INSPIRASI FESYEN SEPANYOL LAMA DALAM KOLEKSI QUDYN F/W READY TO WEAR 2017

1:02 pm SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 2 Comments


Qudyn adalah sebuah label fesyen tempatan yang kian menyerlah masa kini. Terkenal dengan koleksi gaun pengantin dan pakaian semi couture, tahun ini, jenama ini cuba mencari kelainan dengan mencipta koleksi yang lebih santai atau bahasa fesyen, Pret-A- Porter. Menjadikan KL Fashion Week 2017 sebagai platform, Qudyn menghadiahkan koleksi terkini beliau untuk tontonan yang diberi nama QUDYN F/W READY-TO-WEAR 2017.

Mengambil budaya Sepanyol sebagai inspirasi untuk koleksi kali ini, beliau cuma mengadaptasi dengan suasana trend terkini menjadikan koleksi RTW ini lebih elegen, santai dan praktikal kepada si pemakai. Perkembangan fesyen yang pesat di Sepanyol memberi impak kepada industri fesyen dunia. Ia sedikit sebanyak memberi ilham dan mempengaruhi idea bagi koleksi Qudyn kali ini.




Ruffles Flamenco, ruffles berlapis dengan pita, pengaruh toreador (bull-fighter), jaket bersulam dan warna seperti putih, hitam, hijau dan kuning mustard memberi aura dramatik dan mewah kepada koleksi Ready-To-Wear ini.

Kain yang digunakan seperti velvet, corduroy, neoprene dan fabrik bercetak akan meningkatkan jiwa ‘urban’ dalam memberi keaslian dan kreativiti . Koleksi kali ini membolehkan Qudyn meneroka gagasannya untuk mencipta kepelbagaian menerusi gabungan kedua-dua moden dan tradisional selaras dengan trend hari ini.
















Anda akan menyaksikan elemen sulaman menyoroti keseluruhan koleksi Qudyn F/W RTW 2017 kerana ia melambangkan jenama Qudyn itu sendiri. Daripada jaket sulaman, jaket bomber bersulam digunakan untuk mengikuti trend terkini. Itulah trademark Qudyn.










Terdapat 16 koleksi pelbagai iaitu 12 pakaian wanita dan 4 pakaian lelaki untuk debut koleksi ini. Ia boleh diringkaskan sesuai sebagai pakaian yang lebih praktikal dengan inspirasi Sepanyol dan urban untuk pakaian kerja, pakaian harian atau acara.

QUDYN
NO. 27-1, JALAN DWITASIK 1, 
DATARAN DWITASIK, 
BANDAR SRI PERMAISURI, 
56000 CHERAS, 
KUALA LUMPUR.

TEL
03-91736551
012-3758023


LAMAN FACEBOOK: www.facebook.com/QudynKL


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #QUDYN #KLFW2017




2 comments:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.