7 SYARIKAT PENERBANGAN DI DUNIA DENGAN VIDEO DEMONSTRASI KESELAMATAN YANG PALING UNIK!

2:55 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 0 Comments


Jika anda menaiki kapal terbang ke mana-mana destinasi, pasti anda akan dipertontonkan dengan demontrasi keselamatan semasa dalam penerbangan samada secara paparan video mahupun secara langsung oleh krew kabin. Namun saya percaya tidak semua mengambil berat dan tidak fokus kepada demonstrasi ini sedangkan ianya adalah perkara yang amat penting untuk anda tahu bagi tujuan keselamatan. Malang tidak berbau bukan?

Jika dulu demontrasi keselamatan secara manual oleh barisan krew kabin digunapakai, namun sekarang jika diperhatikan banyak syarikat penerbangan mengambil pendekatan berbeza. Tujuannya hanya untuk memastikan penumpang fokus dan faham akan sebarang informasi tentang langkah-langkah keselamatan semasa berada dalam pesawat. 

Kaedah yang paling mudah dan popular sekarang adalah melalui tayangan video interaktif. Di bawah ini saya senaraikan 7 video demonstrasi keselamatan yang saya rasa paling unik dan menarik. Contohnya Air New Zealand menggunakan filem The Hobbit Trilogy- The Hobbit: The Battle of the Five Armies sebagai tema dan menampilkan Elijah Wood dan Sir Peter Jackson sebagai teraju. Turkish Airlines pula menampilkan personaliti Youtube dan American Vine Star, Zach King dalam video keselamatannya. Anda boleh lihat 7 video demonstrasi keselamatan yang paling win bagi pandangan saya kerana ianya sungguh mengujakan! Paling favourite adalah Air France sebab comel!





AIR FRANCE



AMERICAN AIRLINES



SINGAPORE AIRLINES



QANTAS



AIR NEW ZEALAND



VIRGIN AMERICA



TURKISH AIRLINES


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VIDEO #AIRCRAFT #SAFETY




0 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.