SAMBUTAN INDONESIA SPECIALTY COFFEE EXHIBITION 2017 DI BERJAYA TIMES SQUARE DI LUAR JANGKAAN!

4:17 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments

indonesia coffee

Republik Indonesia merupakan sebuah negara yang cukup terkenal bila berbicara tentang pelancongan. Negara ke-14 terbesar di dunia ini memiliki seribu satu tarikan dari wisata alam sehingga ke wisata kuliner. Saya sendiri cukup menggemari berkelana di bumi Indonesia kerana setiap wilayah disini menjanjikan pengalaman berbeza. Menyentuh tentang wisata kuliner, Indonesia adalah antara pengeluar kopi terbesar dunia. Pada tahun 2014 sahaja, dianggarkan 540 ribu ton metrik hasil kopi telah dihasilkan. Faktor geografi negara ini menjadikan tanaman kopi amat sesuai ditanam terutamanya jenis arabika dan robusta.

Sejajar dengan ini, pihak Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur telah menganjurkan Indonesia Specialty Coffee Exhibition 2017 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan slogan Blending Coffee & Culture, tujuan penganjuran ini adalah bagi memperkenalkan kepada umum mengenai pelbagai kopi istimewa yang terdapat di Indonesia. Selama 3 hari pameran berlangsung iaitu pada 11 hingga 13 Ogos 2017, ia berjaya menghimpunkan ramai pengusaha kopi dari seluruh pelusuk Indonesia.

 















Antara jenis kopi yang terdapat sepanjag pameran ini antaranya Aceh Gayo, Mandheling Sumatra, Lintong dan banyak lagi. Turut terlibat dalam penganjuran pameran kali ini adalah Specialty Coffee Association of Indonesia bersama dengan Malaysia Specialty Coffee Association. Ia diharapkan dengan kerjasama dua negara ini mampu memberi impak positif kepada industri kopi bagi kedua-dua pihak. Mengikut statistik tahun 2013, eksport kopi Indonesia ke Malaysia sahaja menyumbang 49 peratus kepada industri ini. Ini menunjukkan bahawa perusahaan kopi Indonesia ke Malaysia khususnya semakin mendapat tempat di hati penggemar kopi. Pameran ini juga diadakan bagi membantu pengusaha kecil kopi Indonesia meneroka peluang pemasaran kopi istimewa dan bermutu tinggi ke pasaran yang lebih tinggi.











Selain itu, pengunjung dapat mempelajari kaedah sebenar dalam penyediaan kopi. Saya sendiri cukup teruja apabila berpeluang mencuba teknik meminum kopi dari Aceh dimana cawan ditelangkupkan dan minum menggunakan straw. Malah saya juga berpeluang mempelajari pelbagai teknik berbeza penyediaan kopi daripada pakar kopi pelbagai jenama.








Antara intipati lain sepanjang pameran kopi ini antaranya persembahan Latte Art oleh dua barista terkemuka Indonesia iaitu Ovie Kurniawan dan Yoshua Tanu.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #INDONESIASPECIALTYCOFFEE #KBRI #EXHIBITION




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.