PELUANG BERLAKON DALAM KLIP VIDEO LAGU ANUAR ZAIN BAGAI BULAN JATUH KE RIBA

anuar zain cinta takkan berakhir

Saya sejujurnya seorang peminat seni muzik. Sejak dari belasan tahun, minat terhadap muzik semakin menebal. Namun pelbagai rintangan dan dugaan menjadikan impian saya untuk berada dalam industri muzik tidak pernah menjadi nyata. Saya tidak pernah putus harapan. Saya pernah terpilih sebagai finalist dalam sebuah rancangan realiti yang diberi nama POPSTAR dahulu. Kemudian saya teruskan minat saya sehingga berjaya menempatkan diri dalam TOP 100 Malaysian Idol Musim Ke-2. Walaupun saya tidak berjaya ke peringkat akhir, minat saya tak pernah padam. Kalau nak cakap tentang pertandingan karaoke tak usah cakaplah. Dengar saja ada pertandingan, saya akan cuba sertai. Itulah sedikit kisah saya dan minat dalam bidang nyanyian. Kalau nak tengok video nyanyian saya silalah singgah di laman Youtube saya.

Ramai juga yang bertanya saya siapa idola saya dalam bidang muzik? Entah! Banyak juga penyanyi yang saya kagumi berada dalam senarai. Setiap dari mereka ini ada kelebihan masing-masing. Cuma jika anda tanya saya penyanyi mana yang saya membesar dengan lagu-lagunya, saya ada jawapan itu. Anuar Zain. Yes! Anuar Zain. Seriously beliau banyak mempengaruhi corak dan lenggok nyanyian saya di awal saya serius dalam pertunjukan pentas. Sehinggakan saya pernah digelar Anuar Din. Haha! Berapa kali kaset album pertama beliau yang mengandungi lagu Bila Resah saya mainkan ketika masih belajar di universiti. Itu belum lagi setiap petang saya melalak dalam bilik sampai satu hostel dengar saya buat free show. Hahaha. Memori kan!

Walaupun kini masa semakin pantas berlalu, macam-macam jenis dan aliran muzik berada di pasaran, saya tidak pernah lupa 'sumbangan' Anuar Zain dalam membantu minat saya. Saya tidak pernah berpeluang untuk berjumpa secara langsung dengan beliau. Teringin juga nak jumpa dan berbual kerana saya banyak membesar dengan lagu-lagu beliau. Apabila pihak Universal Music Malaysia menganjurkan peraduan berkenaan Anuar Zain, saya terus katakan Ya! Saya kena cuba sebab manakah tahu rezeki memihak kepada saya. Nak tahu apa hadiahnya? Peluang berada di belakang tabir melihat pengambaraan klip video lagu CINTA TAKKAN BERAKHIR.

Tiba-tiba satu hari saya menerima email dari pihak Universal Music Malaysia yang saya adalah seorang PEMENANG. Perasaan saya pada waktu itu hanya Allah saya tahu. Yes! Finally saya dapat bertemu secara personal dengan Anuar Zain. Namun ketika iu saya tidak dibenarkan untuk mendedahkan hadiah kemenangan ini atas sebab-sebab tertentu. Sehinggalah beberapa hari sebelum hari pertemuan itu, saya telah dihubungi oleh pihak Universal Music bahawa ada sedikit perubahan agenda. Alamak! Tak jadi ke jumpa Anuar? Rupanya saya bukan sahaja dapat bertemu dengan bintang pujaan ramai namun saya telah diberi peluang berlakon bersama di dalam klip video beliau. Masa itu, saya terus jadi speechless! Gila tak speechless!

Bukan itu sahaja, saya juga boleh membawa seorang teman untuk sama-sama terlibat dalam klip video itu. Ketika itu saya terus teringatkan kepada seorang rakan karib saya masa saya belajar di universiti dulu. Teman saya ini lah yang banyak menyokong saya semasa saya aktif menyanyi di universiti dulu. Sudah lama juga tak bertemu beliau. Apabila teman saya bersetuju, saya adalah manusia yang cukup gembira masa itu.

Tiba hari kejadian, saya dan teman kena berada di lokasi penggambaran iaitu di Kelana Jaya Medical Centre. Call time kami adalah pukul 8 pagi. Seawal 7 pagi saya sudah tercegar depan KJMC. Bayangkan betapa terujanya saya ketika itu. Saya juga dipertemukan dengan seorang lagi pemenang peraduan ini dan rakannya. Secara rasminya kami berempat adalah peminat bertuah yang dapat muncul dalam kilp video tersebut.

MUKA PAGI

LOKASI KEJADIAN

MENUNGGU BABAK PERTAMA

SPECIAL PASS

PROP

SPORTING SAKINAH. BELIAU SARAT MENGANDUNG WAKTU INI.

ANUAR ZAIN AND MY BEST FRIEND, IKA.
 
anuar zain cinta takkan berakhir
GROUP PHOTO

ME, ANUAR AND KAK TINI

Saya pernah berlakon iklan sebelum ini namun pengalaman berlakon muzik video ini lain sikit. Siapa yang tak tahan menunggu tu maaf ya! Menunggu babak anda adalah satu penyeksaan. Namun memori ini adalah PRICELESS! Di sini lah saya berpeluang berlakon bersama Faizal Hussien dan Puteri Balqis untuk satu babak. Di sinilah saya berjumpa dengan Sharifah Sakinah. Team produksi sangat friendly! Yang paling utama disinilah saya berpeluang berbual secara peribadi dengan ANUAR ZAIN! Ternyata orangnya sangat friendly dan penuh jenaka. Serius! Saya tak tahu pun Anuar Zain sebenarnya seorang yang agak kelakar.

Satu hari suntuk juga lah saya di lokasi penggambaran. Walaupun penat namun saya puas hati. Peluang berlakon dalam klip video lagu Cinta Takkan Berakhir bagaikan bulan jatuh ke riba. Walapun peranan saya adalah kecil namun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya. Bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini. Bersyukur!

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universal Music Malaysia di atas peluang emas ini. Kepada pihak produksi yang cukup sporting, terima kasih atas masa anda. Kepada  Anuar Zain, terima kasih atas peluang berharga ini. Terima kasih kerana menjadikan impian saya satu realiti. Saya sentiasa menyokong kuat akan muzik anda. Kepada anda yang nak tahu bagaimana lakonan saya dalam klip video tersebut, silalah ke laman Youtube.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANUARZAIN #CINTATAKKANBERAKHIR #MV

4 Comments

  1. Tima kasih letakkan gmbr akk skali dlm blog reef!happy to read it.yas!priceless n very memorable....
    Once in a life time.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, wah lepas ne boleh jadi artis lah ;)

    ReplyDelete
  3. WoW!!! Tahniah Reef... Terbaiklah... Hebat lah!

    ReplyDelete