AFGAN DAN KUMPULAN UNGU BERSATU DALAM KONSERT TERUNGGUL DI STADIUM MALAWATI SHAH ALAM OKTOBER INI.


Afgan dan Kumpulan Ungu. Dua nama besar yang menjadi fenomena kepada peminat muzik di Malaysia. Kedua-dua figura ini berjaya menempatkan nama mereka di aras tertinggi sehinggakan lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siulan ramai. Bukan itu sahaja, lagu-lagu dendangan mereka seringkali menjadi pilihan pengunjung di pusat karaoke. Itu belum lagi kejayaan kedua-dua nama besar ini mendominasi carta lagu di corong radio dan senarai penerima anugerah muzik baik di Indonesia, Malaysia dan seluruh Nusantara.

Kali terakhir mereka digandingkan bersama dalam satu pentas pada tahun 2013 di Singapura. Buat peminat Afgan dan Ungu, berita baik buat anda! Dua nama ini bakal disatukan kembali untuk sebuah konsert mega yang diberi nama KONSERT TERUNGGUL AFGAN DAN UNGU. Bakal menggegarkan Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Oktober 2017 (Jumaat) pukul 8.30 malam, gandingan raja pop balada dan rock balada bakal memukau penonton dengan seleksi lagu lagu pembunuh dari dua nama ini.

SEWAKTU SIDANG MEDIA BARU-BARU INI

SIDANG MEDIA KONSERT INI

EN ERIK ONG SELAKU ORANG KUAT POPCORN STUDIO

JUMPA DI KONSERT NANTI!

Kenapa anda kena hadir ke konsert ini? Afgan yang cukup terkenal dengan lagu-lagu pop baladanya seperti Bukan Cinta Biasa, Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak dan banyak lagi akan membuai perasaan anda dengan seleksi lagu hitsnya serta rantaian lagu-lagu popular masa kini. Bagi kumpulan Ungu, kehebatan mereka di atas pentas tidak perlu diragukan lagi. Meraikan ulang tahun ke-20 penglibatan mereka dalam industri pada tahun ini, konsert ini adalah medium terbaik sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier mereka. Satu penghargaan apabila Malaysia menjadi lokasi kepada KONSERT TERUNGGUL ini.




AFGANREZA SYAH 

KUMPULAN UNGU

Konsert ini bakal berdurasi selama 2 jam, gabungan lagu Afgan dan Kumpulan Ungu seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu dan banyak lagi bakal memberi kehangatan kepada penonton pada malam itu nanti. Dikhabarkan juga bahawa Afgan da Ungu bakal berduet serta Ungu bakal menyanyikan single terbarunya pada konsert ini nanti.

Terima kasih kepada Popcorn Studio Sdn Bhd selaku penganjur utama kepada konsert ini. Syarikat ini berpengalaman dalam menganjurkan pelbagai persembahan seperti Konsert Raya @ Oasis dan pementasan komedi Laugh Die You Tidak dilupakan kepada Durian King TTDI, Red Box Karaoke Malaysia, GreenBox, CO3 Social Office selaku penganjur bersama dan juga ASTRO selaku Media Rasmi Konsert Terunggul Afgan dan Ungu 2017.


Tiket konsert berharga RM 130 (Bronze), RM 150 (Silver), RM 200 (Gold), RM 200 (Rock Zone), RM 250 (VIP), dan RM 350 (Platinum) boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticketpro.com.my atau telefon 03-78807999 ! Dapatkan tiket anda sebelum kehabisan! 





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KONSERTTERUNGGULAFGANUNGU #KONSERTTERUNGGUL #AFGAN #UNGU #POPCORNSTUDIO




0 Comments