antarabangsa seperti Valentino Rudy dan Santa Barbara Polo dan Renoma Paris.

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi Bonia, boleh terus berkunjung di butik Bonia seluruh negara atau boleh melayari www.bonia.com bagi pembelian secara dalam talian.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BONIA #FASHION 




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.